JaJa'Z Latest Stories

Friday, November 23, 2012

Cuti2 Melaka Day 2 ~ Kota A Famosa

Lepas kami dah rehat2kan badan..dah tido barang seminit dua..dah mandi and solat segala...so, terus kami meneruskan misi yang seterusnya..jadinya plan petang tu kami berdua nak ke kota A Famosa...sian kan..dah 2 hari sampai kat Melaka..bayang A Famosa pun tak nampak2 lagi..ekekke

So, sebelum berangkat..kami cadang nak isi tangki dulu lah..nak pekena kuih2 barang sepiring dua pastu baru la gi jalan2..


Gerai ni memang betul2 terletak kat sebelah hotel yang kami duduk..dari pagi sampai ke malam gerai ni manjang penuh jek dengan orang2 yang datang nak makan...macam2 gak ada jual kat sini..ada pelbagai jenis kuih muih tradisional, masakkan2 panas macam mee goreng, kuey teaw goreng,rojak..ish..memang banyak lah..


Kami bedal sorang satu abc ni..lega rasa tekak :)


Jaja amik kuih pulut sekaya and kuih kaswi,cucur udang dan juga popia basah..

popia ni memang specialty  kot kat sini...ramai orang yang memesan..ada popia ayam, popia daging dan popia udang..emm..popia udang macam nice jugak kan..so, jaja pilih popia udang je lah..seriusly memang sedap sbb kat dalam tu dia ada letak mcm kriuk2 cucur yang garing2 tu..memang sedap lah..harganya RM1 jek seketul...

Lepas perut dah kenyang...kami pun teruskan lah perjalanan...

Kami park kereta kat dalam Dataran Pahlawan Mall..and pastu bleh direct keluar dr pintu2 kat tepi2 bangunan untuk ke A Famosa ni..

Akhirnya....


Dapat juga jaja menatap Kota A Famosa ni..setelah bertahun2 tak datang ke Melaka..seingat jaja lah..last jaja gi Melaka ada lah dalam thn 2003 kot..tapi time tu tak lah datang ke sini..last dtg kat Dataran pahlawan ni rasa2nya zaman sekolah menengah kot!..ha, giler punya lama tu.....

Tapi perkara pertama yang terkeluar dr mulut jaja masa memula tgk A Famosa ni ialah..

Apsal A famosa ni aku rasa macam kecik jek weh??

Seriusly tak tipu...jaja rasa dedulu datang , A Famosa ni nampak macam besar and tinggi..but now apsal macam kecik jek..takkan batu batan ni mengecut plak ek...ke jaja yang makin membesar? kekekke..tapi bila jaja tweet kat twitter pasal A Famosa ni..member jaja pun cakap macam tu..sbb dia pun baru lepas balik dr Melaka and dia kata hubby dia pun cakap nampak A Famosa ni macam mengecik...ha, korang rasa macam mana??




Ni bangunan apa yek? lupa plak nak tgk hari tu...muzium ada blah kanan A Famosa tapi idok la jaja nak gi masuk muzium tu...sebabnya hari nampak macam nak hujan..andddd member jaja ni sibukkkkk nak ajak jaja naik beca...aduhai..jaja ni bukannya tak nak naik..tapi kesian kat orang yang nak kayuh beca tu..jaja ni dah la berat...ekekek..tapi layan kan je lah...kos untuk naik beca ni..RM20 yer kawan2...


Mujur la dapat adik muda yang bawa beca ni..kalau dapat pakcik tua...kesian la plak kan..tu pun jaja byk kali tanya adik tu..berat ke tak..kalau berat takpelah, adik duduk and akak bawa beca..ekeke..gelak adik tu dengar jaja cakap..heheh..kemain laju dia kayuh beca ni..siap kona2 baring lagi..hehe..korang bleh naik beca ni dari kota A Famosa sampai lah ke bangunan merah tu...korang bleh request nak stay kejap untuk snap2 gambar and dia akan tunggu dan bawa korang balik semula...



Kat tepi ni pun banyak jual cenderahati lagi..tapi jaja tak tgk pun..sebab dah banyak beli kat tempat2 lain dah...


Menara Jam..


Dalam 10 min dok kat situ..kami pun patah balik semula ke kota A Famosa..

Rupa2nya adik yang bawa beca tu dok amik SPM lagi tahun ni..kan ada gap cuti deepavali..so, dia pun tlg2 ayah dia kayuh beca..katanya diaorang sendiri ada 4 biji beca..korang bayangkan..kayuh beca tak sampai 500m , takde nak bayar sewa beca, takde nak isi2 minyak..solid2 dapat RM20 sekali bawak orang naik..itu kalau sekali naik..kalau adik ni biasanya kayuh dr kul 10 pagi sampai 10 malam? ha! korang bayangkan banyak mana bleh dapat dalam sehari..sampai kan adik tu cakap..ada sekali tu dia bleh dapat duit kayuh beca sampai seribu lebih sehari...huish...bleh tahan jugak tu...tapi ye lah..nak kena orang yang kuat lah..kayuh beca pun kena tenaga yang banyak gak kan...


So, merasa lah kami mencatat sejarah sendiri berbeca di kota Melaka..heheheh

Lepas habis naik beca..hujan pun turun..dan kami habiskan masa lepas2 tu dengan jalan2 kat dalam Dataran Pahlawan Mall jek..kami jalan sampai lah kaki ni penat...

Dan dinner malam tu kami bantai order domino pizza jek..kemain gigih jaja meng google map semata2 nak cari Domino Pizza ni tau..yelah, Domino Pizza mana ada kat Kuantan ni..tu yang teringin nak merasa tu..hehheh



Esok dah last day kat Melaka..sedih plak rasa..tapi takpe lah..sebab esok ada lagi agenda menarik sebelum kami bertolak balik..

^___~

0 Beu-T Is Talking:

Related Posts with Thumbnails