Kalau dah ke Melaka..rasanya tak sah kalau tak merasa makanan ikon negeri Melaka ni..apa lagi kalau bukan asam pedas..sebenarnya ada banyak pilihan kedai2 makan yang menghidangkan masakan asam pedas ni..cumanya korang kena pandai cari je..kedai mana yang jual asam pedas paling best..hajat hati nak merasa kat Restoran Asam Pedas Claypot yang disarankan oleh Kak Lieya..tapi dek kerana malas nak drive and pusing2 lagi and tambah plak perut mmg sedia kala dah berkeroncong..so, kami pilih untuk ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung...
Restoran ni pun sebenarnya berada tak jauh dr MP dan juga Menara Taming Sari..korang just jalan kaki dr MP..dan restoran ni betul2 berada disebelah Plaza Melaka kalau tak silap jaja..jalan kaki tak sampai 10 minit dari MP and korang pun sampai...
dari jauh lagi jaja dah nampak reatoran ni..and kalau korang datang sini betul2 time lunch..so, harap2 bersabar lah dengan orang yang sememangnya ramai yek..
Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni menyediakan 2 ruangan tempat untuk orang makan..ada kawasan terbuka dan juga bilik beraircond..but bilik beraircond tu hanya untuk mereka2 yang nak makan secara berhidang..if korang datang satu family ramai2..bleh la dok makan kat dalam tu yek...
Sesapa yang nak makan..semuanya self service yek...
Beratur lah dengan aman..supaya senang nak pilih2 makanan...jaja time ni memang tak sabar2 lagi nak makan..makin tgk lauk2 ni..makin la terasa lapar ya amat...
Pilihan lauk memang banyak..kalau asam pedas tu..ada sampai tiga empat jenis pilhan asam pedas yang korang bleh amik..and termasuk jugak la lauk2 lain...jaja ngan member ipted untuk kongsi jek lauk asam pedas..and amik juga lauk2 lain sebagai tambahan....kat hujung tu kalau korang nampak..ada udang galah masak lemak cili api..huishhh, gatal jek tangan jaja ni nak cekau sekor..tapi bila pk semula kang kena charge mahal2..ku pendamkan je lah niat tu..heheheh
Pilihan jaja ngan member ialah..asam pedas ikan pari...seriusly sedap..kuahnya pekat, pedas ,masam,masin semua cukup seimbang....memang puas hati lah...
Lauk2 lain jaja amik paru goreng berlada, telur masin and ayam kampung goreng..
Ni plak member jaja punya..daging masak kicap kot yang atas tu..pastu ayam kampung goreng jugak..tapi sempat lagi minah ni cekau sambal belacan ngan cencaluk...korang makan tak cencaluk?? jaja ni idok la menggemar cencaluk sangat2..but kalau nak makan tu bleh la..hehehhe
dan yang ni plak..otak2..memang diletak atas tiap2 meja dan dibakar fresh2 lagi tau...kalau terasa nak merasa otak2 ni..bleh la tibai seketul dua..nak tibai semua pun bleh..janji bayar..hehehe..seketul otak2 ni harganya Rm0.60 jek...
So, untuk total kami makan ni...termasuk air ialah sebanyak RM22 sahaja...pada jaja ok lah..tak mahal sangat and tak la murah sangat..just nice... :)
So, perut dah kenyang..kaki pun dah lenguh...lepas2 tu kami decide untuk balik semula ke hotel untuk rehat2 dan solat..and misi akan bersambung semula lepas solat asar plak...heheh
0 Beu-T Is Talking:
Post a Comment