JaJa'Z Latest Stories

Thursday, November 22, 2012

Cuti2 Melaka Day 2 ~ Daiso

Lepas jaja dan member selesai cuci mata tengok pemandangan sekitar bandar Melaka..now kami rasa nak redupkan sket mata ni..moh kita lepak2 dalam shopping complex plak...


So, kami terus je ke Mahkota Parade..tak jauh mana pun..seua area situ jek...jaja ni nak ke MP ni bukannya apa tau..ada satuuuuu je tempat yang memang jaja nak tuju...

Jaja nak ke DAISO!


Jaja memang dah lama nak jejakkan kaki kat Daiso ni..tak kira la kat cawangan mana pun..selalunya member jaja gi Daiso kat KL nun..kemain suka dia g Daiso...pastu bila dia tau jaja nak ke Melaka..cepat2 dia cakap kat jaja yang Daiso pun ada buka cawangan kat Melaka and ada kat dalam MP ni..tu yang buat jaja lagi semangat nak ke Melaka ni.. hehehhe

Apa dia Daiso ni?


Actually kat Daiso ni banyak jual barang2 keperluan rumah yang mostly dibawa dr Jepun..macam2 ada..nak2 kalau kaum2 hawa yang masuk dalam Daiso ni..harusla rambang mata dengan segala macam pilihan barang2..dah la murah and cute2 plak tu...kat Daiso ni kebanyakkan barang2nya dijual dengan harga semurah RM5 untuk satu item...

Dan yang ni part yang palinggggg jaja suka kat Daiso..


Kat bahagian pinggan mangkuk!
Jaja ni memang peminat pinggan2 putih ..kat sini ada pelbagai pilihan yang kita bleh beli..jaja suka pinggan yang bersegi2..hari tu Kak Zura dah belikan jaja dua piring putih bersegi..so, ingat2 nak tambah la sket2 lagi..tapi jaja ni kena beringat jugak la..tak nak beli banyak2 sangat..bukannya apa, takut En zack bebel jek sbb beli menda yang bukan2..kang katanya pinggan kat umah ni pun tak berhabis guna.dah namanya dok dua orang je kan..so, pinggan2 tu takde lah nak guna banyak sangat..last2 jaja just beli sket je lah untuk tambah2kan  koleksi yang dah sedia ada kat umah ni......


Penuh dengan barang2 kan..ni baru sebahagian je tau..belambak2 lagi barang sebenar2nya...
dan akhirnya..dapat juga jaja nak beli satu barang ni yang memang dah lama jaja mengidam nak beli...semuanya sejak jaja dok tgk kat blog2 masakan lah..


Ni ha...botol mayonis/sos dengan tiga muncung..tapi idokla jaja nak letak mayonis atau pun sos kat dalam  botol ni..jaja nak guna untuk buat roti jala...jaja tengok geng2 masak guna botol ni untuk buat roti jala, kemain lawa roti2 jala diaorang..bewarna warna..so, menda dah ada depan mata..kita grab terus lah...
hehehhehe

Berjaya juga mission jaja nak ke Daiso ni.. :)

Lepas ke Daiso..jaja dan member jalan2 lagi sekitar MP ni sampai la kaki kitaorang lenguh...heheh..
and sebelum ke destinasi seterusnya..kitaorang lepak2 lah dulu kat Starbuck..nak hilangkan penat and basah2kan tekak kejap..


Ice caramel macchiato...aduhaiii, sedapnya lah.. :)


Muka orang yang tak puas lagi berjalan..ekekkekek

Lepas dah habis lepak2..jam pun time tu dah menunjukkan time makan tengah hari..so, moh kita ke Asam Pedas Selera Kampung...kita jalan2 cari makan plak... :)


Ni je barang2 yang jaja sempat kidnap dr Daiso..hehehhe..tak banyak pun membeli..asalkan apa barang yang jaja nak tu dapat gak beli, pun dah kira bersyukur dah... :)


2 Beu-T Is Talking:

Unknown said...

dah lama x pi daiso.. akak pun t'ingin nak beli pinggan 4 segi tu... :)

JaJa'Z said...

banyak menda nak beli kak.tapi terpaksa beli yg mana2 btl nak je dulu..kang terover budget plak..

Related Posts with Thumbnails