JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, November 20, 2012

Cuti2 Melaka Day 2 ~ Menara Taming Sari


Good Morning!!!!

Hello2 dari bumi Melaka lagi..pagi tu gigih kemain jaja bangun awal semata2 nak amik gambo matahari terbit..subhanallah..cantik sungguh pemandangan pagi tu..dan alhamdulillah, cuaca pun elok..makin memudahkan kami lagi untuk jalan2 Melaka untuk hari yang kedua...semalam banyak dah misi2 kami yang dah berjaya..and untuk hari kedua ni plak..harap2nya pun sama lah jugak....

Lepas dah siap2..dalam kul 9 pagi kami pun turun lah breakfast sebelum memulakan misi pertama..
nak2 plak perut jaja ni memang dah berkeroncong sesangat dah sejak dari bangun tido...untuk breakfast kat hotel ni..bermula dari 7 pagi sehinggalah kul 10 pagi...cumaaaa.....


Pada jaja, pilihan makanan untuk breakfastnya sangat2 la menu biasa..nothing yang WOOOwww pun..macam hari ni..menunya just nasi and meehun goreng pastu ada wedges dan sosej..yang lain2 tu biasalah..roti bakar, bubur ,buah tembikai serta kopi dan teh...


Jadi lah kan..untuk alas2 perut sebelum gi jalan2...


Perut dah kenyang..and now kami berdua sedia untuk ke destinasi yang seterusnya...

Dan untuk hari kedua ni..pilihan destinasi pertama kami ialah untuk ke Menara Taming Sari..


Sebenarnya..tempat2 yang kami gi ni..semuanya area2 situ jek..kalau korang g kat Banda Hilir ni..kat situlah A Famosa..jalan sket dah jumpa Dataran Pahlawan..depan Dataran Pahlawan plak ada Mahkota Parade..pastu jalan ke tepi2 sungai sket terus jumpa bangunan merah tu and terus nampak kapal besar kat tempat jaja naik feri rivercruise semalam tu...if korang larat..boleh la jalan kaki jek kalau nak ke mana2..jimat belanjaaaa..hehhehe tapi lenguh kaki tu takyah komplen lah yek... :)


Menara Taming Sari ni betul2 terletak kat sebelah Dataran Pahlawan..if korang datang ke Melaka time cuti sekolah..jaja nasihatkan..datang la awal2 untuk elakkan kesesakan dengan segala macam umat manusia..
macam yang kami g ni..memang betul2 pagi dalam kul 10 kami dah terjonggol kat situ...
apa2 hal kita masuk dulu ke dalam untuk beli tiket..


Harga tiket sama je macam harga river cruise..untuk kita2 ni RM 10 jek bagi dewasa..kalau pelancong..diaorang kena lah bayar RM 20..

Tiket dah dapat..moh kita beratur okeh...


See! kami orang2 yang terawal pun kena beratur panjang jugak..but no worry..tak lama mana pun menunggunya..


Untuk sekali naik..jaja rasa bleh masuk sampai 40 orang kot...sebab banyak gak kerusi kat dalam tu..


An nowwww....we're ready to go!!!!

Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!......tau2 jek kami dah berada diatas... :)


Memang tak tipu la..masa nak naik tu memang jaja ni rasa gak la 'gayat' tu..maklum la..fobia tempat tinggi lah katakan..ekekke..tapi bila dah berada kat atas tu..and dah tgk pemandangan  bandar Melaka dari atas...terus...wahhhhh!!! lawanya.....

Nampak kapal besar tu? ha, kat situ la kami naik feri hari sebelumnya tu...kaunter nak naik feri tu kat blah kanan yang berbumbung warna putih...nampakk??


Luas sungguh pemandangan Melaka dr atas ni...yang kat blah kiri penuh dengan bumbung warna merah tu..kat area situ lah Jonker Walk...


Betul2 straight ni ialah kompleks Dataran Pahlawan..punya lah besar komplen ni korang wehhhh..bayangkan dr depan ni..sampai lah ke hujung nunnnnnnn blah hujung padang sana...jaja dah tawaf dah kompleks tu..memang la panjang kemain weh..lenguh2 kaki ni berjalan...and bangunan warna coklat blah kanan tu plak ialah Mahkota Parade..see! memang setempat je kan....


Muara Sungai Melaka...jambatan blah kiri tu ialah jambatan yang kami lalu nak ke Klebang masa nak minum coconut shake tu..


Luasnya lah laut....makin banyak plak kawasan tepi2 pantai yang ditambak dengan pasir...


Ha, yang nampak macam umah2 kat hujung tu....tu lah pulau selat...eh, ye ke ek pulau selat..sesapa orang Melaka sila betulkan kalau jaja salah..jaja pun ingat2 lupa je ni..hehhehe..asalnya pulau tu dulu tak la besar mana pun..tapi lepas ditambak..ditambak..last jd besar..and now dah ada plak deretan bangunan2 kedai..rumah2..dan kat situ jugak la terletaknya Masjid Selat Melaka..nak tgk macam mana rupa Masjid Selat Melaka..kena lah tunggu next2 entry yek...jaja ada jugak luangkan masa ke masjid tu sebelum berangkat pulang hari esoknya...nanti jaja tunjukkan yek..


Selat Melaka....


Ha!!! gayat tak????

Masa kat atas menara ni...menda alah ni berputar2 perlahan..sebab tu lah kita dapat engok sekeliling bandar Melaka...kalau tak silap jaja ada lah dalam 3 kali pusingan kot..secara puratanya dalam 15-20 minit jugak la kita berada kat atas ni...so, berbaloilah dengan harga tiket rm10 tu..at least pengalaman tu yang pentingnya...


Dah 2! moh keluar..


Snap2 dulu gambo barang sekeping dua...


Dan ini lah sebahagian dr kenangan kami berdua di Menara Taming Sari..
sebelum nak naik menara tu..akan ada orang  yang akan amik gambo kita..so, kalau berminat bleh beli..tapi kalau tak nak pun takpe...tapi oleh kerana susah2 jaja senyum time amik gambo ni..jaja beli je lah buat kenang-kenangan... :)

Selesai naik menara..lepas ni kita ke Mahkota Parade pulak yer...

^___~

Related Posts with Thumbnails