JaJa'Z Latest Stories

Saturday, March 17, 2012

Berderau Kejap Jantung....

Skip kejap cerita pasal Pesta Konvo Kolej Shahputra...

Ni memang cerita very2 the hot!
amat2  terkini punya peristiwa yang membuat kan jantung jaja ni berderau rasanya..
terkejut tu takyah cakap la kan...

Alkisahnya petang tadi masa jaja ngan jiran2 dok melepak kat depan umah...
memang itu lah xtvt kitaorang tiap2 petang..sesambil dok layan bebudak ni main2..
masa dok sesedap kitaorang dok berborak...
lalu la dua buah kereta (Ranjer dan iswara) kat depan umah jaja...
diaorang siap berhenti betul2 depan umah..and ushar2 kat umah jaja...
aishhh..jaja ni dah tak sedap hati dah...
jiran2 pun tertanya2..apsal la diaorang dok perhati ke umah kami tu...

Last2 kereta tu berhenti dan parking kat tepi umah jaja...
pastu keluar la empat lima orang lelaki berbadan saiz besar dan sederhana...
ada yang tua dan ada yang separuh usia....
diaorang berjalan menghala ke tempat kami2 semua ni dok berborak...
jaja dok risau lagi..sebab semuanya dok perhati ke arah dalam umah jaja...

Pastu sorang abang ni tanya kat kita orang...

Siapa dok kat umah ni..?

jaja pun jawab la...

Kenapa yek..nak cari sapa...?

Pastu dia jawab ...

Saya nak cari orang nama Abdullah..alamatnya kat umah ni ..

Pastu jaja jawab la ni bukan umah Abdullah....dan jaja tanya kat abang tu semula..
ada apa hal nak cari Abdullah....ada kes apa sebenarnya...

kami datang ni nak cari Abdullah, sbb dia terlibat dengan kes bawak lari anak sedara saya..

Jaja ni bila dengar jek pasal bawak lari anak dara orang....

Minta maaf la bang..kami berdua jek suami isteri yang dok kat umah ni...

Time tu En Zack pun dah ada skali kat luar dan berborak dengan seorang pakcik ni
yang mengaku sebagai bapa kepada budak perempuan yang dibawak lari tu...

Masing2 kami semua terkejut....

Kata mereka...
Budak perempuan tu dah 6 bulan menghilangkan diri..dan dipercayai..
dilarikan oleh Abdullah tu...
dan baru2 ni bapa budak pompuan tu dapat msg dan dr no hp tu lah diaorang
dapat trace nama dan alamat pengirim sms..
maybe diaorang trace kat sykt2 telekomunikasi lah kot...
tapi masalahnya...kat alamat tu..no umah dan taman memang dah betul...
memang no umah jaja tapi nombor lorong takde...
sedangkan kat taman jaja ni..ada lagi beberapa umah guna nombor umah yang sama
tapi dok kat lorong2 yang berlainan...
dah tu plak..nama Abdullah lingkungan usia 50 thn memang takde lah kat taman jaja ni..

Yang memushkilkan jaja....
macam mana bila trace..keluar mcm alamat umah jaja...
pastu alamat tu tak lengkap plak...
sedangkan, nombor2 prepaid ni..kalau nak guna memang kena register and bagi salinan IC..
kalau tak silap jaja lah...
dan satu lagi..hanya jaja yang gunakan alamat umah ni pada IC..
sedangkan IC En Zack still guna alamat umah mak dia....
so, byk sangat menda2 yang mengelirukan....

Budak pompuan ni dalam lingkungan 20-an...
still belajar..di salah sebuah pusat pengajian di Kuantan ni...
kalau tgk ayah budak pompuan tu..memang kesian la jaja tengok....
korang bayangkan la dah 6 bulan hilang...
macam mana la keadaan family dia..adik beradik dia...mak dia lagi..
tak sure la sama ada dilarikan orang..atau melarikan diri dengan orang tu..
tapi harap2nya budak pompuan tu takde apa2 lah...
and dapat dijumpai tak lama lagi...

Bila dah jd kes macam ni..risau la jugak jaja kan...
sebab dalam beberapa bulan lepas pun...
ada jugak orang yang salah dtg macam ni...pegawai dr jabatan Kebajikan plak tu...
Siap tanya nama si polan bin si polan...
kes lebih kurang sama...nombor rumah sama..tapi nombor lorong tak ada..
dia kata dtg nak buat siasatan...ish..macam2 la...
seram plak bila sekali pikir...

Dan ada satu lagi kes  dua tiga bulan lepas jugak terjadinya...
kisah pun lebih kurang sama gak macam kes hari ni...
time tu kami ramai2 lepak depan umah jugak...
tengah syok borak...sekali datang satu kereta penuh dengan pegawai polis..
elok2 plak diaorang berhentikan kereta depan umah jaja gak..
jaja, kak zah, kak yah apa lagi..memang cuak la..
mana la tau ada apa2 hal...
dah la polis tu elok punya ushar kat umah jaja...
sekali bila kami semua tanya 

Nak cari apa Encik....?

sekali korang tau dia jawab apa???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Maaf kak..KAT SINI ADA UMAH SEWA TAK???

Kuang Kuang Kuangggggg
^_________~

2 Beu-T Is Talking:

Nur Hawa Mohd Zin said...

huhu..cuak bace entry akak ni

JaJa'Z said...

akak yang alami ni lagi cuak hawa....

Related Posts with Thumbnails