JaJa'Z Latest Stories

Monday, September 12, 2011

Resipi : Mee Rebus Tulang Rusuk..


Ni dia menu yang sepatutnya jaja sajikan kat Izan...
disebabkan Izan dah bertolak ke Penang petang tu...
jadinya selamat dah menu ni menjadi santapan jiran2 terdekat kat umah jaja ni...

Walaupun tak dijangka2..tapi sampai ke malam juga jaja dapat
menjamu2 jiran2 terdekat makan...

Ni percubaan kali kedua jaja buat mee rebus...
yang first dulu bagi jaja mcm kureng sket..tulang temulang pun kurang..
kali ni jaja bagi kaw2 lagi..dengan tulang rusuk dan segala tulang2 bagai 
jaja boh kat dalam periuk tu...

Moh kita semak menu mee rebus tulang rusuk stail utara yek..

Bahan2 : 
(anggaran untuk 30 orang makan)
       Bahan kuah
  • 1kg tulang lembu
  • 1/2kg tulang rusuk lembu
  • 30 biji cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 peket kecil serbuk daging Adabi
  • 6 biji keledek oren (dikupas bersih,rebus hingga lembut dan diblend)
  • 1 peket fish cake/fish ball
  • 1 mangkuk air
  • 2 kiub serbuk ikan bilis
  • 2 kiub serbuk stok daging
  • minyak untuk menumis
  • garam dan serbuk perisa
      Bahan Hiasan
  • 4 bungkus mee kuning
  • 10 biji telur ayam
  • 5 biji cili merah
  • 4 biji limau nipis
  • 100g taugeh dicelur
  • 3 keping tauhu digoreng
  • 100g daun bawang
  • 4 biji kentang direbus
  • bawang goreng
Cara menyediakannya:
  • Cuci bersih semua tulang2 dan tulang rusuk lembu hingga bersih dan rebus sehingga empuk
  • Dalam periuk yang lain, panaskan minyak dan tumis cili kering,bawang merah,bawang putih dan ikan bilis yang telah dikisar halus sehingga naik bau
  • Bila bahan2 tumis sudah pecah minyak, masukkan serbuk kari dan gaul seketika.
  • Masukkan semula tulang2 dan air rebusan ke dalam periuk tadi dan kacau sehingga air mendidih
  • Seterusnya masukkan ubi keledek yang telah direbus dan dikisar td dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat
  • Masukkan fish cake/fish ball dan akhir sekali garam dan serbuk perisa.
  • Letakkan mee kuning yang telah dicelur kedalam mangkok
  • Cedokkan kuah ke atas mee tadi dan hias hidangan dengan bahan2 hiasan...


Seperiuk besar kuah penuh dengan tulang2
kalau kuah rebusan gunakan tulang2 ni, kuah jadi lebih sedap dan manis
tu yang syok tu....

Bahan2 hiasan...

Dan siap2 semua..kita bagi Tok Janggut plak rasa...

Kemain suka Tok Janggut makan...
nak2 plak tang tulang temulang tu...beria2 sakan dia membedal..
wife yang hias2 makanan dalam mangkok tu...
Tok Janggut plak yang membedal...
hehhehe

Alhamdulillah, En Zack pun kata sedap...
tetamu2 yang datang pun berpuas hati..masing2 pakat dok tokak tulang..
hehheheh

Untuk kawan2 lain...
Selamat Mencuba yek.....

3 Beu-T Is Talking:

Cik Suheela said...

tgh posa ni..telannn air liur tgok mee rebus sis huhu

Mamamya said...

beza dgn yg akak buat..jaja guna ikan bilis akak pulak guna udang kering,akak x de letak fish cake/ball hanya tulang s'mata2....tp aksesori yg lain tu sama je lah...tauge,daun sup,lada besar,telo rebus,limau nipis,bwg grg, tauhu & kentang rebus tu akak x letak....

lain kali klu buat mee rebus akak try resepi jaja pulak.... :)

~izan~ said...

sajer je kan nak bagi jeles! huhuhuhuhu

Related Posts with Thumbnails