JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, January 4, 2011

Hari Pertama Persekolahan....


Hehhehe
dah masuk hari kedua sekolah, baru jaja nak buka cerita semalam..
orang lain sakan dah cerita pasal pakat2 dok bz hari pertama persekolahan kan..
maklumla, jaja ni kan kapal terlewat sokmo2..

Alhamdulillah, semalam hari pertama sesi baru bermula..
kecoh sket la time perhimpunan sebab mengatur bebudak baru kat assembly..
termasuk mengatur bebudak 'tua' yang tak reti bahasa beratur..
macam baru masuk sekolah semalam jek diaorang ni..

Dan seperti yang dijangka, memang ada lawatan dr orang JPN semalam..
sebab tu la Pengetua selalu ingatkan, 

Cikgu2, hari pertama persekolahan lesson plan mesti dah siap dan
P&P mesti berjalan seperti biasa

Seawal kul 7.30 orang JPN tu sampai dah..
tapi takde la kitorang cuak pun..sebab semuanya ok..

Kat pejabat pun memasing bz dengan bebudak baru nak daftar la..
bebudak nak pindah la..bebudak lama nak masuk balik sek sini la..
tu la yang paling tak gemar dengan bebudak ni...
masa form 4 sakan memasing nak gi sek lain..masuk teknik la, vokasional la..sekolah agama la..
cikgu2 ni memang suka, tapi yang nyampahnya, bila form 5
bebudak ni balik semula sek kat sini..
dah la susah nak tempatkan diaorang ni masuk kelas mana plak..
nak2 lagi kalau bebudak teknik ngan vokay..
dah kena sumbat diaorang dalam kelas tengah atau bawah2 jek..
pastu, korang study la sendiri topik2 form 4 yang korang tak belajar tu..
sapa suruh main masuk ngan keluar suka2 hati...

Jaja pun semalam baru dapat bersua kenal dengan bebudak kelas jaja..
first impression, memang jaja tak berkenan..
sebab suka sangat bebudak ni..time kita cakap..dia pun bercakap..
padahal dok depan kita dah ni..
nak jek kulayangkan kad merah..suruh keluar kelas..hehehe
tapi hari ni masuk, jaja dah boleh control kelas dah..
awal2 kena la buat garang sket..kalau tak budak2 ni start buat perangai..
dengan kita pun diaorang buat main2 jek..

Kelas jaja semalam tak la banyak pun, tapi sibuk siapkan buku register kedatangan,
taip misi dan visi sekolah untuk tampal dalam buku...
bersihkan makmal sket..berabuk kemain sebulan lebih kena tinggal..
nak online pun tak menyempat..
pastu sambung plak dengan meeting Kokurikulum sampai kul 4 petang..

So far semalam bukan la hari yang memenatkan sangat..
sama gak ngan hari ni...
cuma cakap jek banyak sket hari ni..maklum la, 4 kelas sederap masuk..
now baru la bleh menjenguk blog kejap..

ok lah..gtg now..nak kemas2 barang..
sat lagi dah nak balik..yehuuuuu

Jaja'Z: Banyak lagi tugas tak siap..

10 Beu-T Is Talking:

Syue Mustafa said...

Selamat bertugas kembali........

LehaMY said...

Selamat kembali ke sekolah . Selamat bertugas cikgu Jaja ! heheh :D

mzhany said...

betol gak kan jaja, awal2 kena garang sket...supy dorg hormat sket cikgu ni

erienz said...

selamat tahun baru, dan selamat kembali bertugas...

JaJa'Z said...

syue: tq dear..kembali dengan jiwa yg kena kental..hehhe

JaJa'Z said...

tq leha dearie...

JaJa'Z said...

hany, sebenarnya jaja memang kategori guru garang..hehhehe..jaja bleh jd sporting..tapi dlm masa yg sama bleh jd garang giler2..terutamanya kalau tak buat kerja..or gagal exam..

JaJa'Z said...

tq erienzzzz :p

dieya said...

kad merah terus.. strict betul referee nih!

boleh pulah ek diorg masuk teknik ke vokay setahun jek then sambung sekolah biasa? ke pasal sekolah teknik bagi diorg kad merah?

JaJa'Z said...

dieya, bebudak ni sakan nak keluar dr sek ni..jauh dr mak bapak..kiranya ingat syok sangat la dok asrama..last2 bila dah tau tak syo..tu yg jadi balik sekolah semula..ramai plak tu..tiap2 thn mesti ada..sebab tu sapa2 yang dapat keluar sek kitorang pesan jangan balik sek ni semula..sebab dah tau sangat2 perangai bebudak ni..

Related Posts with Thumbnails