JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, December 29, 2010

Tak Masuk Dek Akal....

Alhamdulillah..
selamat dah meeting guru pagi tadi..
dan segala persoalan yang bergelora dalam kepala ni dah terjawab...

Terus terang cakap..dari semalam memang rasa tak puas hati jek selagi tak meeting..
dok tertanya2 kenapa jaja mesti take over kelas tu..
bukan jaja kisah pun kena jadi guru kelas 'budak2 belakang'..
tapi kenapa mesti jaja kena take over kelas math orang lain plak..

Jadinya pagi td bila masuk jek bilik meeting, awal2 yang jaja semak ialah..
JADUAL MENGAJAR!

Heran! Heran! Heran!
tak pernah jaja dapat jadual macam ni...dan banyak sangat rasa pelik dengan jadual baru ni
memang jaja kena jadi guru kelas tingkatan 5P..
tapi jaja bukan mengajar math kelas tu which is lega dah rasa...
tapi jaja kena mengajar SIVIK!!

SIVIK!!???
Korang bleh paham tak apa yang jaja pk kan..
jaja jadi guru kelas 5P..tapi mengajar sivik dimana subjek sivik ni hanya sekali jek seminggu!
korang bleh nampak tak ke tak 'relevan' nya tugas jaja kali ni..?
maknanya jaja hanya jumpa budak2 kelas jaja seminggu sekali
yang mana jaja terpaksa berurusan dengan bebudak kelas tu secara tak rasmi jek..
diluar waktu jaja mengajar..
nak kutip yuran? nak mintak ic untuk daftar SPM? nak uruskan keceriaan kelas?
nak incharge koordinasi kelas? nak mintak kedatangan pelajar?

Terus terang  jaja memang tak puas hati..!
dalam kelas tu ada beberapa orang lagi cikgu yang patutnya boleh naik jd guru tingkatan
yang mana diaorang ada 3 atau 4 kali masuk kelas tu dalam seminggu...
baru la bleh incharge kelas tu sepenuhnya bila dah banyak kali masuk utk mengajar!
tapi bagi kat jaja yg hanya mengajar sivik sekali seminggu  jek..
Amat2 tak paham...

Jaja sempat juga tanya kat cikgu yang buat jadual, kenapa bleh jd jadual jaja mcm ni..
kenapa tak pilih orang lain yang lebih layak dapat tugas tu..
Cikgu tu hanya mampu cakap yang dia pun hanya mengikut perintah..
dan ada 2 orang cikgu yg sama kes dengan jaja kali ni..
tapi cikgu tu dah cakap kat jaja awal2, maybe ada perubahan jadual tak lama lagi
memandangkan ada cikgu yg terpaksa dipindahkan sekolah lain
sebab ada 2 kelas yang terpaksa ditutup.

Jaja ni bukan jenis nak menolak tugas..
jaja terima kalau memang dah diberi tanggungjawab tu..
tapi biar lah masuk dek akal..
selama dah jd cikgu nak masuk 9 thn ni..tiap2 tahun jaja jadi guru tingkatan..
tapi kali ni jek lain dari yang lain...

Satu lagi yang jaja tak berapa nak puas hati..
jaja tak dapat langsung mengajar math ting 4..tapi diganti dengan 
2 kelas mengajar sivik untuk tingkatan 5..
kalau bagi kat cikgu2 yang memang 'malas', kelas sivik ni memang kegemaran diaorang la
sebab time mengajar sivik takde pressure..exam pun takde..
tapi tak pada jaja...
dari jaja dok melangut tak tau nak mengajar apa untuk subjek sivik, baik bagi jaja
mengajar math..jaja lagi rela..
biar la jaja tertekan pun..at least jaja rasa jaja ni 'bekerja' jugak..
dari mengajar sivik tu..

Eiii!!! memang permulaan yang tak berapa nak ceria lah kali ni..
tapi harap2 jadual baru jaja akan lebih elok la..
sesak nafas rasanya mengajar sivik!

Jaja'Z: Jenis jarang merungut!

3 Beu-T Is Talking:

Whitey Mommy said...

akk... memang pelik bebenor... sepatutnya guru kelas kena berada sentiasa dalam kelas kan... maknanya diberi mengajar subjek yang teras@ subjek yang memang akan masuk priksa... elektif ek namanya.. lupa dah terms nya...
pelik2... tak pe akk... cool... walaupun memang tak leh nak cool...:)

JaJa'Z said...

Sha: memang pelik sangat2 dah akak ni..kalau ikutkan mcm tu la..kalau jd guru kelas at least cikgu tu maasuk mengajar kelas tu 3 or 4 kali seminggu..cthnya cikgu bm ke, bi ke, math ke..tak kisah la subjek apa pun..tapi ni subjek sivik..yg sekali seminggu jek ngajar...

Mamamya said...

iskh...mmg rasa pelik sungguh dgn jadual keje jaja ni...w'pun akak bukan lah cikgu sekolah tp blh la b'fikir m'ikut logik akal kan....

mudah2an ada p'ubahan jadual n tugas utk jaja nnti.....

Related Posts with Thumbnails