JaJa'Z Latest Stories

Friday, December 24, 2010

Resipi Udang Galah Goreng BerSos Lada Hitam LIFE

Selamat malam semua..
dah dinner lom?
jaja ngan En Zack dok tunggu tetamu yang blom sampai2 dr petang td lagi..
insyallah kejap2 lagi sampai lah tu..
Jaja dah siap suruh En Zack msg membernya tuh, cakap makan kat umah jek malam ni..
kalau tetiba dia datang then kata dah kenyang, mau kecik hati i tauuuu...
penat masak weh...
hehhee....

Rezeki member En Zack la datang kali ni, kebetulan malam td kitorang gi mancing..
dapat la berbelas ekor jugak..dapat la dia merasa..

Jaja just ulang masak macam hari tu jek..jom kita tengok resipinya ek...

Bahan-bahan nya:
  • 10 Ekor udang galah saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang bombay
  • 2 inci halia
  • 1/2 biji lobak merah
  • 1/2 biji lada benggala
  • 1 biji lada merah
  • Brokoli
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos lada hitam LIFE
  • sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam dan perisa
Cara menyediakan :
  • Potong bahagian hujung udang galah dan ekornya dan dicuci bersih.
  • Gaulkan udang bersama garam dan kunyit dan digoreng seketika.Masak sehingga udang agak masak dan diangkat.
  • Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau
  • Masukkan sedikit air dan campurkan segala bahan2 sayuran(lobak merah,brokoli,bawang besar,lada benggala dan lada merah) dan masak seketika.
  • Bila sayur separuh masak, masukkan sos lada hitam LIFE,sos tiram dan kicap cair dan serbuk perisa.
  • Akhir sekali masukkan udang dan gaul seketika sehingga sebati.
  • Seterusnya boleh la diangkat dan dihidangkan panas2..
Selamat Mencuba :p

Jaja'Z: Penat dah makan udang weh!

6 Beu-T Is Talking:

marina anakcikbob said...

sedapnyeee...mancing katner kak? yg berbayar tu ek?

JaJa'Z said...

kat kolam dik..a'ah berbayar la..penat dah akak ikut abang ko tu...sampai nak tertido kat kolam tunggu dia..

honeyvsbee said...

hehe kak jaja duk mana ? mancing kat mana ?

JaJa'Z said...

bee: kat kuantan dik..mancing kat kolam..

farhana_aziz said...

boleh cuba ni..terliur tgk brokoli.hehe

JaJa'Z said...

farhana: sedap kan brokoli...akak pun suka sangat2..

Related Posts with Thumbnails