JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, December 1, 2010

Kesalahan Mana Yang Kita Lakukan ?

(Pic from Gugel)

Jaja terjumpa note ni dalam Fb dan jaja rasakan sepatutnya jaja kongsi dengan
 semua wanita2 yang seagama dengan jaja..

Bukan untuk menuding jari kepada sesiapa, ia juga sebagai peringatan kepada jaja sendiri..

KESALAHAN PERTAMA :
 Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :
 Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA :
 Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA :
 Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
 Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
 Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :
 Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. 
Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN :
 Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Wahai wanita2 semua, kesalahan mana yang banyak kita lakukan ??
marilah kita sama2 perbaiki ok...

Jaja'Z: Masih banyak kekurangan diri...

4 Beu-T Is Talking:

Bee said...

bee buat kesalahan ke -2 manyak..adoiii

JaJa'Z said...

bee: jaja pun buat jugak kesalahan kedua DULU..now alhamdulillah...sket2 tinggalkan baju lengan pendek..

Hizami Li said...

hehe.
alhamdulillah.
XD
sama2 saling mengingati.

JaJa'Z said...

zami: harap2 macam tu la..sharing is caring..

Related Posts with Thumbnails