JaJa'Z Latest Stories

Thursday, November 4, 2010

P.Ramlee @ 'Wajib Lulus' Channel...

'Wajib Lulus' Channel ???

Hehhehe..jangan kusut2 kan kepala..
History channel la...

Sebut jek nama P Ramlee, sapa yang tak kenal dengan insan ni..
P Ramlee seorang anak seni yang berjaya sebagai pelakon,pengarah,penyanyi,penggubah lagu..
secara terus terang jaja cakap, dari kecik sampai la badan besar ni..
memang jaja membesar dengan cerita2 arahan P Ramlee..
Biar lah diulang berkali2 tetap jugak seronok nak tgk..
sampaikan kalau kat sekolah ni..,bila dtg angin 'sewel' jaja ngan zurin...
habis dialog crita P Ramlee kitorang hafal...

Sempena dengan bulan mengenang P Ramlee bulan lepas,memang banyakkkkkk sangat
citer P Ramlee yang disiarkan di astro...

Bujang Lapor,Seniman Bujang Lapok,Pendekar Bujang Lapok,Madu 3,
Laksamana Do Re Mi,Do Re Mi,Labu Labi,Nasib Labu Labi,Anak Bapak....

Ni antara filem2 arahan P Ramlee yang memang menjadi pujaan jaja..

Selain menayangkan filem2 beliau,pihak Astro juga menyediakan 
rancangan dokumentari Khas tentang P Ramlee..

Jaja ni memamng menanti sangat2 rancangan khas ni...
TAPIIIII
Sampai masanya..bleh plak jaja terlupa!

Aiseyyyyy, dah la channel tu memang jarang sangat jaja buka..
dan bila beberapa orang member bagitau
rancangan khas tu teramattttt la bestnya..lagi la jaja rasa terkilan tak dapat tengok..
Dalam rancangan khas tu selain menayangkan kejayaan P Ramlee dalam mengharungi
dunia anak seni, tapi turut diselitkan kesusahan dan cabaran beliau
yang mana maybe ada sesetengah orang diantara kita tak mengetahuinya..
tu la yang membuatkan jaja beria sangat nak tengok rancangan khas ni...

lepas2 tu sket2 jaja buka history channel tu kot2 la ada ulangan nya...
tapi takde jugak...
nak semak kat GUIDE jaja tak reti la plak...
cari punya cari tak jumpa2 jugak..

Dua hari lepas, saje je la buka tv dalam kul 6 lepas minum2 petang dengan En Zack..
tapi buka jek..rancangan khas tu baruuuuuu je habis...adoi la...terlepas lagi!
bila jaja tanya member2 di Fb..ada la junior jaja bagi kan link untuk 
tayangan khas P Ramlee tu kat Astro..
Thanks to Mok

Sesapa yang nak joint jaja ,make sure take note siaran ulangan di History Channel okey...

Happy watching :p

Jaja'Z: Suka citer2 lawak P Ramlee...

5 Beu-T Is Talking:

Unknown said...

senasib la kita jaja....sbnrnya en.suami yg b'ia2 nak tgk rancangan tue...maklum lah dia mmg peminat p.ramlee n citer2 lama nih....tp sygnya kami dah t'lps pulak....

nasib baik tgk kat blog jaja ni...tp x tau la kami sempat tgk ke x sbb minggu ni pulak nak balik kampung sbb ada rewang2 kat umah jiran sblh...adehhhh...melepas lah lagi....

JaJa'Z said...

sama la ngan jaja kak..jumaat sampai ahad ke temerloh..kat sana takde astro..harap2 dapat la jaja kejar tayangan hari ahad kul 3 petang tu...nak tunggu selasa..sekolah la plak kan...

dieya said...

dah tengok hari tu.. yeay! walaupun mata nak terkatup tunggu sampai midnite baru abis, but mmg berbaloi. k jaja ngan k lieya mesti tengok!

JaJa'Z said...

ala...jeles ni..semua member cakap best..akak nak catch-up tayangan hari ahad kul 3..kena cepat2 balik dr temerloh

azlin hayati said...

ja...wajib tgk.!!!...aku menangis2 tgk aritu..sedih sgt citer masa zaman kejatuhan dia..bila dia x dipedulikan & bila anak didik dia sendiri tikam dia dr belakang.. iskhh..mmg kena tgk la.. bila dh tgk ni b'tmbh kagum aku kt p.ramlee ni.. dia mmg genius..dia punya pemikiran tu melangkaui zaman.

Related Posts with Thumbnails