JaJa'Z Latest Stories

Thursday, November 11, 2010

Kal Ho Na Ho Indian Team...


Tumpang lalu..tumpang lalu...
bagi laluan sket kat wartawan tak rasmi TARA kali ni..
hehhehhe
Macam biasa lah kan..jaja kena buat review TARA ni cepat2..sebab ada sorang 
cik adik manis yang dok ada kelas malam je tu nak baca balik malam kang..hehheh

Okeh2..kita start now...

Memandangkan last episod TARA last week bukan stop di Pit Stop..
makanya kesemua team kena la sambung semula race..
mana2 team yang dah penat amat tu..nak tak nak kena la sambung jurney jugak..

Kali ini kesemua team diminta terbang ke Brisbane ,Australia..
dan memandangkan flight yang available hanya pada jam 6 pagi..maknanya kesemua
team sempat naik flight yang sama , termasukla team Natasya dan Hussin yang ambil
4 jam penalti...

Sampai di Brisbane.semua team diminta untuk  memandu caravan yang bertanda 'wicked'
dan menuju ke destinasi pertama iaitu SouthPort Pistol Club..
Memandangkan team Jess dan Lani berasal dr Australia,memang laju la minah duaorang ni tinggalkan 
team2 yang lain...maklumla, segala ceruk jalan diaorang tau...
tu la kelebihan berlumba kat tempat sendiri...

Di Southport Pistol Club ,team diminta untuk menembak sasaran dengan tepat..
setakat ni, semua team tak ada masalah...cepat jek diaorang lepas 
terutamanya si Jess yang berjaya tembak tepat pada percubaan yang pertama.. :p

Dari Southport Pistol Club,diaorang kena ke Dreamworl Funpark..
dan setiap team diminta untuk naik The Giant Drop..
dengan menggunakan Sony Cybershoot Camera,diaorang kena spot
bendera Amazing Race yang di kibarkan di kawasan Funpark oleh seekor maskot tikus..

Kalau percubaan pertama tak berjaya,terpaksa lah diaorang naik menda alah tu berkali2..
dah la tinggi The Giant Drop tu..tambah dengan gayat..
tengok pun jaja dah rasa seram..hehehhe
team Indian Girl ngan Singaporean girl terpaksa ulang dua tiga kali jugak naik menda alah tu..
sampai menggigil2 sebab takut..hehehh

Team yang leading masa ni ada lah group Jess dan Lani, dan group last adalah Indonesian team,
Natasya dan Hussin...kesian plak tgk team anak beranak ni..
but ayah dia memang strong sangat2..mujur la takde sakit apa2..hehehhe

Dari Dreamworld Funpark, roadblock dikeluarkan dimana hanya seorang peserta sahaja
yang dibenarkan untuk membuat tugasan..
tugasan seterusnya ialah dimana para peserta diminta memandu kereta secara rally
dalam masa kurang dari 1 min 42 saat...
tengok maam senang jek..tapi kalau terlebih sesaat pun, kena lah ulang task balik semula...

Peserta yang berjaya melengkapkan tugasan memandu rally, seterusnya diminta ke Kurawwa beach untuk mendapatkan clue seterusnya yang ditanam di dalam pasir..
time ni la team Indian girl dah mula sesat sejauh 90km...
tak pasal2 kena berpatah balik...
Rasanya cari clue dalam pasir kali ni tak sesusah TARA season 1 dulu
yang memakan masa ber jam2...
kali ni senang jek tiap2 team dapatkan clue..

Seterusnya detour iaitu pilihan diantara 2 tugasan..
sama ada pilihan Bush Chucker iaitu cabaran membaling boomerang atau Bush Hunter
iaitu cabaran melempar lembing..
tapi sebelum memulakan tugasan seterusnya, semua team diminta menconteng
muka masing2 mengikut corak muka kaum pribumi di Australia..
tapi bab yang tak tahan dan geli sangat2...ialah bila tugasan selesai,
salah seorang dr ahli kumpulan kena memakan seekor ulat...
mujur la takde yang bermati2matian tak nak makan..
paling syok bila tengok Hussin makan ulat tu..enjoy jek dia kunyah..siap mintak sekor lagi ulat
hehheheh

Dan last sekali adalah pit stop di Kanggaroo park..
pemenang kali ini seperti dijangka adalah team Philipina, Jess dan Lani...
dapat hadih percutian kat Jepun lagi sambil2 dapat main skii...hehehh
Tempat kedua team Richars dari Philipina,Ketiga team Malaysia Khairi dan Ethan,
Tempat ke empat team Singaporean girl,tempat ke lima dan yang paling tak disangka2
ialah team Indonesia..Si Natasya punya la terkejut sebab ingatkan
diaorang la tempat terakhir...mujur la dapat jugak..sebab team India tu tersesat barat ke lain...
So team yang tersingkir adalah team India, Dimple dan Sunaina...

Satu suprise untuk team Malysia yang berjaya melengkapkan cabaran
mengemas katil Hotel Hilton last week,diaorang pun dapat vaucer penginapan
kalau tak silap jaja...juga tajaan dr Hotel Hilton..
syok tu..tak pasal2 jek dapat hadiah.. :p

Jaja'Z: team Malaysia Still ok...Go! Go Go!

11 Beu-T Is Talking:

ahmad jo said...

Go Malaysia Go!!

JaJa'Z said...

Go Ahmad Go!...hhehhehe

Unknown said...

wah,..baru tahu dr blog jaja

tq jaja kongsi info

Mek Rose said...

salam

padan muko team india tu..tak sker kat demer tuuuuuuu

sib baik la si hussin n natasha still in the race event mcm2 halangan..hahahah..pueh ati india tu dah kuar..berlagak sgt!
ohh.,.tetiber je..wakakakka

JaJa'Z said...

ayu: tak pernah tgk kat tv ke? tengok la..best tau...

JaJa'Z said...

ibu rafiq: wah2..emo nampak..hehheh team india ni sekali tgk cerdik..tapi skali tgk mcm eksen plak..takpela..yang penting team kita ada lagi..

dieya said...

semalam tengok dah lambat so i missed apa yg jadi kat the indon team sampai si natasha syahdu giler tak kena eliminate semalam. nak kena tengok lg skali yg repeat.

JaJa'Z said...

hehehhe..at least dieya baca ni dah tau serba sket kan..hehhe..jgn lupa reapeat petang ni ngan hari sabtu...memang natasya ingat dia dah last..sebab sampai kat pit stop pun dah nak gelap..tu yg dia terharu sangat tu.,,,

Syue Mustafa said...

Memang patutpun team India terkeluar, dioarang tu ada skit kekwat. Jess & Lani tu agak bernasib baik kali ni. Yang jadi ancaman utama sebenarnya team Richard & Richard. Ada potensi jadi juara. Apapun harapnya team Malaysia dapat jadi juara macam Season 1 dulu.

JaJa'Z said...

skang ni team richard and richard tu pencabar utama...dua2 bleh tahan kan...tapi harap2 team malaysia dapat ulangi kejayaan season 2 dulu...

Rohani Hashim said...

tengkiu jaja, seb baek team malaysia ada lagi...hehee

Related Posts with Thumbnails