JaJa'Z Latest Stories

Sunday, October 24, 2010

Suami Ku Si 'Burung Hantu'...

Jaja pernah cerita tak kat korang semua yang En Zack ada sindrom susah nak tido?
jaja pun tak tau lah kenapa dan macam mana dia bleh ada sindrom tu..
menda ni actually bukan menda yang jarang2 berlaku dalam idup En Zack..
banyak kali dah dia kena..
Specially bila badan dia tak brapa nak penat, memang dia bleh berjaga sampai ke pagi..
 Skang ni since dr bulan puasa lagi dia tido lewat..
kadang2 time jaja bangun nak siapkan sahur dia still dok berjaga lagi..
kalau jaja ni badan penat ke, tak penat ke...once kepala dah dok atas bantal mesti terlelap punya lah..
tapi berbeza dengan En Zack..
Kalau dia tetiba tertido awal2, alih2 kul 1 pagi dia bleh terjaga
dan tak bleh tido sampai lah ke pagi..
jangan tak caya kalau jaja cakap, time jaja nak gi sekolah tu lah
En Zack baru dapat tido lepas dia sembahyang suboh..
mujur lah kerja sendiri..kalau tak, memang bahaya lah...

Tapi bila pikir, takde kesudahan jugak dia macam tu..kena buat sesuatu jugak la..
dan semalam kebetulan jaja ke klinik, terus amik ubat tido untuk En Zack sekali...
Jaja pun story la kat doc tu pasal sindrom tak bleh tido En Zack
Lepas doc bagi pandangan serba sket, dia sarankan jaja
suruh En Zack elakkan minuman berkaffien..dan jangan lakukan
sebarang aktiviti masa tak bleh tido tu..
sebab nya En Zack ni bila dia tak bleh tido, dia akan online tak pun tgk bola kat astro..
Doc explain kat jaja bila En Zack lakukan pelbagai xtvt masa dia tak mengantuk tu la yang mendorong otak dia untuk terus berfungsi dan mengantuk tu takkan datang..

Jadinya malam tadi lepas jek balik klinik, jaja suruh En Zack makan ubat
dan baring terus kat dalam bilik..

NO ONLINE! NO FOOTBALL!

Alhamdulillah...lepas tu dia pun tertido berdengkur2..
dan skang ni kul 1.22 am,En Zack dah selamat tido kat dalam bilik...
harap2 dia tak jaga lah..
Dan skng ni bini dia plak take over tak tido2 lagi.
hhehehhehe
No lah..jaja pun mengantuk jugak ni...
Tido dulu la ek....

Jaja'Z: Lali lepas makan ubat...

2 Beu-T Is Talking:

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

hehehe ada motif nak suruh mr zack tidur jugak rupanya..=P

JaJa'Z said...

ada motif??? motif apa tu..? hehehhe

Related Posts with Thumbnails