JaJa'Z Latest Stories

Sunday, October 10, 2010

Oh Pokok Limau Purut Ku...

Pokok ni dah dekat 5 bulan jaja beli..tapi nya dok kontot macam ni jugak la...
pastu ada la jiran yang cakap, pokok ni memang susah sket nak 'naik' memula..
tapi lepas tu, mencanak2 la daunnya keluar..

Bukanya apa jaja beli pokok ni..
dah sebab selalu sangat masak tomyam ngan paprik..
beli 50 sen dapat segenggam tapi yg jaja guna beberapa keping jek...
end up yang lebih2 tu kering macam tu jek...
sayang la plak kan..
disebabkan selalu guna, jadinya senang2 jaja tanam je lah pokok ni..

tapi yang kelakarnya, daun baru je kuar, jaja bantai petik..
last2 daun nya 'merajuk' dah nak kuar
Jadinya skang ni jaja biar kan jek daun nya naik banyak sket
tu yang kena beli dulu daun nya skang ni...

Pokok limau ku..tumbuh la cepat2 ek...
takyah la jaja kena beli lagi daun ni tiap kali nak masak tomyam...
^___~


Jaja'Z: Nak tanam pokok yang guna dlm masakkan jek

12 Beu-T Is Talking:

Mawar Merah said...

Hm.. sama la.. beli byk2, guna 3-5 keping je, pastu dah tak sempat guna coz habis kering.. Nak bli gak la pokok ni tanam dpn rumah (^.^)

Hizami Rahim said...

haha.
dia kurang makan kot.
cuba bagi burger king kat pokok tu.
erk.
XD

lan_ax said...

cuba tukar tanah dia n bg pasu besar sket.. 2 mggu skali bg baja.. mesti cpat sket dia tumbuh..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

JaJa'Z said...

mawar: jom2..kita hijaukan laman umah kita lagi...

JaJa'Z said...

zami: ko agak2 la dik..ktn ni mana la ada burger king..burger ramli ada la..

JaJa'Z said...

lan: malas nak tukar pasu besar sangat..sebab kaw tanam pun terhad jek..tanah pun takde kat umah ni...bila dia besar sket bleh la kot..baja memang letak selalu...

Nur Hawa Mohd Zin said...

ala comel..boleh lah nak buat cekodok geragau pasni

JaJa'Z said...

buat apa?? takkan buat cekodok letak daun ni dikkkk

Honeyvsbee said...

Kak pokok limau kena tanam pasu besau. . Sebab dia jenis akar serabut. .tu pun kalau dia besar lagi tembus plastik tu. . .kalau tak ubh terbantot la pokok tu. .ehehe. .

JaJa'Z said...

bee: akak tak bleh nak letak dalam pasu besar sangat..sebab tak nak la dia membesar giler2..sebab kawasan umah akak ni terhad je dik...maksud akak, naik dalam 2 kaki pun jadi dah..

Ogy said...

hari2 kena bercakap dgn dia tu ja..belai2 dia..dia pun ade emosi..betul..mak akak kt kpg selalu ckp dgn pokok2..lebat bunganya...eheheeh

JaJa'Z said...

heheh..kena berborak la plak ek....takpe2..nanti jaja try...

Related Posts with Thumbnails