JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, October 26, 2010

Mari Belajar Balut Pulut Panggang Bersama Jaja'Z....

Okeh! Okeh..
tipu jek...bukan jaja yang buat sebenarnya
hehehhe

Ni la xtvt jaja dengan jenjiran pada hari sabtu lepas
kebetulan hari sabtu tu birthday Cik Nazri (suami Kak Zah),jadinya dah lama suaminya
mintak nak makan pulut panggang ni..
jadinya petang tu Kak Zah menjemput la jaja tolong dia membalut pulut panggang ni..
memang fun sangat2 sebab jaja pun selama ni mana penah main balut2 ni..
tau makan jek..
hehheheh

Jom kita belajar balut pulut panggang okeh..
dengan model tetap iaitu Kak Zah :p

Sebelum nak balut, make sure segala kelengkapan ada yek puan2..
Inti pulut panggang yang diperbuat dari kelapa,lada,kunyit dan udang
pulut yang siap ditanak
tak lupa jugak sediakan daun pisang,gunting,stapler/lidi untuk mencucuk serta pemanggang yek 

Cara2nya :
 Cedok la sket pulut tadi letak atas daun pisang yang dah siap di layur atas api tu...
 Amik daun pisang lain then korang lenyek2 la pulut tu sket bagi rata..
 bila pulut dah rata,letak la inti ikut sebanyak mana yang korang suka..
tapi jangan la banyak sangat, kang susah plak nak membalutnya kan..
 gunakan bahagian tepi daun pisang dan tolak pulut supaya pulut membalut inti yang kita letak tu..
pastikan jugak pulut kita tu jadi kecik sket, supaya tak la gedebab sangat bila nak balut..

korang gelek2 sampai la jadi panjang macam ni

 Seterusnya balut pulut tu dengan daun pisang dengan kemas..
pulut yang terjulur2 tu biarkan jek...
 dah siap gulung, baru la kita kemaskan pulut2 yang terkeluar2 tu dengan cara jolok2 jek dengan menggunakan jari..
 kemaskan bahagian hujung daun pisang..dan kalau panjang sangat
bleh la digunting untuk dikemaskan hujung nya..
Dan last sekali
steplerkan jek blah hujung lipatan pulut panggang kita tu..
ni stail simple lah ek, malas nak cari lidi nak cucuk2 plak,jadi nak senang korang stepler jek
tapi time makan kena la hati2 tau, kang tertelan plak ubat stepler tu, naya jek...
Dan ni dia pulut2 panggang yang dah siap sedia di balut..
Cute kan? hehheheh

Skang ni turn jaja plak cuba :p
Hehhehe...jadi weh!
dan jaja terus jek la membalut dengan Kak Zah sampai la semuanya siap
korang jangan tak tau,jaja senduk separuh senduk jek pulut tu, tapi bila lipat tetap jek pulut panggang tu
jadi debab kemain..
agaknya kalau yang orang jual kat kedai tu halus2 ,diaorang main jemput2 jek pulut tu kan..
tapi ni nak makan sendiri, debab pun debab la..
makan pun puas..besar2 jek pulut panggang nya...
Bila dah siap semuanya, bleh la dipanggang
jangan lupa sapukan sket minyak kat daun pisang tu masa memanggang supaya daun pisang tu
tak la nampak kering sangat2 dan jadi mudah hangus..
Alhamdulillah,satu dulang penuh jugak dapat pulut panggang tu..
dekat 4 family ada petang tu kat umah Kak Zah datang menikmati
pulut panggang tersedap didunia...
riuh kejap petang tu kat area umah kitorang...
memang syok sangat la..

Next entry jaja tunjuk xtvt kitorang membakar sate plak malam semalam okeh..

Jaja'Z: Tak susah pun nak membuatnya...

3 Beu-T Is Talking:

Kniedaz said...

Suka makan pulut panggang..tapi dulu2 time arwah abah ada kami wat pulut golek inti serunding..macam pulut panggang tp yg ni pulut di dalam inti di luar hehe..sedap yum yum

Unknown said...

kuih k'gemaran akak ni jaja...tp x penah cuba utk buat sendiri..selalu belu jer....pulut panggang ni klu inti sedap..sedap lah jadinya...klu inti x sedap...hadoii...mmg failed ler....

Lelord said...

pheeweeett leh cuba arrr pasni, tapi nak balut pakai daun pe? daun kurma ke ahahahahaa

Related Posts with Thumbnails