JaJa'Z Latest Stories

Monday, October 25, 2010

Ku Pikirkan Panjang..Rupa2nya Pendek..Huwaaaa!!!

HA! HA!
Otak tu jangan ke lain ek...ni bukan nak citer pasal story 18sx tau!
saje je buat tajuk gempak macam tu sket...
bagi mata korang semua cerah sket malam2 ni..

Meh jaja nak sambung citer pasal bawak Cik Gen2 pi bengkel pagi tadi...

Memandangkan 2 buah bengkel yang jaja gi semuanya kata maybe 'tulang anjing' yang kena tukar
jadinya pagi tadi jaja terus gi kedai spare part dengan kompiden nya..

Miss, bagi lower arm gen2

Mujurla harga nya tak mahal mana, dalam RM38 ringgit jek..
lepas barangnya jaja dah beli, apa2 hal bawak Cik Gen2 pi 'mandi' dulu
brapa lama dah badan Cik Gen2 tak di gonyoh...sejak balik raya dulu jek
giler punya lama kan ? hehehhehe
habuk pun dah penuh dalam kereta tu..

Lepas semuanya dah selesai, jaja pun terus jek ke bengkel member kepada pembantu makmal sek jaja
tanpa banyak soal,Cik Gen2 jaja pun digodek la segala menda...
buka tayar,ketuk sana,putar sini..last2 nampak macam dah nak siap
jaja pun saje je la pi tanya mamat yg dok godek2 Cik Gen2 tu..

Betul ke dik,tulang anjing yang rosaknya ?

Adik tu pun jawab

Rasanya tulang anjing lama tu elok je kak..tapi saya ganti je lah yang akak baru beli ni
Saya rasa,tulang anjing yang pendek yang problem nya?

Erkkkk??? tulang anjing pendek???
Ada panjang pendek ke dik ? (Ah Sudah!)

Adik tu pun tunjuk la kat jaja, tulang anjing yg jaja beli tu yang panjang..dan condition still elok lagi..

Akak tak tau plak ada panjang pendek dik..orang jual tu pun tak tanya apa dah..
akak lagi la tak tau...

Takpe kak, saya try buka dulu tulang anjing pendek ni..tengok dulu betul rosak ke tak

Lepas adik tu godek2, memang betul lah selama ni punca nya kat tulang anjing yang pendek tu..
getah bahagian hujungnya tu dah longgar dan bergoyang2...
tu yang menyebabkan Cik Gen2 dok berbunyi ngok ngek ngok ngek...
Nak tak nak, adik tu kena gi kedai sparepart semula dan beli tulang anjing yang pendek plak..

Pada sesapa yang tak tau lagi,ni lah rupanya tulang anjing(lower arm) tu..

Lepas 2 jam kat bengkel tu, akhirnya semua siap dibaiki..
Alhamdulillah,Cik Gen2 pun dah elok sepenuhnya..setakat yang jaja bawak tadi
takde dah berbunyi2...
Part yang tak bestnya,agak membazir lah jugak RM38 sebab beli tulang anjing panjang tu...
Plus dengan beli tulang anjing pendek dengan upah RM75...
takpe lah,baiki apa yang sepatutnya..
jaja pun memang nak pakai Cik Gen2 tu jugak hari2...
Harap2 lepas ni takde dah la apa2 lagi yang rosak..
Sian i tauuuuuuu!
^___~
Jaja'Z: Jadi orang pompuan ni kena tau gak pasal2 kereta

10 Beu-T Is Talking:

Tomato Gurl's Life said...

oh kira kena tau la ni..tp ciktom xsuka la..huhu

sfatimahzj said...

ada bentuk tulang anjing la...hahaha

Sarazaqea said...

Wujud rupanya tulang besi dalam dunia rupanya (^^) hehehe

dieya said...

tak pernah amik tau pasal kereta semua serah kat my loyal mechanic. kalu dia pencen habis laa saya.

tulang anjing panjang tu k jaja simpan laa dlm kereta.. kalu ada org jahat kacau boleh buat senjata ;-)

::Azura Rahman:: said...

ni musti jaja rajin langgar lobang.. ekeke..

JaJa'Z said...

Tomatogurl: one day u kena amik tau jugak..at least kita tak mengharap pada suami semata2...sekurang2nya anything happen kita dah tau macam mana nak selesaikan..

JaJa'Z said...

sfatimah: ada lah sket2 kot..hehhehe sebab tu la orang panggil tulang anjing agaknya..

JaJa'Z said...

sara: ada dikkkk..sapa kata takde..tulang besi urat dawai....hehhe

JaJa'Z said...

dieya: a'ah..akak simpan bawah kerusi..untuk keselmatan ni..sapa2 kacau..akak ketuk jek dengan tulang anjing tu...

JaJa'Z said...

kak zura: nak kata selalu langgar lobang pun..sure tayar depan yang kena dulu...ni tayar depan ok jek..ntah la..sampai masa dah kot kena tukar...

Related Posts with Thumbnails