JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, October 12, 2010

Betul2 Buat Mood Jadi 'Down'!

Dah 2 minggu bebudak form 5 selesai exam trial SPM
kertas pun dah habis bertanda,markah pun dah hantar ke penyelaras dah..
tapi....tengok result bebudak ni rasa macam sedihhhhhhh sangat2

Untuk form 5 jaja mengajar math dan ICT
math tu jaja tak terkilan sangat la sebab jaja mengajar budak kelas last sekali..
kalau tanya 0 x 0 pun diaorang bleh terkial2 konon2 cari jawapan
padahal jawapannya memang 0...
kalau jaja suruh baca sifir 1 pun ada yang tak lepas lagi...
nak suruh buat graf???
lagi la makan hati jaja ni menunggu nak mendapatkan jawapannya..
jadinya tak heran la kalau semalam,jaja tanya soalan soalan
-24 bahagi 1.5 pun tak reti nak jawab jugak..
tention memang tention,dah umpama macam kita mengajar budak2 sekolah rendah je
tu lagi 35 hari nak SPM tu..
jadinya untuk kelas math ni, jaja tawakkal je lah..
jaja ajar setakat mana yang diaorang termampu,
takyah kita pening2 nak ajar Matriks ke,Quadratic equation ke..
memang takkan jawab punya lah...

Tapi yang jaja sedih sangat2 ni,bebudak kelas ICT jaja..
budak nya bukan ramai pun, ada 8 orang je 1 kelas...
sehabis tumpuan dah jaja bagi..
time siapkan kerja kursus pun jaja dah banyak tolong dapatkan maklumat
untuk diaorang...
Time nak exam, siap bagi hint2 lagi bab2 apa yang masuk..
tetappppppp jugak tak menjawab dengan perfect...
sampai ada sorang student tu tak jawab langsung soalan bahagian B & C..
bila ditanya kenapa tak jawab, dia senyap...
punya lah malas nak pikir...dalam 8 soalan yang ada dalam bahagian tu,
takkan la sampai satu soalan pun tak mampu dijawab..
takkan la apa yang dia belajar selama 2 tahun ni, satu benda pun tak lekat dikepala!

Serius stress!

tapi kejap tadi time perbincangan semula soalan, bleh plak dia jawab..
ntah apa la yang ada dalam fikiran bebudak ni...
apa la yang dikejar sangat tu sampai tak jawab langsung soalan...
Sebab sayang sangat nak bagi otak tu berfikir..
MALAS!!

Ni lah mendanya kalau terlalu baik sangat dengan anak murid..
kita rapat sebab senang nak bergaul,berbincang..
tapi rupanya diaorang amik kesempatan..
jawab kertas kita pun dengan sambil lewa...

Skang ni mula la rasa malas nak bagi muka kat anak murid dah..
korang nak mark cikgu garang ke..cikgu 'bekeng' ke..
lantak korang la...

Bebudak skang ni memang tak bleh dibagi muka!!!!


Jaja'Z: Apa aku nak jawab dalam meeting nanti!!!!

2 Beu-T Is Talking:

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

Diowang tak rasa skrg tanpa pelajaran nak keje apa nnt.. Zaman akan dtg nak jadi kerani pun koman2 kene STPM nnt.. Sijil SPM nnt zaman akan datang dah sama nilai ngn PMR.. Saba Jaja.. Kadang budak2 skrg ni manja lebih tak pun jenis x mkn saman.. Mitak dijauhkan dr anak2 kita nanti.. Amin!!! {HAAAA!! Untuk entry yg ni..] ;o) Harap Maaf!!

sfatimahzj said...

takutnya baca tentang rasa terkilannya seorang guru kepada anak muridnya...
teringat zaman sekolah..

Related Posts with Thumbnails