JaJa'Z Latest Stories

Friday, October 15, 2010

At Last! Really Good Bye To Hong Kong Team

Setelah diberi kesempatan bertahan lagi seminggu
akhirnya team dr Hong Kong tersingkir jugak semalam dalam
The Amazing Race Season 2 episod 4

Agak terkejut jugak diaorang akhirnya bleh tersingkir
sebab diawal TARA pasangan pelakon Alan Luk dan Wendy Lee
memang mendahului pasangan2 lain
tetapi untuk satu task dimana peserta2 terpaksa menaiki bas..
daripada pasukan pertama menjadi pasangan terakhir yang sampai ke point seterusnya
disebabkan oleh kelewatan bas tu..
Diaorang siap terkejut lagi bila sampai kat tempat task, tengok2
semua team dah selesaikan tugasan masing2...
memang bukan luck diaorang la semalam...

Episode kali ni para peserta diminta untuk travel menaiki keretapi
dari Colombo ke Galle..
Antara task yang terpaksa dilalui oleh setiap team antaranya
membuka peti berkunci dengan memasukkan kod tertentu, mencari topeng patung
yang betul dari berpuluh2 street performer, Mencari clue dari
berpuluh2 handphone yang tengah berbunyi,menyeberangi pokok kelapa yang amat la tinggi
dan meneka nama pelbagai barang dalam bahasa Sri Langka...

Fast Forward juga pertama kalinya dikeluarkan dalam season kali ni..
dan task nya memang giler la...Kena BOTAK kan kepala
mujur jugak yang grab Fast Forward ni team guys dr Philipina
so, tak la ralat sangat kalau kena botakkan kepala..
buatnya team2 ladies yang lain amik, mau kena patah balik tak pasal2 kan :p

So far team Malaysia, Ethan dan Khairi di tempat ketiga...
dan pasangan Ivan dan Hilda ditempat ke 7 kalau tak silap jaja...
yang mendahului setakat ini adalah team ladies dr India,Dimple dan Sunaina


Jaja'Z: Macam pengulas Tv plak..hehhe

6 Beu-T Is Talking:

sarah-najwan said...

whoaa.. minat amzing race yer...akak tgk csi je..suspen..dulu suka tgk fear factor..dah xde skrgkan..

JaJa'Z said...

kak zia: amazing race jaja suka, csi pun jaja suka..hehhemujur la hari berlainan..hehhe

dieya said...

malam tadi ada quiz at campus. balik rumah bersemangat nak tengok repeat telecast TARA sampai tersengguk2. sudahnya bangun lambat pagi ni!
teruskan aktiviti mengulas yea.. kalu dieya tak sempat tengok bleh baca kat sini je ;-)

azlin hayati said...

ja, aku suka richard & richard.. diorg tu smart.. :)
*botak pn hensem.. :)

JaJa'Z said...

dieya: kalau sempat hari ni ada ulangan kul 2 kang..tapi i bet dieya tengah kerja lagi time tu..heheheh..

takpe2..tiap2 episode akak akt buat preview..macam dieya buat entry KES..heheh

JaJa'Z said...

Lin!!! pestime ko komen kat blog aku..hehhehe...aku suka gak diaorang botak tu lin..tapi team tu tak menonjol sangat....so far aku stick lagi dengan team malaysia...satu lagi aku suka anak ngan bapak tu...

Related Posts with Thumbnails