JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, August 4, 2010

YouTube ~Murid Yang Kurang Ajar

Selamat pagi semua
semalam masa dok online FB, jaja tengok satu video ni
yang jelas menunjukkan sikap dan perangai para pelajar kita
masa kini

Seriusly, jaja agak bengang kalau orang dok kata kerja cikgu ni senang
sebabnya kerja separuh hari...cuti sekolah banyak...
tapi diaorang tak tau mcm mana cabaran sebenar untuk mendidik
'anak2 orang' supaya dapat menjadi manusia sebenar

Ya jaja tau,semua kerja ada cabaran..
kalau kerja dalam pejabat maybe korang tention dengan bos or client
or kejar date line yang tak sudah2 or nak siap kan kertas2 kerja
tapi menjadi cikgu terpaksa
deal dengan beratus2 malah beribu2 perangai manusia
yang berlainan tiap2 hari..
kalau nak dengar kata takpe la..
kalau jenis yang dok nak melawan jek cakap guaner?

Nak tak nak ,kalau nak jadi cikgu ni memang kena kuat semangat
tambahan plak dengan perangai budak2 zaman sekarang..


Korang tengok la video ni dan nilai lah sendiri...
setakat mana tahap kesabaran manusia tu bleh bertahan
menghadapi dugaan macam ni...

Dan ini lah situasi yang dilalui oleh jaja dan guru2 yang lain..
^___~


15 Beu-T Is Talking:

Kniedaz said...

pelajar dulu ngan pelajar skang lain..dulu kita takut kat cikgu..tunduk je kalau kena marah tapi skang diorang pandai melawan..

dieya said...

omg that's HORRIBLE! walaupun tak fahan biji butir amenda laa budak tu mengamuk and tak dengar sangat apa cikgu tu cakap.. the fact that cikgu dan pelajar bertengkar ni is so disturbing.

part last sekali cikgu yg jadi pendamai tu dtg tepuk2.. kelakar laa hahaha! then terkejut pulak bila budak tu tiba2 serang!

baik2 ye cikgu jaja.. jgn garang2.. nnt kena serang!

JaJa'Z said...

kniedaz: betul kak..dulu kita tengok cikgu dtg, terus dok kat kerusi diam2..budak skang ni, tgk cikgu dtg..lagi nak lari keluar kelas...

JaJa'Z said...

dieya: bebudak skang ni teruk melampau dieya..kalau tak kuat semangat habis la..memang makan air mata je la...

akak garang bertempat..kita takkan cari pasal kalau bebudak ok jek..hehehe

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

melampau-lampau betul marah die..keluar kat buletin utama semalam. aishh...
susah nak jadi orang dewasa zaman sekarang..

Jef Hadi said...

macam mana boleh rakam ni?

macam pakai tripod je. tak gerak gerak pun.

dan kenapa makcik ( ke cikgu? ) ue dok diam je?

huu.

Jef Hadi said...
This comment has been removed by the author.
Lelord said...

adoyaiii budak2 skang...ape nak jadi la...ni salah didikan ke salah sndiri nih.

Bravo kepada cegu2 yg mendidik, jasa cegu2 x ternilai

annazanariah said...

salam.. kak jaja.. gaya cakap mcm bukan pelat biasa.. tak faham.. yg nampak marah2 sampai tercungap2. siapp tuding jari tu.. mmg kurang ajar la budak ni.. haih!

semoga kak jaja bersabar dlm mendidik mereka.. bukan senang kan jadi cikgu.. berat tanggungjawab tu. cikgu adalah tugas yg mulia. tanpa cikgu, siapalah kita pada hari ni.. ~

sweetie2010.blogspot said...

Salam Jaja,

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga teruskan usaha mendidik dan cikgu banyak bersabar yer.

Jaga diri Cikgu, murid-murid sekarang lain benar perangainya.

JaJa'Z said...

danial:memang keluar kat tv pun..tapi rasa sedih sangat sebab NUTP ngan bah PIBG salahkan guru...nak je suruh diaorang jd cikgu..biar rasa mcm mana rasanya jd cikgu skang ni..

JaJa'Z said...

the sastraboy: video ni bukan rakaman kat sekolah saya ye...so, rakam guna apa, saya tak tahu..dr slang budak tu rasanya mcm sarawakian....atau sabahan...yang duduk tu pun cikgu..rasanya la..

JaJa'Z said...

lelord: segala pendidikan bermula dirumah..kalau akarnya elok..buah yang manis la yg terhasil..

JaJa'Z said...

anna: kami cikgu2 ni akan setia mengajar macam biasa..sedia je menurunkan ilmu2 untuk diaorang..tapi bebudak skang ni kebanyakkannya datang sekolah hanya sekadar tempelan...sebab mak bapak suruh

JaJa'Z said...

kak sweetie: insyallah..kami akan tetap kuat semangat..

Related Posts with Thumbnails