JaJa'Z Latest Stories

Monday, July 5, 2010

Tattoo Kat Badan..Islam ke tak Mamat Ni...?

(Pic by Gugel)

Dari hari tu lagi jaja plan nak gi service keta..Cik Gen2 tu dah over limit dah
jadinya dah alang2 hari ni jaja cuti, bleh la gi service kejap..
Lepas dah beli segala kelengkapan nak service keta, jaja pun gi la ke satu bengkel ni
Actually, jaja memang dah lama tak hantar keta kat pusat service
main service sendiri jek..
bukannya apa..kena charge mahal sangat..tak daya jaja
sebab tu jaja selalu beli barang sendiri then bawak je ke bengkel service keta..

Masa sampai tu, kebetulan keta pun takde..jadinya tak la lama sangat jaja nak menunggu
lepas dah park keta, datang la sorang mamat ni bertanya
" Ada apa kak?"
" Nak tukar minyak itam bleh? semua barang dah ada"
jaja jawab
then mamat tu panggil lagi sorang kawan dia..
"Wan!! ko terror bab tukar minyak itam ni..meh sini mu buat!"
datang la si mamat nama 'wan' tu tadi kat keta jaja
bila si 'wan' tu datang je, mata jaja terus 'tertangkap' tengok kat lengan dia
Makkk Aiiii..penuh dengan tattoo!!!
biar betul mamat ni..
tapi jaja malas nak buat kesimpulan lagi,kot2 dia orang bukan islam
kulitnya agak cerah,rambut pun dah diwarnakan perang..

dekat 20 minit jugak jaja kat situ, jaja perati je si 'wan' tu buat kerja
dan jaja dengar je cara dia cakap..punya lah nak tau jugak dia tu islam ke tak..
sesambil si'wan' buat kerja dia borak2 ngan member dia
" Ayoh mu dok mari lagi ke"
"Aku malah la nok gi kalu mu malah gi"
"Mu tanya la dia molek2 kekgi dia tinggal mu pulok"

Tu antara dialog2 yang si'wan' tu cakap..
sekali kita dengar pun kita dah bleh agak dia melayu...
kalau la dia cina sekali pun..takkan dia bleh cakap pekat sangat slanga ganu..

Emm..kalau betul la dia melayu dan islam..betapa besarnya dosa dia..
bila dah bertattoo..sah2 tak sembahyang..maybe puasa pun blom tentu..
harap2 tekaan jaja salah belaka...
emmmmm

19 Beu-T Is Talking:

ita cutevirus said...

jgn terkejut jaja, kalo bangsa asing dok pantai timur memang cakap ada slang sane... malah ade yg pandai membaca tulisan jawi...

kite bersangka baik.. entah² tato tu temporary tattoo...

Kniedaz said...

xtau nak pk apa..susah nak cakap sebab zaman sekarang ni macam2 benda leh jadi..

farhana_aziz said...

hurmm agaknya orang siam kot.hehe.
kadang2 diorg mmg cakap slanga ganu ke kelate tapi bukan warganegara M'sia pun.hehe.

Waallahualamla kalau dia tu mmg org Islam. Nauzubillah. Moga diberi petunjuk.

JaJa'Z said...

ita; jaja harapa dia pun bukan melayu..tapi jaja tak rasa tattoo kat badan dia tu tattoo sementara..it's real..

JaJa'Z said...

kniedaz: tu lah kan kak..macam2 ada zaman skang ni..umat diakhir zaman..

JaJa'Z said...

farhana: kalau dia mamat siam..takpe la..kalau bukan..nauzubillah..semoga tuhan berikan dia pentunjuk..

Izan Ishak said...

hmmm...xtau nak cakap. tp mmg ada org melayu islam yg buat tatoo ni...nak tgk pun geli org bertatoo ni~

JaJa'Z said...

izan: tu la pasal..kalau diaorang ni islam la..apa yang ada dlm fikiran diaoang bila buat tattoo tu...takkan secetek tu pengetahuan agama diaorang sampai tak bleh beza dosa dan pahala..

dieya said...

part salah sangka ni, dieya punya big boss lama yg glemer dah jadi menteri tu org selalu ingat dia muslim, padahad dia etnik sarawak. nama je macam nama muslim. so those who don't know pun mengutuk when they see him doing unislamic things. padahal mamat tu bukan islam pun.

part tattoo pulak, kat kl ni dieya tengok budak2 belasan tahun pun dah ada tattoo. ntah kat mana laa diorang buat benda tuh. tak takut kena AIDS ke Hepatitic C ke agaknya.

kasih suci said...

manusia zaman skrg dah xtau beza pahala dan dosa dah...huhu

Danial Ikhwan Jaafar said...

menyentuh point cina cakap terengganu pekat..ramai je kak ja. member sekolah menengah dulu "pekak" abih cakap =p

nak2 student2 dari sabah, bile dah 5 tahun kat terengganu, cakap pon macam orang terengganu sudah..hahaha

kalau die muslim, kite berharaplah agar dibuka pintu hati tu..

En iLham said...

hmmm
tak boleh nak jangka la kak
mungkin islam mungkin tak

xpun die pakai tatu yang boleh hilang tu
hehehehe
nak sangat bertatu kan
hehe

JaJa'Z said...

dieya: tu lah..mostly yang bleh buatkan kita ni salah sangka kalau diaorang blah sabah and sarawak...sebab nama diaorang mcm orang islam..rupanya kristian..

kita doakan yg terbaik je la utk diaorang tu..

JaJa'Z said...

kasih: manusia akhir zaman..

JaJa'Z said...

This comment has been removed by the author.

JaJa'Z said...

danial: tu yang bahayanya kan..harap2 dia non muslim la..kalau tak..emmm..nauzubillah..

JaJa'Z said...

This comment has been removed by the author.

JaJa'Z said...

syamil:ntah la syamil..tapi aka tak rasa tu tattoo sementara..gayanya kita tgk pun dah tau..

Nur Hawa Mohd Zin said...

kalu badan bertatu, telinga berlobang sebab tindik bagi lelaki...mandi wajib tak kan sah sampai bila2 dan..anak2 yang dilahirkan adalah haram..ini ustazah awe bagitau

Related Posts with Thumbnails