JaJa'Z Latest Stories

Thursday, June 10, 2010

Mata Dok Baca Soalan, Tapi Dalam Kepala Ke Lain...

Assalamualaikum
Selamat malam semua
dah makan malam?
sorry la ek, tadi cakap nak citer petang tadi
alih2 malam baru dapat nak online..
.
.
Nak cerita pasal exam PTK pagi tadi
dah 5 kali amik
kali ni first time jaja tak keluar awal
kalau tak, asal kul 9.30 je dah siap jawab
pastu mula kaki ni gatal je rasa nak melangkah keluar dewan
tapi kali ni tak plak
sentap je rasa tadi bila diumumkan masa ada lagi 10 min
soalan yang blom jaja jawab berbaki 15 soalan lagi
time tu mula la kelam kabut
tah apa la yang bermain dalam kepala jaja ni
soalan tak dinafikan la..memang agak sukar
tapi jaja keep on reading again and again pada soalan yang sama
tapi apa soalan tu nak , tetap jugak jaja tak ingat
sampai last2 jaja garis kan key point pada soalan tu
baru la dapat jawab
dah tu semua pilihan jawapan yang ada rasa betul je semua..
last2 jawab ikut gerak hati je..emmm
.
.
Time sejam rehat tadi pun jaja tak kemana
tak pergi lepak kat mamak pun macam biasa2 jaja buat ngan Zurin
kalau sebelum ni, kitorang akan jawab dalam masa 40 min
then terus gi lepak kat mamak sambil breakfast sampai la kul 10.45
baru la masuk dewan semula...
maybe sebab kali ni Zurin takde
Zurin pun dah last minit baru dia cakap kat jaja
yang dia tak gi exam PTK sebab
GI KOREA !!!
Terkejut gak dengar
bukan terkejut sebab dia gi Korea,memang dah lama dia teringin nak gi
tapi sebab apa yg dia plan kali ni sket pun dia tak hint kat jaja
tau2 dia msg dan bagitau dia dah kat KLIA tunggu nak boarding ke Korea je..
takpe lah
maybe dia ada sebab tersendiri...
Tapi petang tadi masa dok belek FB, ternampak status FB zurin
wishing all the best for PTK
LIVE dah Korea lagi tu...
.
.
Untuk paper kedua kul 11 tadi memang jaja baca soalan betul2
sakit je rasa hati ni bila pilihan jawapan semuanya dirasakan betul..
last2..
tetapppp jawab ikut gerak hati
dan kali ni jaja jawab exam dalam 45 min je
pastu terus chowww balik
Kalau nak cerita pasal PTK ni
kadang2 terpk, sapa yang dapat 4-4 tu just their luck je
memasing bukan baca buku pun
ada yang gendong nota setebal mungkin, tapi keputusan tetap sama gak
tapi ada jugak member2 jaja yang baru kali pertama amik PTK
dengan tak baca apa pun..
tau2 dapat 4 untuk dua2 paper
so, sapa nak jawab tu ??
bila ditanya, jawapannya
" ntah la, saya main hentam je jawab"
ntah bila la exam PTK ni betul2 dapat menilai tahap kecekapan penjawat2 awam ni
harap2 kali ni biar lah 'luck' tu menyebelahi jaja plak
.
.
.
.
.
Penat baca soalan PTK punya pasal
so, jaja decide nak masak kari daging untuk lunch tadi
Memula masak siang tadi, kuah kari daging ni tak la sepekat ni
'ceroi' je jaja tengok
maybe sebab dah lama tak masak kari daging
jaja terlebih masukkan air
makanya, tadi jaja 'modified' terus sebelum jamu en zack makan
baru la nampak menarik sket dan menepati piawaian..
hehehhehe
.
.
.
Bila dah masak kari daging ni terus teringat time raya
raya jaja takkan syok kalau takde nasi impit makan dengan kari daging
nyum nyummmmm
mula la tetiba rasa rindu kat mama ni :(
tepon lah kejap lagi !!
heheheh

2 Beu-T Is Talking:

Hizami Rahim said...

hoho.
well.
tuah ayam nampak di kaki.
huhu~
;)

JaJa'Z said...

hizami: tuah manusia..tuhan je yg tau..hehhe

Related Posts with Thumbnails