JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, June 15, 2010

Kena Terjah dengan Orang Jabatan Kesihatan

Assalamualaikum
Uishhh..giler kentang betul
kaw2 punya takde idea nak berblogging hari ni
dok blogwalking je dr pagi tadi

Alkisahnya pagi tadi masa tengah sidai kain
tetiba datang la 3 orang 'bapak2 budak' sambil dok gendong fail ke hulu kehilir
tengok dr gaya macam orang nak buat banci je..

" Assalamualaikum Kak...Kami dr Jabatan Kesihatan,
nak buat check ni..bleh masuk ?"


time ni rasa nak buka pintu pagar ke tak..
bukan apa, takut orang menipu je
zaman skang ni bukan bleh percaya sangat kan..
tau2 kang disamun nya rumah gueee..
tapi memandangkan ramai jiran2 dok bertenggek kat luar umah
so, jaja beranikan la jugak diri ni buka pintu pagar

Masuk2 je kat kawasan umah, diaorang terus check kat tempayan area celah2 pokok tu
" Dalam tempayan tu semua ada ikan "
terus jaja bagi tau sebelum diaorang tanya
" Rajin akak bela ikan ek..pokok2 bunga pun banyak.."
hehhehe
jaja sengehkan je la..tapi tak brapa berkenan la part
bila diaorang yang lebih tua 'banyak' dr jaja tapi panggil kita kakak
bukan nak kata jaja ni muda sangat2, tapi ntah la..tak best didengar
kalau jaja rasa diaorang mmg 'adik2' tak kisah je rasa..

Pastu bertubi2 la diaorang tanya soalan kat jaja
ingatkan nak masuk dalam umah, tak pun
" Ada orang yang sakit?"
" Berapa orang dok dalam umah ni ?"
" Dah lama dok kat umah ni ?
"Ada air bertakung kat bah bawah peti ais?"
"Pam tandas berfungsi elok?"
"Ada simpanan air dalam bekas2 besar?"
"Ada tanam pokok hidup dalam umah?"



Jaja layan kan je la apa yang ditanya
tapi!!!!
tang soalan satu ni memang tak bleh diterima akal!!!
" Akak kerja askar ke?"
APA KEJADAHNYA !!!
Jaja ni dok pk dalam hati 'aku ni ada gaya askar ke?'
Soalan tah apa2..agak2 la kan..
terus jaja sound
" Tak la..saya mengajar"

Lepas dah bla..bla..bla...
dia orang pun blah!

Kalau betul la datang nak buat inspection sebab kes denggi
kena la masuk umah
setakat tanya je tak tengok
kalau orang tipu pun korang percaya
kalau dah gitu, macam mana la nak cemerlang..
ekekeke
bebel plak malam2 ni

dan petang tadi masa dok berehat2, dengar plak pengumuman
orang jab kesihatan nak fogging kawasan taman ni
kalut ribut la jaja kutip kain kat ampaian
dan simpan segala menda yang patut
pastu lepak kat luar umah dengan jiran2

Gambar ni gugel kat internet je
banyak la jugak asapnya kan..
tapi orang yang fogging tadi...semburan dia macam sembur lipas je
sket pun tak berasap..
sembur lebih kurang je tadi..
prengggg sana..prenggggg sini..
dah siap!
senang betul kerja diaorang ni
nyamuk pun bersuka ria lagi kalau gitu gaya semburan nya...

Untuk korang2 yang kawasan umah ada kes denggi
clear2kan la apa2 yang patut ek..
sebabnya kalau ada je sumber air bertakung dan ada jentik2..
memang melayang la RM300 denda..



8 Beu-T Is Talking:

Hizami Li said...

haha.
cikgu jaja pakai suar askar ke?
takpun ada celoreng celoreng kat muka kot?
haish.
boleh pulak tanya soalan pelik macam tu.
haha.
;)

Kasih Suci - Mama Damia said...

amboi...panjang bebenor membebel mlm ni ye..hehehehe...

tp nk gelak pon de gak...tang mane la diorg ley kater akak ni askar...hahahahahahahahak....

JaJa'Z said...

hizami: kaw umah akak ni dekat ngan kem askar..tapi tgk dr body akak ni takkan la diaorang terpk akak ni askar..mengarut betul diaorang ni..

JaJa'Z said...

kasih: akak pun heran..tang mana la ciri2 askar tu ada kat akak..ekekke

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

hahah mungkin kah ketegasan selaku seorang cikgu sekolah menengah terpancar dengan terangnya dari kak ja? ahak! XP

dieya said...

hahahahaha k jaja.. gelak besar dieya baca part " Akak kerja askar ke?" hahahahahaha!!!!!

i sort of wonder the same as danial, adakah kegarangan k jaja begitu menyerlah sekali sampai bapak2 org tuh seriau terus ingat tu rumah jeneral jaja? ;-)

JaJa'Z said...

danial: tegas tu yer..kat sekolah la..tapi mmg akak jawab serius je menda2 yang diaorang tanya..tapi tak logic la...hehhehe..kang jawab manja2 kang jd lain plak..hehhehe

JaJa'Z said...

dieya: ohh!!! gelak kan akak ek...nak kena ni..hehhehe

dah diaorang buat serius..akak pun serius la..hehhe..kang buat daring2..bahaya plak..ahaks...

ni umah general yamashita!!!

Related Posts with Thumbnails