JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, June 9, 2010

Jom Pi Thailand Plak..Kita Pekena Seafood Paprik

Macam gini la kalau cuti sekolah
asal kul 12 je masuk dapur
kalau hari kerja jangan harap la dapat masak2 ni
hujung2 minggu baru merasa nak 'ketung ketang' ngan periuk kuali
Ada seminggu setengah lagi cuti
puas la jaja kena perah otak nak masak apa
untuk makan tengah hari
mujur la lori ikan datang tiap2 hari kat area taman jaja
asal kul 11 je, dengar la bunyi hon lori si Guna tu..
tak la susah2 nak kena keluar gi pasar nak membeli ikan
.
.
.
Hari ni tetap masak yang simple2 je
Seafood paprik

Kalau korang perasan la..
jaja selalu masukkan sayur dalam hidangan utama
hari tu tomyam + vegie
semalam sup ayam + vegie
hari ni paprik udang + sotong + vegie
sebabnya...jaja ngan En Zack ni bukan pemakan sayur tegar
kalau takde sayur pun dah bleh makan nasi
jadi caranya, jaja campurkan terus sayur2 tu dalam hidangan utama
baru lah termakan sayur2 sekali..
cuba kalau jaja buat taugeh goreng ke, sawi masak air ke
sup petola ke...
alamatnya, sampai pagi esok la basi macam tu je
tapi tak la kata yang kitorang ni tak makan sayur langsung
kalau jaja masak sayur campur,kangkung belacan or kailan ikan masin
En Zack tetap makan jugak
sebenarnya En Zack tu la yang susah sket nak bagi makan
last2 bini dia ni jugak la yang perabiskan
macam mana la badan tak macam ni kan...
( ok tak alasan ni ?)
.
.
Nak buat paprik tadi jaja perabiskan segala 'mak nenek' sayur
yang ada dalam peti tu
perabiskan semua udang ngan sotong
jadinya bila dah masak lebih, harusla 'pass' kan sket ke Kak Zah
lagi pun nak membalas pinggan laksa dia bagi semalam
jaja bagi semangkok paprik kat Kak Zah
alih-alih
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kak Zah bagi pulak semangkok pajeri nenas!!
Adoila..jaja ni dah la 'hantu' pajeri
Takpe la..semua tu rezeki...
"Kebas aje leeeeeerrrrr"


5 Beu-T Is Talking:

kasih suci said...

wow menariknye seafood paprik tu...nak sikit boley?hehehee

JaJa'Z said...

nak ke? mai dg umah...

Mamamya said...

uihh...tu baru seminggu jaja....dah pening kan merah idea nak masak apa...akak ni dah 8 tahun jd surirumahtangga...kdg2 blh lg t'menung kat depan peti ais...sbb...x tau dah nak masak menu apa....
lg 1 klu pi pasar...nak beli sayur tu kdg2 t'pusing2 x tau nak pilih....sbb...sayur tu juga la yg kene beli tiap2 minggu...haih....pening kan....
kdg2 akak tanya anak2 or en.suami apa yg dia org nak makan...so,senang x yah ler t'kial2 nak fikir masak apa.... ;)

JaJa'Z said...

mamamya: tu la kak..kalau jaja suri rumah tangga sepenuh masa, mau menanah pk nak masak apa..sebab en zack tiap kali tanya dia nak masak apa hari ni..dia akan jawab.." masak la apa2 pun..abang makan je"..lagi tambah pening ada la..hehhehebalik2 ulang lauk yg sama je la..

azila said...

btol2...mmg leh sakit pala dok pk nak masak apa.maklumla..resepi dlm yang ada dlm kepala zla ni terhadla katakan..:)

Related Posts with Thumbnails