JaJa'Z Latest Stories

Friday, June 18, 2010

Hati2 Yer Kepada Semua Pemakan Ikan Keli !!

Assalamualaikum
selamat pagi semua..
Jaja nak tanya ni..
Korang semua suka tak makan ikan keli ?
tak kira la..ikan keli goreng ke,masak pedas ke,kari ke,ikan keli panggang ke
sedap kan???
jaja pun suka makan ikan keli
En zack jangan cakap la..seminggu direct makan ikan keli pun takpe..

tapi kalau korang gi kat pasar raya, korang dapat tak nak tau
mana satu ikan keli yang halal di makan and haram di makan
jaja tak kata ikan keli tu haram dimakan yer..
jangan salah faham plak
tapi
disebabkan cara 'pembelaannya' yang membuatkan kita kena waspada

kredit to
www.anymzakaria.blogspot.com

Perbezaan ikan keli yang memakan bahan Halal dan Haram

Yang Haram
Ikan keli yang diternak oleh orang bukan melayu dan diberi makan
perut ayam,bahan buangan,bangkai dan organ dalaman babi

ciri-cirinya :
1. Kepala berbentuk V
2. Badan seakan bentuk torpedo
3. Bahagian badan warna hitam berkilat
4. Bahagian bawah badan putih melepak
5. Bahagian antara bawah kepala dan bawah badan berwarna kuning
6. Akan meletop2 bila digoreng kerana banyak lemak


Yang Halal
Ikan yang diberi makan palet yang halal mengandungi campuran beras hancur,
tepung ikan, kepala ikan bilis,minyak sawit,bahan buangan kelapa sawit,
kiambang dan vitamin

Ciri-cirinya :
1. Kepala berbentuk U
2. Badan berbentuk tirus
3. Warna badan hitam kelabu dan tidak berkilat
4. Bahagian bawah badan warna putih kelabu
5. Tiada warna kuning dibahagian bawah kepala dan badan
6. Digoreng tidak meletop2

Uishhhhh....bahaya betul ek..kalau salah beli
menda yang halal pun bleh jadi haram
seelok2nya kita beli lah dari penjual yang kita rasakan memang halal
selain dari bleh tengok dari ciri2nya..

...........................................................................................

Sarapan kitorang pagi ni takde kena mengena dengan Ikan keli ek..
hehheheh
Pagi ni malas nak masuk dapur
just 'tunjuk2' je kat gerai depan umah
Ni untuk En Zack
.
.
.
.
.
.
.
Ada donat,kuih keria ngan karipap
Selamat dah masuk perut En zack pagi td

19 Beu-T Is Talking:

A D I A said...

ada dengar gak pasal keli yg diternak bukan islam ni, mak dah pesan nak beli kat pasar tu beli ikan haruan ke keli ke beli dgn melayu.

JaJa'Z said...

adia: kalau kita beli kat pasar malam atau pasar tani..insyallah penjualnya semua melayu..yang jual kat pasar2 raya ni kena hati2..selama ni tak terperasan plak..

yang bahaya lagi..jaja selalu makan ikan keli kat kedai je..tu yg lagi kena hati2 kan..

Kasih Suci - Mama Damia said...

alamak...nak kene berhati2 ni.. tp yg jadik mslhnye mana la kite nk tau ikan keli tu dibeli kt pasar or kt pasaraya...maklumlah, bli ikan keli yg dah dimasak kt kedai...

tp kan, yg part bentuk kepala 'U' atau 'V' tu...ssh gak nk bezakan tu...huhuhu

~suNshiNe~ said...

wah..bahayanya..pasni nak makan ikan keli pun kena fikir 10 kali...
macam2 ada..

JaJa'Z said...

kasih: sama la kita..akak pun selalu makan kat kedai je..tapi tang kepala tu kita bleh perasan kot..ketara bentuk kepala nya..

JaJa'Z said...

sinshine: betul tu..kena hati2 banyak dah skang ni...yang kita tak sangka2 pun kena hati2 gak..

dieya said...

eh.. ada kelas ikan lagi :-D
ikan ni confirm kenal.. pasal rupa dia lain dari yg lain.. hihihi!

JaJa'Z said...

dieya: bukan ikan ni yg akak nak kenal kan..entri ikan dieya kat bawah nunnnnn

TopsyTurvyMum said...

ada dpt e-mail pasal ikan keli ni jugak..

jarang sgt mkn ikan keli..lepas ni kalau mkn luar kena hati2 la kann..

terliur kuih keriaaaaaaaa!!

JaJa'Z said...

TTM; alah..setakat kuih keria..akak buat kuih lagi ngetopppppp...hehhehe

sweetie2010.blogspot said...

tq for ur info...ada gak halal dan haram ikan nih.

JaJa'Z said...

kak sweeti: ikan ni halal kak..cuma pembelaannya je jd kan haram..

Mia Liana said...

suka sangat makan ni..tapi tak pernah check pulak...

lepas ni akan lebih berhati2..

dieya said...

dah jumpa :-D
thank u! dah komen kat situ.. hehehe!

ibh_sue said...

Yaks!..biar betul jaja..Sue suka ikan keli...Nampaknya lepas ni kena belek betul2 la kalau nak beli..Tak pun kena tanya penjual tu la..mana dapat stok ikan keli tuh..bleh tak mcm tu..hee...
Eiii..sampai nak beli ikan pun kena berhati2 kan..Lain la kalau ada bar kod..senang la nak kenal pasti..ekekeke..

JaJa'Z said...

mama liyana: jaja pun suka gak..selama ni main tibai je makan..kena hati2 gak..

JaJa'Z said...

dieya: hehhe bagus..so, kenal dah kan..hehhe

JaJa'Z said...

ibh: bleh gak nak tanya..kalau beli kat pasar maybe kita bleh jamin melayu..kalau kat pasaraya yg jadi seriau sket tu...kena soal selidik dulu la kan..satu lagi kalau nak kenal...jgn makan keli yg besar2 sangat tu...

anymz said...

Waduh..camne leh tak perasan jaja ambik ni...alhamdulillah sama2 kita share info kat sini kannn..

Related Posts with Thumbnails