Ni tajuk entri yang jaja ternampak kat paper Metro semalam
bila jaja nampak je entry mcm ni
kadang2 rasa luluh je hati, sayu je hati
YE KE GURU TAK IKHLAS MENDIDIK ?
.
.
Sebenarnya ni adalah surat dalam ruangan respond pembaca
yang dihantar oleh seorang IBU
yang meluahkan ketidak puasan hatinya dengan guru2 skang ni
Pada sesiapa yang tak terbaca entri ni
jom kita baca beberapa petikan yang jaja sempat snap semalam
walaupun ia tak merujuk pada jaja
tapi jaja sebagi pendidik serba sedikit akan tersentuh
.
.
Tidak jaja nafikan dalam profession perguruan ni
memang ada yang menjadi 'taik' didalam 'bunga'
kumpulan2 'taik' ni la yang sebenarnya mencemarkan
profession guru ni
dan kumpulan tu jugak lah yang membuatkan pekerjaan
sebagai guru ni selalu disalah ertikan
Jaja tak nak sentuh pasal kumpulan2 'taik' ni
tu semua biar diaorang jawab sendiri dengan Allah
.
.
Kepada sesiapa( bukan guru) dan ibu bapa
tiada seorang guru pun yang mengajar didunia ni tidak ikhlas
tujuan kami semuanya sama
nak mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna,
boleh berdikari sambil memajukan diri
Pelbagai dugaan,rintangan dan pengorbanan
yang kami lakukan agar anak didik kami berjaya
tak pernah pun kami mengharapkan apa2 sebagai balasan
cukuplah sekadar keputusan yang bagus dlm peperiksaan
itu pun dah cukup membahagiakan kami
.
.
Jangan lah selalu membandingkan 'guru dulu' dengan kami
kerana cabaran mengajar pelajar dulu dan sekarang
terlalu berbeza
jaja sendiri pernah menjadi pelajar suatu ketika dulu
dan jaja juga fasih sangat dengan perbezaan pelajar dulu dan sekarang
Dulu semasa sebagai pelajar,
kami takut kalau tak siap kerja sekolah
kami takut kalau tertinggal buku dirumah
kami takut kalau kerja kursus tak siap
kami bersedia didalam kelas bila nampak kelibat cikgu datang
kami malu nak tunjukkan markah 'merah' pada kawan2
kami malu kalau nama kami disebut didalam mensyuarat kurikulum
kami cepat2 beratur ke makmal sains bila tiba waktunya
kami berjalan pantas jika sampai agak lewat ke sekolah
kami selalu berjumpa guru untuk bertanya soalan yg tidak faham
kami selalu ke perpustakaan mencari rujukan
kami usahakan sendiri jika ada sesuatu majlis disekolah
kami bertutur dengan sopan bila berjumpa guru
kami memberi salam jika berselisih dengan guru
kami tunduk hormat bila berjalan didepan cikgu
kami minta izin untuk keluar dari kelas wpun mahu ke tandas
.
.
.
jaja pasti ramai yang bersetuju dengan jaja
tentang apa yang jaja sebutkan tadi ..kan?
tapi sekarang, berapa kerat sangat yang ada sifat2 seperti tu ?
jumlahnya boleh dibilang dengan jari
.
.
Cabaran menjadi guru sekarang terlalu hebat
yang kadangkala turut mencabar tahap kesabaran kami
generasi pelajar sekarang juga bukan seperti pelajar dulu
pelajar sekarang terlalu banyak terdedah dengan perkara2 yang tidak sepatutnya
kalau dulu kita terlalu malu belajar 'bab pembiakan'
semasa Ting 3 dalam kelas sains..
tetapi pelajar kini terlalu ghairah memperkatakan tentang topik tersebut
hingga mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya diucapkan oleh mereka
.
.
Guru kini terlalu banyak bebanan tugas mereka
pelbagai pengorbanan guru lakukan
demi meningkatkan prestasi pelajar
dan untuk ibu bapa
janganlah menyerahkan semua 'tanggungjawab' ibu bapa
kepada guru semata2
Sama2 lah kita berusaha untuk memajukan 'anak2' kita
.
.
Kepada sesiapa yang nak tahu tentang macam mana cabaran menjadi guru2 masa kini
jadilah guru!
jadi guru dalam seminggu pun jadilah..then u all akan tahu
dan lepas tu anda akan berkata
" Begini rupanya pelajar2 kita sekarang....."
.
.
Jaja bukan berniat untuk membela guru2 semata2
dan tak semua ibu bapa begitu
ramai juga yang prihatin dengan anak2 mereka
Jadinya..sama2 lah kita memperbaiki kelemahan masing2
agar pelajar2 ni betul2 menjadi pelajar yang berguna
12 Beu-T Is Talking:
ank tak pandai salah ckgu
anak wat salah..pun salah cikgu
anak cedera kat sek salahkan ckgu
anak ponteng salahkan cikgu
semua salhkan ckgu...mmg parah lah ckgu kak ek...hai..semua ckgu nak kena jaga...teruk lah...ni kata cikgu tak ikhlas lak...adoyai..lah
setuju dengan kata2 jaja'z
tak semua guru yang sebegitu
ramai yg ikhlas mendidik
yg buat onar sekerat dua tapi terpalit kpd yg lain
harap2 guru2 yang baik teruskan mengajar anak2 kami
tanpa guru, kita semua tiada di tangga
sekarang ^_^
hawa: kalau anak tak solat nak salahkan siapa? kalau anak cakap kurang ajar ngan cikgu nak salah sapa? pendidikan awal semuanya dirumah..ibu bapa kena pikul tanggungjawab tu dulu..guru sekadar membantu..
kniedaz: golong cikgu2 yang buat taik tu la yang merosakkan segalanya..tak tau la apa yg ada dlm fikiran diaorang..duit gaji yg dapat tu berkat ke tak? bagi plak anak bini makan...
kak soklan pertama jawapan nye salahkan ustazah tak ajar...soklan kedua salahkan ckgu moral...ni lah jawapan biasa..(kidding)
hah tulah,,yang corak kan kain putih adalah ibu bapa, guru terima anak murid yg dah dibentuk dr umah...lain lah kalu guru yang lahirkan anak2 murid dari kecik pastu ajar..
kak,
cikgu selalu jadi mangsa.
masalahnya pelajar nakal macam hantu.
kalau tak kasar nanti kena pijak kepala.
kalau kasar pulak kena marah mak bapak.
haish.
susah.
;)
takot giliran zami pulak nanti.
Tak semua tapi pastinye ada....
So, jangan melatah... Cari cara untuk memperbaiki mutu dan cara pengajaran.... :)
hizami: one day u will know the true colour of students nowadays...
terlalu banyak cabaran...
En Chilabaey's:
jaja kadangkala cuba cari pendekatan baru dlm pengajaran jaja di kelas..mana yang ok, ok lah..tapi ada sesetengah mereka yang jenis 'buat la mcm mana pun' kalau hati mereka tak nak belajar tetap macam tu jugak..hari2 nasihatkan perkara2 yang sama..termasuk la dr segi penampilan mereka, sahsiah mereka...
Budak2 sekarang... lagi2 yang kaya raya... belajar ni ni dah tak penting sangat dah... masuk kolej @ universiti swasta sekarang ni, tanpa kelulusan pun dah boleh masuk... hilang mutu & kualiti pelajaran di Malaysia ni... :(
Tapi walau bagaimana pun keadaan pelajar sekarang ni, saya harapkan kerja yang dijalankan adalah ikhlas dan kena banyak sabar.... Saya tahu bukan senang menjadi tenaga pengajar sebenarnye... Terima kasih kepada semua cikgu-cikgi.... :) :) :) ;)
Post a Comment