JaJa'Z Latest Stories

Saturday, May 8, 2010

Sapa Suka Makan Buah Kiwi ?? Angkat Tangan !!

Korang semua suka tak makan kiwi..? buah kiwi la..takkan kiwi kasut plak
kih kih kih
jaja ni bukan la fanatik sangat ngan buah ni
memang jaranggggg sangat membelinya
pernah la rasa sekali dua dulu
tu pun sebab kawan pelawa
kalau nak harap beli sendiri, jaja lagi rela beli buah pisang je
hhehehheh
rasa buah ni masam2 manis
pada sesapa yang minat ngan buah ni bagus la
banyak khasiat makan buah kiwi ni
.
.
.
Kenapa jaja buat entri pasal buah kiwi plak ni?
benor nya tadi tengok Majalah3
pasal pengeluaran buah kiwi kat New Zealand
NZ antara negara2 terbesar yang tanam buah kiwi ni
geram amat jaja tgk kebun kiwi dalam tv tadi
Baru la jaja tau tadi
rupanya buah kiwi ni ada 2 jenis
satu green kiwi..satu lagi gold kiwi
yang gold rasanya lebih manis berbanding green kiwi
patut la hari tu jaja rasa kiwi masam2 sket
rupanya tu green kiwi
nampak gayanya kena cari gold kiwi plak la lepas ni
mana tau lepas2 ni terjatuh chentaaaa ngan buah kiwi plak
Ni gambo pokok kiwi
berjuntai2 buah kiwi kat pokok tu
geram amatttt jaja tgk
pokok kiwi ni sekali tengok macam pokok anggur je..
pokoknya rendah dan daun2 menjalar sebijik macam pokok anggur
tengok si Irin Putri dok petik buah kiwi tadi
rasa macam nak gi NZ je..(versi berangan plak :p)
.
.
Jom kita baca sket..
Khasiat memakan buah kiwi
Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet harian anda untuk kesihatan menyeluruh. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia kaya dengan nutrien yang membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain merupakan pilihan diet harian yang mudah.Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain.
.
.
Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin."Bagi sesetengah pengguna, nilai nutrisi mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu. Fakta mengenai kebaikan buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh," kata Pengurus Pemasaran Zespri International, Daniel Mathieson.Menurutnya, buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga dimakan bersama kulitnya
.
.
Secara purata, buah kiwi menyediakan kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.Tambahnya lagi, ketakutan warga seluruh dunia mengenai penyebaran wabak influenza H1N1 juga menyebabkan mereka lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan."Kini kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi," kata Mathiesen.
.
.
Sementara itu, Pakar Terapi Nutrisi, Dr Norzita Mohd Yusof berkata, buah kiwi merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta orang dewasa."Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya," katanya.Menurutnya lagi, buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada makanan berproses."Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus," ujarnya.
Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari katanya, kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.
.
.
Ha! apa lagi....JOMMMM kita makan buah KIWI
^_^


23 Beu-T Is Talking:

Lelord said...

kite suke mkn stoberi...hehehehhe masa ngandung dulu pun itu la buah peberet selain buah motan

penahatiku83 said...

sis... saya suka makan kiwi... syedap. tengok jgk kt tv3 tadi... sungguh best kan... yg tak elok bentuk pun dia buang, baik dia post kat kita kan... hehehee

JaJa'Z said...

lelord: makan stoberi tak celop cekelat ke??

JaJa'Z said...

penahatiku83: a'ah..diaorang buang semacam je..padahal buah elok..just bentuk je terlebih sket..membazir betul..

dania said...

owh, my fav!!
i mmg suke mkn buah kiwi..^^

JaJa'Z said...

dania: hai dania...me pun kena try makan kiwi gak la..

NenekPenne said...

i makan buah kiwi...sedap...

JaJa'Z said...

nenekpenne:
ramai cakap sedap..jaja kena try gak lepas ni..anyway, thanks for drop by..

dania said...

yup2! u better try..
sedap..dr kecik i mmg ske buah kiwi..

owh, thnx for following me ya.. :)

JaJa'Z said...

dania: no hal dear..i try beli esokkk jugak..hehhe

Hizami Rahim said...

kak!
saya suka gila buah kiwi!
wakaka~
suka suka~
suka masam masam~
sampai lemah ingatan jadinya~
wakaka~

JaJa'Z said...

hizami: dik..ko suka buah kiwi je dah la dik..jangan la sampai lemah ingatan..kang tak sempat tua dah nyanyok..hehhehe

Syue Mustafa said...

Kita pun suka jugak makan buah kiwi...

JaJa'Z said...

syue: suka ek? bleh beli banyak2 esok..

kasih suci said...

sy pon suke...yummy2...tadi tgk majalah 3..cam nak terbang g NZ je...nak g ladang kiwi, nak petik sendiri kat pokok...mmm beshnye...

somuffins said...

Salam Jaja ..

Cubalah makan aiskrim Kiwi (batang). I tak suka Kiwi sbb masam tapi aiskrim tu sedap sbb masam2 manis sesuai untuk orang baru sembuh dari demam, batuk n selsema (boleh hindari rasa payau dilidah).

Nur Hawa Mohd Zin said...

saya suke...saya suke!! akak nmpk tak awe angkat tgn ni? heheheh..i like kiwi dan semua yang dibuat ngan kiwi..air kiwi pun best!!!

JaJa'Z said...

kasih: tau takpe..akak rasa macam nak tanam pokok kiwi plak lepas ni..ekekekke

JaJa'Z said...

somuffins: ada ek aiskrim kiwi? kena cari ni..jaja b4 this mmg tak amik tau pasal kiwi2 nih..harus try..tq ek..and thanks for drop by ok..

JaJa'Z said...

hawa: dah..dah! turun tangan tu..nampak ketiak dah..hehehhe

Nur Hawa Mohd Zin said...

heheh...yg pntg kiwi mmg sedap..sebab dia masam2..i like..masam2 ni

lemongrass said...

Jaja,
Gold kiwi tu memang lagi manis dr the green one. Yg green tu ken
a tunggu masak ranum betul baru dia sweet :-).
Tapi yg gold tu lagi mahal dr the green, mentang2 lah ada nama gold kat situ kan, hehehe...

JaJa'Z said...

kak LG: mujur la gold kiwi tu tak letak jenis gold berapa karattt..kalo tak..tak mampu terus nak makan..hehhe

Related Posts with Thumbnails