JaJa'Z Latest Stories

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 @ SMKLH

Assalamualaikum
Pehhh! penat edit gambo2 sket punya la banyak amik tadi
time amik sedap sangat
rupa2nya setambun gambo
So, jangan lengah2 lagi...
JOM ! kita layan gambar2 sambutan hari guru kat sekolah jaja ok
(gambo memang banyak ni..)
Pagi2 sampai sekolah tadi
bahagian hadiah la yang bz kemain
dok lekat2 nombor dan susun2 hadiah
Dalam kul 8 pagi semua pengawas sek dan pengawas Pss dah siap sedia
untuk perarakkan guru2 ke dewan Bestari
Tahun ni semua pengawas2 tempah baju khas
ceria je nampak :p
Sebelom berarak, dan lagi posing2
gambar atas: barisan GPK dan Ketua2 Bidang sekolah jaja
Guru2 pun berarak la masuk ke dewan
patut la kena pakai baju hijau
rupanya tema rimba
nak masuk dewan pun penuh ngan pokok2

Nampak sangat guru2 pengawas kerja keras kali ni
hiasan pentas menarik, ceria je tengok
keliling dinding dewan pun penuh dengan bunga2
Dalam kul 8.15 pg
majlis dimulakan dengan bacaan perutusan oleh wakil guru
dan wakil pelajar
Selesai bacaan perutusan
tetiba masuk sorang budak laki naik basikal berhias ke dalam dewan
tapi jaja tak sempat nak amik gambo dia
rupa2nya budak tu bawak kad / simbolik hari guru kepada Pengetua
Seterusnya melekatkan kad kat hiasan dinding pentas sebagai tanda
perasmian majlis sambutan hari guru tahun ni
dan diteruskan dengan majlis memotong kek
Pengetua plak bagi ucapan
Acara wajib kalau dah namanya 'cikgu'
kena nyanyi lagu 'Guru Malaysia' la kan...
kitorang ni semua back up singer je..sebab tu dok blah belakang
Lepas nyanyian
baca 'Ikrar Guru' plak
tengokla kitorang..hehhehe
gaya cikgu ke..student ???
Dan majlis diteruskan dengan persembahan tarian endang
dari pengawas sekolah,nyanyian lagu asli
dan permintaan khas
Cikgu Norma and Cikgu Ramli berduet

Persembahan 'coral speaking' Bm dr Pengawas Pss
suka sangat persembahan ni
cute je bebudak tu
Acara yang dinanti2, apa lagi kan...
acara tukar2 hadiah la...
lebih kurang pukul 10 pagi
semua pelajar dan guru berhenti rehat
Cute tak ?
siap ada sangkar burung lagi kat pokok tu
katanya ala2 rimba kan... :p
.
.
Lepas semua dah habis berehat
majlis diteruskan lagi dengan acara sukaneka guru
time ni memang jaja berpeluh sakan la
guru dibahagikan kepada 7 kumpulan
dan ada 7 check point game yang kitorang kena main
Enjoy sangat2 time ni
^__^
Atas: Acara masukkan benang dalam jarum
Bawah(kiri) : Acara pancing getah dalam botol,Acara baling tin dengan kelapa
Game ni yang tak tahan sekali
Bisik manjaaaa youuuuuuuu
" Makcik Halimah menyuruh anaknya Halimaton ke kedai Pak Halim diseberang jalan
disebelah pokok ketapang menaiki basikan kepunyaan Nek Mah"
( ada sesapa nak try bisik? :p)
Aksi guru2 kumpulan 4
Lepas tu 5 kumpulan tertinggi kutip markah dalam sukaneka
kena berentap plak untuk game seterusnya
part ni yang tak tahan
acara makan !
sampai tercekik2 jaja nak telan maruku
pastu bedal plak roti
dan satu kotak air soya
Tercekik2 makan roti..mujur bagi air gak
^_____^
Walaupun kump jaja menang acara makan tu
tapi keseluruhannya kitorang kalah..huwaaaaaa!
penat makan cepat2 :(
Penyampaian hadiah kepada kumpulan2 yang menang
Lepas dah rehat2 kejap
diteruskan dengan persembahan dari guru
Atas : Pengetua dan GPK Hem berduet
Bawah(kiri): Teacher Diana menyanyi, Cikgu Ramli berpuisi
dan sebelum majlis berakhir
kitorang guru2 dan semua pelajar buat suprise
untuk Pengerusi Kelab Guru&Staff
Ustaz Syukri Abdul Mubin
sempena Hari Jadi beliau hari ni
' Allah Selamat kan kamu !'
.
.
.
Dalam kul 12.30 tamat la majlis sambutan hari guru
dapat la student2 semua balik awal
dan guru2???
Apa lagi kan..jamuan laaaa
masing2 dah lapar kemain dah...
Menu : Nasi hujan panas,air sirap dan puding koktel
sambil2 makan diselang selikan dengan cabutan nombor bertuah
jaja siap cakap kat member2
" Aku nak gi basuh tangan awal2, mana la tau kot2 nama aku yang naik kan"
alih2..masa jaja nak gi basuh tangan tu...
" Nama bertuah pertama ialah...Puan Sariza Bakar !!!!"
wallaaawehhhhh..masin mulut gueeeee :p
Dapat lagi hadiah ^___^
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar
Setinggi2 tahniah pada guru2 yang berusaha keras berhari2
untuk laksanakan majlis ni
Kul 1.30 petang (Balik): Muka cikgu yang kepenatan amat ^__^



14 Beu-T Is Talking:

Nur Hawa Mohd Zin said...

sampai terlelap tunggu gmbr kak jaja'z ni..huhu..dapat hadiah ape lah ye agknye...dah tgk dah..sume gmbr..heheh..nyte kak..zzzzzzz

Lelord said...

meriah btul

Hizami Rahim said...

ahaha.
cikgu jaja,
saya dah jeles ni.
ahha.
best!
;)

_aLiaHwaFa_ said...

jelesnyer~ rindu nk celebrate hari guru ngan cegu skola sye.. huu~ selamat hari guru yer. ^^)

JaJa'Z said...

hizami: aikyakkk..tu pun jeles ka..hehhehe takpe la.ur time will come soon..

JaJa'Z said...

aliahwafa: nak buat mcm mana..zaman aliah dah lepas..

kella said...

Selamat hari guru ya Cikgu Jaja!

:D

JaJa'Z said...

tq kella...

AYU said...

meriahnya sambutan hari guru...

JaJa'Z said...

tq kak...sekolah akak macam mana plak..

Kniedaz said...

meriahnya sambutan hari guru kat sekolah jaja'z..best tgk gambar2 nih

JaJa'Z said...

kniedaz: biasa lah kak..nama pun kat sekolah..macam tu lah kan..time enjoy, kita enjoy...hehheakak pun sakan gak bersuka kan..

A.I said...

MERIAH SUNGGUH!!!

(^_^)

JaJa'Z said...

gitu la gaya nya AI...

Related Posts with Thumbnails