Selama jaja ke gym dah hampir 5 bulan ni
macam2 golongan orang yang jaja jumpa
kecik besar,tua muda
semuanya ada
yang datang sorang2..yang datang bercouple
geng2 mak orang, geng2 askar, geng badan ketak2
segala jenis manusia pun bleh jumpa kat situ
tipu la kalau jaja cakap, jaja gi gym just nak bersenam je
kadang2 sambil bersenam tu, sambil jaja tengok gelagat2 orang
yang dok bersenam kat situ
.
.
Memula jaja gi gym tu sorang2 je
Puteri yang banyak ajar jaja macam mana nak senam guna menda alah tu..menda alah ni
kalau nak kuatkan otot kaki guna alatan mana, kalau nak kempiskan perut
sesuai senaman macam mana
Memang Puteri bukan personal trainer..tapi bleh la dia tunjuk sket2
time cuti jaja selalu ke gym blah pagi
cuaca pun tak brapa panas dan yg best blah pagi ni
khas untuk kaum wanita
so, ko nak berlari gajah,nak terkangkang bagai..bleh je :p
tapi jaja tak la..hehhe tetap berlari ngan sopan..ahaksss
.
.
Geng2 blah pagi banyak mak2, anak2 dara dan bini2 orang
geng mak2 ni selalunya jenis peramah
kita senyum dia senyum
then bila kita start tegur, dia akan sambung cakap
borak bla..bla bla...
which is okey..but sometime dah jadi terganggu nak bersenam
tapi jaja selalu layan je..sambil2 bersenam
tak nak la dikatakan sombong plak
.
.
Geng2 muda belia / baru kawen
ni memang geng2 kecoh kat gym
nak2 plak bila kitorang buat senamrobik or berpoco2 ramai2
bleh gamat gym tu kejap
tapi yang tak best
ada diantara diaorang ni, nama je bini orang
tapi sambil bersenam dok bz bermsg ngan laki lain
dengan tanpa segan silu bercerita pasal
ada ' kekasih gelap' lain
emmmm....macam mana tu??
Dah ada suami tapi dok ajak layan gi karaoke lah
emm..yang ni mmg jaja tak brapa berkenan la..
Bukan nak kata jaja ni baikkkk sangat..tapi it's not me
diaorang ajak jaja tapi kita menolak dengan cara terbaik la..
.
.
Geng anak2 dara
jaja suka sket dengan geng2 ni
diaorang tak sombong, nak borak pun best
semua muda2 lagi..dengan jaja sekali jadi muda...kih kih kih
diaorang lebih hormat sket bila berborak dengan kita
takde plak gelak sampai mengilai2 dalam gym tu
Ada adik beradik tu anak Dato' lagi..tapi memang peramah
lawa pun lawa..admire kejap jaja kat diaorang berdua :p
.
.
Blah petang plak selalunya dikuasai oleh kaum lelaki
start kul 4.30 petang geng2 ni dah mula datang
dari badan yang keding sampai la yang badan berketak2
tapi yg jaja tak brapa suka
ada segelintir dari geng2 tu yang suka amik kesempatan
kacau2 geng pompuan nak bersenam ..
mujur la diaorang takde kacau jaja
sebab jaja kalau senam muka serius..hehheheh
Ada sorang girl ni tengah dok angkat dumbell
maybe cara dia salah..then suka2 je abang badan ketak2 tu pegang2 badan dia..konon2 nak tolong tunjukkan cara yang betul
hellooooo..kalau cakap je tak bleh ke? nak pegang2 badan segala..
awattt plak...???
ada girl lain dok lari atas treadmill,diaorang bantai dok kat blah blakang treadmill tu
kiranya macam nak motivate girl tu bagi lari laju sket la..
kalau lari slow..sah2 kena diaorang yg dok kat blakang
bleh plak macam tu..ish ish...
mostly yang suka mengacau ni yang pegang title 'laki orang' la
yang muda2 tak plak mengacau macam tu
tapi tak semuanya perangai macam tu..mana2 yang baik,ok jer...
.
.
Geng2 melawa datang gym plak
Jaja nak tanya korang ni..kalau nak bersenam selalunya
pakaian apa yang sesuai??
korang pun bleh bagi jawapan yang tepat kan..?
bila bersenam kena pakai pakaian yang sesuai samada t-shirt yang longgar dan track suit
ada jenis yang dtg gym suka pakai suar lagging bercorak2..aduih, berbulu je mata ni tgk
pakai suar lagging tapi kalau peha ngan betis kecik tak kisah gak
dah la suar lagging pi pakai plak baju kecik2 ala2 nak nampak lurah bontot
pastu bila berlari..sibuk dok cover tarik2 baju
dah nak tayang sangat kan..ko biar je la..nak tarik2 buat apa
berlari atas treatmill tak nak warm up dulu..terus lari laju2 giler
tapiiii...10 min je...tgk gaya eksen kemain
siap sumbat telinga ngan mp3 player lah...
lari tak seberapa, gaya yang lebih
( ishhhh...dah jadi sesi mengutuk dah ni)
jaja memang tak berkenan sungguh la
golongan ni, memang jenis masuk gym tak reti nak senyum
kiranya 'Akulah yang tercantik di dooonia!!'
bukan kena bayar pun setakat nak bagi senyuman tu
nama pun senyuman tu sedekah kan...
.
.
Tapi satu menda yang jaja tak bleh terima betul bila jaja kat gym
ada sorang brother ni badan dia memang besar la(berotot)
kalau datang memang suka angkat2 berat
tapi yang jaja tak berkenan tu
masa dia angkat berat tu suka sebut 'shit'
kalau 2 jam dok kat gym tu, ntah brapa kali
dia sebut 'shit' sambil angkat berat
apa lah salahnya sebut
'Allahhhhh hu akbar' ke...yang menunjukkan
dia tengah berusaha nak angkat menda alah yg berat tu
kalau tak sebut 'shit'..dia selalu gak
kuarkan bunyi2 yang tak brapa berkenan telinga ni nak dengar
bunyi macam mana??
bukan kentut tau :p
bunyi macam orang tengah buat pr*j*k...
dok 'Uh ..Ah..Uh..ahh'
eiiii..geli telinga ni dengar
tak kan la dia tak bleh perasan semua tu..ish..ish..ish...
.
.
.
Ter'bebel' plak tengah2 hari ni
Kalah En Ben kita yang memang suka membebel tu..hehheheh
banyak lagi sebenarnya gelagat manusia yg jaja jumpa kat gym tu
tak masuk part mak budak menggatal ngan abang badan ketak2,
abang polis dengan awek dia,
budak2 sekolah tarik suar kawan dia sampai nampak spender :p,
Girl jatuh tersungkur cover pening lepas berlari,
budak eksen terkepit dumbell
Kadang2 kelakar je rasa :p
Manusia..manusia...macam2 perangai ada
7 Beu-T Is Talking:
kite kena wat gym utk kaum kite je kak..baru best
masalahnya..kaum kita pun sama je perangai nya...
Jaja,
Next time Jaja gi pakai shades and sumbat telinga.. baru aman damai :)
adoooyyaaaii... camni ke keadaan diorg kat sane... x sangka pulak...
allahuakbar!
okay.
dah.
;)
tu la kak ek..nak wat camne..dah pangai mmg camtu
kak aida: kadang2 rasa nak sumbat kapas telinga..tak nak dengar menda2 mengarut
anna: yer anna..gitu la perangai dlm tu....
Post a Comment