JaJa'Z Latest Stories

Monday, May 24, 2010

Kisah Makcik Jual Tudung Kat Pasar Malam

(pic gugel)
Assalamualaikum
petang tadi lepas balik dari gym
seperti biasa on the way balik jaja akan singgah ke pasar malam
nak belikan makanan sket untuk En Zack
kang kurus plak laki ku itewwww kalau tak makan
lepas dah beli 'ikan keli' kesukaan En Zack
dan beberapa lagi makanan lain
tetiba jaja rasa nak singgah kat satu gerai jual tudung
hajat hati nak belek2 shawl
mana la tau kot2 ada yang berkenan
.
.
Owner gerai tudung ni pun ala2 makcik jugak
age dalam 50+ kot
tengah jaja dok belek2 tudung sempat lagi 'antena' jaja ni dok mendengar
sorang pelanggan ni(makcik) jugak
dok tawar menawar kat tuan punya gerai
.
.
Makcik Tukang Beli: Boleh la weh! nok kurang siket jer lagi, takkan tak boleh kot
Makcik Tukang jual: Mintok maaf la, memang tak bleh kurang
Makcik Tukang Beli: Kita nak hok hitam ni takkan tak bleh kurang langsung
kurang dua ringgit pun jadila
Makcik Tukang Jual: Kalau gitu amik hok lain lah,yg warna coklat tu..yg tu murah siket
Makcik Tukang Beli: Kita tak mboh la hok coklat, kita nok hok itam ni
lagi pun itam ni besar sikekkk! bleh la kurang !
Makcik Tukang jual: Tak boleh! mintok maaf la..ni pun bukan perniagaan kita
anok kita punya...
Makcik Tukang Beli: Anak awok punya, tapi awok hok tukang jualnya
bukan nok kurang banyok pun,kurang sikekk pun jadi la..
Makcik Tukang Jual: Mintok maaf la, memang tok bulih
( sambil dia amik tudung tu then simpan)
.
.
Sian plak jaja kat makcik yang nak beli tudung tu
last2 dia blah macam tu je
maybe gi cari kat kedai lain
nampak sangat dia nak amat2
siap dia tanggal tudung sedia pakai sbb nak try tudung itam tu
apa lah salahnya setakat kurang seringgit dua
nama pun pasar malam
bukannya pasaraya yang harganya tetap
Sesiapa berniaga pun memang nak untung
tapi apa salahnya 'tak berkira' dengan pelanggan
selagi menda tu boleh dirunding
lain la kalau dia mintak beli satu free satu
tu memang melampau la kan
Makcik..oh makcik....
^_~
Macam2 perangai manusia...

6 Beu-T Is Talking:

Hizami Li said...

hurm.
kesian.
sabar sabar.
wahai makcik.
;)

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

hahaha macam2 manusia jugak kat pasar malam ni. lama plak tak gi pasar malam. coconut shake satu! XD

JaJa'Z said...

hizami: nantikan kesinambungan part 2 jap2 lagi..

JaJa'Z said...

danial: kat sana ada pasar malam tak? hehhehe takpe, balik bln 6 ni bleh pi..

Lelord said...

ooo ade lagi ek

Unknown said...

memang kena camtu..kalau tak rugi kita kalau tak tawar-menawar bila beli tudung ni...sebab bukan kita nak beli sekali jer, banyak kali nak beli...

Harga Promosi - Bio Aura Energy Water Filter

Related Posts with Thumbnails