Assalamualaikum
Selamat malam semua :p
Baca topik entri kali ni semacam je kan..dah la malam dah ni
hehhehe
Jaja nak tanya ni..ada sesapa yang pernah mengikuti
Kursus Pengurusan Jenazah tak ?
Terus terang jaja cakap selama hampir 30 tahun jaja hidup
tak pernah sekali jaja melihat mayat yang berkafan
maksud jaja gi melawat jenazah sebelum dikebumikan la
tak kira la saudara sendiri atau sesiapa sekali pun
Masa datuk dan nenek jaja meninggal masa tu
jaja tengah study kat UUM..dan time tu memang tak bleh balik
sampai la 2 tahun lepas masa student sekolah jaja meninggal
sebab jatuh kat air terjun
time tu la first time jaja melihat mayat secara langsung
Nak gi tgk dekat2 pun tak berani
walaupun dalam hati teringin nak tau macam mana
nak mandikan mayat,kafan kan mayat..kebumikan mayat
Dan alhamdulillah, bila taman perumahan jaja ni anjurkan
Kursus pengurusan jenazah
memang jaja rasa teruja sangat nak joint
.
.
.
Jom kita layan gambo plak...
dan penceramah jemputan adalah Pensyarah dari Kolej Komuniti
Ustazah tengah menerangkan macam mana nak mengukur ukuran kain kafan
(model tu anak jiran jaja..excited dia nak jd model mayat)
Ustazah tengah menerangkan macam mana nak mengukur ukuran kain kafan
(model tu anak jiran jaja..excited dia nak jd model mayat)
tetapi yang wajibnya satu helai sudah memadai
Kapas di letakkan diatas helaian kain kafan
dan masa ni jugak cendana,wangian ditabur diatas kain
.
.
Sebelum masuk bahagian amali
kitorang brenti rehat dulu la..
masing2 pun dah kelaparan
Jaja bersama anak2 jiran
.
.
Lepas perut dah kenyang
time to do amali
untuk bahagian memandikan mayat
memandikan mayat
sehinggalah untuk mengkafankan mayat
mau pengsan plak kang sebab tak bleh bernafas hehhehe
dan part yang akhir sekali ialah sembahyang jenazah
majlis berjalan lancar sampai ke akhirnya
dan jaja memang puas hati sangat
walaupun maybe jaja rasa tak layak lagi untuk menguruskan jenazah
tapi at least jaja dah tahu serba sedikit macam mana cara menguruskan nya
lagi pun ini adalah antara ilmu kifayah yang mesti kita ketahui
So, blogger2 yang lain macam mana???
2 Beu-T Is Talking:
pensyarah kolej komuniti mana ni?kuantan ke?maklum la i dulu kan dari kolej komuniti n mmg kena buat short courses :-) trademark KK ialah kursus pendek....
Kolej komuniti kuantan la kak suzi..tu yang terdekat ada..tapi best ustazah tu..terang perabih semuanya..
Post a Comment