JaJa'Z Latest Stories

Thursday, January 24, 2013

Kisah Duit Sumbangan BR1M

Ahamdulillah...
tahun ni bebudak sekolah merasa lagi duit bantuan awal persekolahan 
under program BR1M
Untung bebudak skang ni kan...dapat bantuan RM100 lagi tu...
dengan seratus tu macam2 diaorang bleh beli esp keperluan2 sekolah..
ada sesetengah pelajar maybe rasa RM100 tu macam seciput jek..
tapi bagi mereka yang betul2 memerlukan, duit RM100 tu lebih daripada segala2nya..

Minggu kedua persekolahan hari tu jaja dah mengamuk and bebel2 kat bebudak kelas jaja..
dari 29 orang bebudak kelas tu..hanya 8 orang je yang ada kalkulator..
bukan baru ni..tapi dari tahun lepas lagi jaja suruh diaorang beli kalkulator tu..
kalau belaka2 sifir tu kat hujung bibir je takpe lah..
ni tak..1 x 0 pun bleh terkial2 pk cari jawapan..
and hari tu jaja rasa mcm nak hantuk je kepala jaja ni kat dinding sbb geram sangat2..
korang nak tau sebab apa?
sbb sorang student pompuan jaja ni terkulat2 kena jerkah ngan jaja kat depan
sebab 16 - 16 pun dia terpinga2 tak tau nak jawab berapa..
Ya Allah....!!
dah form 5 tau! bukan 5 tahun...!
Macam mana la jaja ni tak stress...kalau dah soalan senang pun tak tau nak jwb..
tu blom masuk bab susah2 lagi..aduhai lahhhhh
Masing2 dah tau 'slow' dalam bab2 mengira..tapi tetappp jugak berlagak
bila jaja tanya kalkulator mana...
'kat umah lah' 'dah beli tapi tak bawak lah '
Eiii..rasa nak fire2 jek bebudak tu semua..

So, bila jaja dapat tau diaorang nak dapat duit bantuan ni..
awal2 lagi jaja dah pesan...

Tolong beli kalkulator!

kita tengok seminggu dua lagi macam mana yek..
diaorang beli ke tak...


So, hari selasa lepas..turn bebudak sekolah jaja dapat duit bantuan ni...
Jaja selaku guru tingkatan..kena la bagi2kan duit2 ni kat wakil para pelajar yg datang..
And seperti yang dijangka..ramai yang datang...
tapi kalau hari pelaporan? hari semakan buku rekod??
bleh dikira dengan jari jek..berapa orang parent student kelas jaja yang datang time tu..
Emmm....malas nak komen banyak2...kita pk positive je lah..

Majlis penyerahan duit untuk bebudak kelas jaja berjalan dengan lancar..
walaupun hari hujan..parent bebudak ni dapat luangkan masa juga untuk datang...
ada yang wakilkan mak..wakilkan ayah..wakilkan adik beradik..
dan yang wakilkan datuk pun ada yang datang...
tak kisahlah..janji diaorang datang juga..duit ni untuk diaorang..
rugi lah kalau diaorang tak datang amik..

Tengah jaja bz melayan parent bebudak ni yang datang..masukla sorang makcik ni ke kelas jaja..
Dan katanya dia ibu kepada sorang student jaja ni..
tapi student jaja tu sebenarnya sudah dibuang sekolah lagi tahun lepas
sebab dia tak hadir kesekolah melebihi seratus hari tanpa sebab..
Surat amaran kehadiran dah jaja bagi tahun lepas..tapi dia still tak datang..
katanya nak bersekolah semula masa tingkatan 5 nanti..
tapi semenjak sekolah dibuka, batang hidung dia memang jaja tak nampak pun..
walaupun nama dia masih ada didalam list...

Anak makcik ni dah kena buang sekolah tahun lepas..saya ada hantar surat amaran..
makcik ada terima tak?

Yer saya tau cikgu...ni saya ada bawa surat untuk masukkan dia semula 
kat sekolah ni..

Makcik dah hantar blom surat tu kat pejabat sekolah?

Belom lagi..makcik datang nak amik duit tu dulu...

Lepas dah siap tulis maklumat dan tandatangan,jaja pun serahkan duit bantuan tu
dan meminta makcik tu untuk menyuruh anak dia kesekolah esoknya seperti biasa...

Seperti yang dijangka...student tu tak datang pun semalam..
takpelah..kita tengok esok macam mana..minggu depan plak macam mana...
harap2 duit yang diterima tu digunakan lah sebaik2nya..
emmmmm

4 Beu-T Is Talking:

ahkakbatik said...

cikgu Jaja!
tarik napas... lepasssss....
tarik napas.... lepasss.....

kt fesbuk ramai tayang gambo makan kt restoren.. open table lepas dpt BR1M... buleh gitu? sedihkan?

dieya said...

dieya selalu terpikir.. kenapa mesti bagi cash? takleh ke tolak terus dari yuran sekolah? maka takde lah kejadian guna duit BR1M utk open table mcm kaktek cakap tu kan?

sangat sedih tengok mindset ibubapa yg mcm gitu. mcm mana anak bangsa nak terus maju.

kat kl ni pulak.. byk kes org yg dpt dok flat rakyat.. tapi sewakan flat tu kat pendatang asing. tuan rumah actually mampu dok rumah lagi besar kat tempat lain. camno tu?

JaJa'Z said...

Kak tek..
duit tu untuk bebudak tu..belilah buku ke apa ke..buku kerja ke..alat tulis ke...haishh..

JaJa'Z said...

Dieya..mmg keluar arahan sekolah tak bleh tolak duit yuran terus dr duit sumbangan tu kecuali kalau lepas bagi tu n parent nak bayar tu takpe..boleh terima..kang tak pasal2 kena saman plak sekolah..

Related Posts with Thumbnails