JaJa'Z Latest Stories

Thursday, January 9, 2014

Semangat Tahun Baru..

Morning semua....
walaupun tahun baru dah berlalu 9 hari yang lepas, tetap gak jaja nak cerita..
preparation jaja nak mengajar utk tahun baru ni...
tak tau kenapa semangat tu lain macam sket...
segala menda jaja rasa nak beli...pantang nampak book store msti nak masuk
and macam biasa mmg akan lebur jugak la duit beli alat tulis or apa2 je lah..


Lepas meeting pertama lepas krismas tu kami cikgu2 dapat terus buku rekod mengajar..
biasa lah, first day sekolah dah kena mengajar macam biasa..kena la prepare terus RPH
so, seperti kebiasaan jaja akan balut buku rekod jaja..
ada sesetengah sekolah memang tak bagi balut dengan sampul bercorak..bleh guna plastik je..
tapi sekolah jaja ni longgar sket bab2 gitu...
tah la..kalau tak balut rasa tak syok..selama2 jaja kerja ni memang jaja akan balut buku rekod jaja..
balut ke tak, takde masalah la kot pada jaja..
as long as isi kat dalam tu lengkap..rancangan mengajar tu yang penting...
menda2 tu yang akan bagi penilaian pada kita...


Ni plak yang menjadi kegilaan jaja...
jaja up pic ni kat fb..rupa2nya kemain ramai yang berkenan..
especially kawan2 jaja yang kerja cikgu jugak..yang anak2 berkenan pun ada jugak..
ye lah..menda ni kan cute..jaja masa beli tu rasa nak borong blaka2..gerammm btl tgk...
yang petak2 tu tak la mahal sangat..less than rm5 rasanya...
yang panjang tu dalam rm9..
macam2 warna ada..macam2 wording ada..
yang dijual secara set pun ada but agak mahal la..nanti2 lah jaja beli masa2 akan datang...
kalau ikutkan jaja ni mengajar sekolah menengah..bebudak dah besar belaka..
but jaja still guna menda2 gini sebab kekadang saja nak bg semangat sket diaorang buat kerja...
tu pun ada gak yang buat kerja cincai buncai tetap nak gak jaja cop BAIK..
hahhaha time tu tak kuasa nak layan...


Ni habit dari sekolah rendah..
suka bebenor beli pembalut corak2 gini...kekadang menda2 ni geram nak tibai beli semua..
biar tak guna semua pun..hahahha



Sticker...kegilaan baru jaja..
sebab jaja selalu lekat sticker2 ni kat RPH (Rancangan mengajar harian) jaja..
kira sebagai hiasan la...takde la dull je ngan tulisan...

pastu lepas dah buka sekolah dua hari..on weekend jaja kuar lg dengan En Zack...
bleh plak jumpa menda ni...


Pen warna warni...
haishhh..geram nya lah masa tu..mmg gatal nak beli sangat2 dah rasa....
last2 En Zack kata kalau dah nak tu beli je la...
kang bila balik mula lah teringat2...
dah kena sound gitu..apa lagi..beli la terus kan..hahhahah

apa yang jaja suka pasal pen ni...
kat belah hujung penutup pen ni pun ada cop!
ada bentuk love la,payung la...haishh..geram!!!!


Pastu jaja topup lagi stok alat tulis...
yang ni En Zack tak bagi beli banyak2..sebab dia tau alat tulis jaja memang dah menimbun2..
jaja rasa normal lah kot..sebab cikgu2 ni mmg guna pen manjang..
biar la dah ada segenggam pen, tapi bila jumpa pen baru tetap nak beli gak...


Dan jaja dah selamat gak up grade bekas pensil jaja
beli yang besar lagi.. :)
yang lama tu macam nak meletup dah gayanya..sampai nak zip pun dah susah...
mana tak nya segala menda nak boh dalam tu...
kali ni beli yang besar lagi..murah je..RM10 jek

Semua menda dah beli baru...
dan tahun ni jugak jaja dah ubah suai meja kerja jaja kat bilik guru...


Geng2 kat bilik guru dah lama guna rak macam ni letak kat meja...
tapi diaorang semua beli warna coklat or hitam yg banyak nya..
but jaja bleh plak jumpa warna pink..!
sangat2 sweet warna tu...yeayyy...
baru lah tersusun cantik buku2 jaja tu...kemain la banyak nya buku kerja jaja...
tapi jaja wonder la kan...
tahun ni jaja banyak beli menda2 yang warna pink...
apakahhh???

^___~

8 Beu-T Is Talking:

ayu Ismail said...

Beli barang baru supaya datang semangat baru..kemas je meja jaja ya..meja akak sehari je kemas..huhu

Danial Jaafar said...

terbaeeek cikgu macam ni. Hanya Allah mampu membalas. =)

dieya said...

cikgu jaja punya kelengkapan.. kalah anak murid..
i like the pink rack!

JaJa'Z said...

kak ayu..
seboleh2nya mmg nak meja sentiasa kemas..baru semangat nak buat kerja...

JaJa'Z said...

kak ayu..
seboleh2nya mmg nak meja sentiasa kemas..baru semangat nak buat kerja...

JaJa'Z said...

Danial..
aminn..semoga semangat kekal hingga ke akhirnya..and alhamdulillah student tahun ni lbh well behave..

JaJa'Z said...

dieya..
akak pun suka..mujur terajin cari..jumpa yg warna..cute kan..

Ruzana Ibs said...

Kabinet kayu kaler pink.. beli kat mana? Sweet.
Nak beli jugak...

Related Posts with Thumbnails