JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, November 7, 2012

Kaki Lembu...Suka??

Sejak jaja dengan En Zack dok berjiran dengan Kak Zah dan Cik Nadzri ni..macam2 part badan lembu kami dah merasa makan...sebut jek..kaki, ekor,tapak,perut,hati, limpa,telur,usus,rusuk,kepala...semuanya dah kami berdua merasa..cuba kalau dulu..emm, memang tak la..nak2 plak En Zack tu..lagi lah dia tak makan..harap  makan daging ngan tulang je lah..tapi skang ni,cuba tala kat dia perut lembu sepinggan..mau habis En zack kerjakan tanpa was2..heheh..sebab jiran jaja jugak lah En Zack dah pandai makan organ2 lembu ni sampaikan dah pandai request kat jaja kalau nak makan apa2 yang dia teringin nak makan...cumanya wife dia ni jek yang kadang2 malas nak ikutkan selera sisuami tu sbb takut tak menjadi...

Weekend baru2 ni jaja saje sebut kat En Zack yang jaja rasa macam nak buat meehun sup untuk dinner..kebetulan daging korban pun dok ada 2 plastik lagi kat dalam peti ais tu...kalau jaja tak masak, tah bila la daging2 tu nak habis...En Zack kata ok..so, jaja pun g la cari bahan2 nak dimasak...masa dok beli barang kat Tunas Mart..jaja terserempak ngan Kak Zah and suarakan lah hajat jaja nak masak meehun sup tu kat dia..pastu bila dia tau jaja nak masak meehun sup, terus jek Kak Zah offer nak bagi tapak and kaki lembu kat jaja..banyak sgt dalam peti ais dia katanya..ish..segan plak jaja...tapi orang dah nak bagi, kita bedal je lah kan....bukan setakat nak bagi je yer..tapi Kak Zah siap cuci and rebus dalam pressure cooker dulu tapak ngan kaki tu b4 bagi kat jaja ..tinggal jaja nak campurkan dalam sup jek ..ish..senang betul keja jaja kan..jadinya hajat memula nak buat meehun sup simple2..terus jadi meehun sup special...yang tambah2 lagi terkejut..bukan seketul dua jek dia bagi..dekat seperiuk jugak lah...mujur la jaja pun memang rebus daging dlm periuk besar siap2..macam dah tau2 jek Kak Zah nak bagi banyak... >___<


So, ini lah dia menu kami semua malam tu....Meehun Sup Kaki Lembu..memang simple2 jek jaja buat..takde bahan2 lain pun..tapi sambal kicap WAJIB ada..kalau takde sambal kicap, memang tak puas nak makan menu2 macam ni...Jaja memang suka makan kaki lembu ni..nak2 kalau part urat2 yang kenyal2 sket tu..huishhhh..bleh meleleh air liur bila tgk gambo ni semula.hehehe .En Zack pun punya la layan makan sampai berketul2 kaki lembu tu dia kerja kan..kena plak dengan sup yang panas dan pedas..jd makin berdesing telinga bila time makan tu..but sedappppppp :p

Dan untuk Kak Zah sekeluarga pun tak dilupakan..jaja bagi gak setengah periuk sup ni semula kat dia..yelah, orang dah berbudi..kena la bagi merasa sama... sama2 kongsi rezeki...baru lah orang kata berkattt..ye tak?

So, korang2 semua layan tak menu2 macam ni? ada yang suka makan kaki lembu gak macam kami berdua???



Selingan

Ni menu bf jaja hari ahad lepas..tetiba plak jaja teringin nak makan lempeng kelapa cicah kuah kari ikan..mujur la kat area2 umah jaja ni memang ada satu restoren yang jual menu ni..jadinya takyah susah2..kita order saje..hehhehehe

2 Beu-T Is Talking:

nadia said...

salam kak jaja. :)
nadia sangattt berbesar hati kalau kak jaja dapat join event ni.

http://www.nadiafarahida.com/2012/11/perhatian-kepada-semua-blogger.html

JaJa'Z said...

thanks for the invitation dear...

Related Posts with Thumbnails