Alamak...ada orang sound jaja suruh update entry gi Melaka cepat2 sket lah..hehe..sabar2..nak resize gambo2 ni leceh sket..sbbnya amik gambo guna hp..rupanya sizenya besor kemain..tu yang tertangguh2 jaja nak mengupdate blog ni..tapi takpe..hari ni ada kelapangan sket..so, jom kita sambung cerita jalan2 Melaka yer...
Jadinya lepas kami dah kekenyangan makan and minum coconut shake kat Klebang tu..plan kami seterusnya ialah nak ke Melaka River cruise..jaja rasa rivercruise ni pun satu perkara yang wajib korang buat kalau dah berada kat Negeri Hang Tuah ni..rugi la kan kalau datang jauh2, tapi terlepas nak ber river cruise..
Dari Klebang sebenarnya tak jauh mana pun..but remember the traffic jemm?? so, bersabar je lah yek..drive la slow2..insyallah pasti sampai..macam peta kat atas tu..kami ikut jalan Taman Kota Laksamana..alah..korang pusing2 je lah..kompem jumpa punya ..sebabnya Melaka ni tak la besar mana pun..and mostly jalannya one way..korang follow je signboard..tau2 dah sampai jek...
Macam mana tau dah sampai?
Kalau korang jumpa kapal gedabak ni..maknanya dah sampai lah ke tempat nak naik feri tu..
Tu senarai harga tiket yer..so, korang bleh budget awal2 peruntukan untuk naik feri ni
Tiket dah dapat..so, kita tunggu ferinya datang je lah yer...make sure lepas beli tiket tu , korang gi beratur cepat2..kalau tak, memang hazab la menunggu orang yang kemain ramai..nak2 plak kalau gi time cuti sekolah...
Sesambil tunggu feri tu..bleh la snap sekeping dua gambo sebagai kenangan...kang belakang tu..Hotel Casa Del Rio..kalau rasa duit berkepuk2 bleh lah stay kat situ yek... :) mahal weh...
Untuk river cruise ni memakan masa dalam 40-50 min jugak lah..bermula dr jeti sg Melaka ni , sampai lah ke Taman Rempah and pusing semula ke sini..kira lama jugak lah kan..but dengan harga tiket tu, jaja rasa berbaloi sangat2..lain lah kalau bayar rm10 tapi naik plak 10 min jek..ha! kang ada jugak yang ngamuk2 tak nak turun kang..sebabnya tak puas lagi naik feri..hehhe..Sebelum ke Melaka ni, jaja ada gak skodeng blog2 traveler..mostly diaorang cakap waktu yang sesuai (scene paling cantik)..naik feri dlm area kul 6.45ptg..sebab time tu matahari mula nak terbenam and bila hala balik dah masuk ke waktu malam and akan penuh dengan lampu2..so, nak amik gambar pun cantik2 lah jugak ...
TAPI...
Ada gak citer kelakar tau...and bersalah pun ada gak sebenarnya..tengah elok2 kami mula naik feri..azan pun berkumandang lah dr masjid yang berhampiran ngan jeti feri tu..dan dlm waktu yang sama jugak..En Zack call...kemain lagi jaja ni cakap.. 'Tengah naik bot ni bang'..pastu En Zack tanya dua tiga kali..pukul berapa naik bot? jaja pun selamber jawab..baru naik lah ni...padahal..suami tu nak cakap..'Bagusnya yer..naik bot time2 maghrib'..hahah padan muka aku seposen.. :p Huhuuuu...
Ni je gambo matahari terbenam yang sempat jaja snap...silap teknik sebenarnya kami berdua ni..sebabnya lambat masuk dlm bot..dapat plak tempat duduk yang mengadap penumpang lain..haishh..dah la depan jaja betul2 ada dua couple mat salih celup ni..tak pasal2 la kepala mamat tu dok ada je dlm gambo2 jaja..so, sesapa yang nak snap2 gambo..make sure korang dok tepi yek..
Ok..Moh! kita mulakan pelayaran..hehehh
Tang time ni lah En Zack call...ngeeeeee
Dah penuh dengan lampu2...lawa sangat2...feri ni jalannya slow jek..so, korang memang bleh enjoy pemandangan sepanjang sungai Melaka ni puas2..
Masa naik feri ni..kalau tak silap jaja ada dalam 5 jambatan yang kitaorang lalu kat blah bawahnya..macam jambatan yang kat gambar bawah ni..antara jambatan yang paling cantik dihias dengan lampu2..iaitu Jambatan Hang Tuah..
Bawah Jambatan Hang Tuah...
Sepanjang sungai Melaka ni korang akan nampak deretan2 kedai..sekali pandang nampak macam masih didiami orang..tapi jaja rasa sebahagian besarnya telah ditinggalkan tetapi dibaik pulih oleh kerajaan Melaka supaya bangunan2 ni dapat menjadi tinggalan sejarah untuk generasi2 akan datang..
Kat dinding2 kedai memang dilukis dengan pelbagai lukisan cantik yang menunjukkan keunikkan Negeri Melaka tu sendiri..macam yang kat atas tu..rasanya lukisan gambar Hang Tuah...
Juga melambangkan kepelbagaian budaya dan bangsa...nice sangat2..
Cantik kan? sangat2 kreatif!
Bila dah kat hujung2 menghampiri Taman rempah..korang akan sampai kat satu kawasan perkampungan..nama kampung ni Kampung Morten..ni lah satu2nya kampung melayu yang terletak betul2 kat tengah Bandar Melaka katanya..rumah2 yang betul2 terletak kat tepi sungai ni memula jaja ingatkan masih ada orang yang duduk...kemain lah jaja berteka teki ngan member jaja..tapi lepas ditengok betul2..rupanya akde orang pun sebenarnya..sama mcm bangunan deretan kedai tadi, rumah2 kat Kg Morten ni pun dikekalkan untuk menunjukkan corak rumah2 melayu dizaman2 dulu..seriusly cakap..memang lawa sangat2...
Lepas hampir 50 min perjalanan kami..akhirnya selesai jugak misi jaja dan member nak menyusuri sungai Melaka ni..pengalaman yang betul2 menarik...
Jeti feri river cruise diwaktu malam...silap teknik la plak..dah la gambo tuan tanah dah macam diselubungi misteriiiii..hehehhe
Bye2 kapal besar..nanti2 kita jumpa lagi yek..
so....
Next destination....??
Moh kita ke Jongker Walk!!!
2 Beu-T Is Talking:
hehehe sy pun hari tu naik river cruise ni sblh mlm sbb baru cantik pemandangan kiri kanannya
mmg lina..naik malam lawa lagi kot..plus dengan lampu2 semua...
Post a Comment