Patut lah dr pagi tadi jaja rasa macam nak bawa camera jek gi sekolah...tapi bila dah ralit2 kat dapur sesambil tunggu En Zack sediakan roti susu untuk jaja bawa kesekolah..terus la jaja terlupa nak bawak...dah pertengahan jalan nak kesekolah , baru jaja teringat semula...betapa lah rugi nya....kalau tak, memang dapat jaja snap moment2 pertemuan jaja dan member sekolah lama jaja tengah hari tadi...
'Ma, kalau ko baca ni..tolong la email kat aku gambo kita td cepat2 yek..bleh aku tepek muka ko kat blog aku ni' hehehe
Tengah2 kelas pagi tadi jaja dapat call dr kawan sek rendah jaja, Hasmar Hajar...dia kat Kuantan rupa2nya..kebetulan dia dr KL nak g family day kat Cherating..pastu dia transit jap kat umah adik ipar dia kat Kuantan ni...mujur la dia bleh teringat kat jaja and plan nak jumpa..kalau lepas dia dah balik baru nak bagitau..alamatnya ada yang merajuk 7 purnama pun tak habis2 lagi weh..
Jaja dengan Hasmar memang dah lama berkawan rapat since kitaorang darjah 5..masa tu kami bersekolah sama2 kat SK (F) Serting 3, Bahau..actually kami bertiga.sorang lagi Rozita..but umah jaja dah umah Hasmar lebih dekat berbanding umah member yang sorang lagi tu...so, kadang2 gi sekolah sama2..buat xtvt sama2..gi tuisyen sama2..kiranya memang rapat lah..tapi tah macam mana, lepas naik form 1, kami semua dengan haluan masing2..jaja ke SM Zaa'ba Kuala Pilah,Hasmar ke SMAP Kajang dan yang Rozita ke SMAP Labu..
Pastu plak..masa jaja form 2..jaja pindah ke Kuantan..lagi lah terus lost contact..ye lah, time tu mana ada hp2 ni..jangan kata hp..facebook2 pun tak adooooo..nak tweet lagi lah harghhhhammm tak adoooo..walaupun berpisah..tapi dalam hati jaja tetap teringat kat diaorang berdua...sampai la jaja masuk matrik thn 1997, jaja bleh terjumpa Rozita time tu..masa kami sama2 study kat UUM..ada lah terserempak dengan Ita banyak kali gak sepanjang jaja study tu...
Pastu bila dah masuk zaman2 facebook ni..ada lah peluang jaja nak mencari semula kawan2 lama jaja..termasuk la si Hasmar ni ..so, atas usaha sorang kenalan lain...akhirnya dapat juga jaja ngan Hasmar berhubung semula..so, kitaorang ber sms je lah..tanya khabar..korek2 cerita zaman muda2 dulu...tanya orang tu tanya orang ni....dan tak disangka2..selepas 21 tahun baru lah ada rezeki untuk kitaorang bertemu semula...
So, kami berdua set masa..lepas jaja habis sekolah..kami nak jumpa kat Secret Recipe Indera Mahkota...jaja punya perasaan excited ni toksah cakap la...bayangkan la..selepas 21 tahun baru dapat jumpa..sah2 la banyak perbezaan kitaorang berduakan..masing2 dah berumahtangga....badan pun masing2 dah membesar bagai johan..hehehehe
Masa time jumpa tadi..apa lagi..terus buat sesi peluk2..tak peduli dah kat orang2 kat dlm SR tu.. :p giler punya berbeza Hasmar skang ni...dulu kawan ku sorang tu kurus melidi..skang ni makin _______ (Ma, ko isi je lah tempat kosong tu) hahahhaha...jaja ni takyah cakap la kan..memang dah semula jadi besar gabak...kitaorang borak2..gelak2..korek2 cerita lama lagi..hehehhe sesambil makan and melayan anak Hasmar si Mikhail dok sepahkan makanan atas meja..hehehe dah gaya mcm buat umah sendiri jek budak kecik tu...borak punya borak..dekat 2 jam jugak la kitaorang kat situ...punya sakan berborak sampai la suami Hasmar datang jemput dia semula...itu pun jaja rasa macam tak cukup je masa nak borak lagi ..tapi kalau layan ke jaja ni..kang ada plak orang terlepas nak ke family day... :p
Agaknya lepas ni bila la plak dapat jumpa Hasmar lagi...tapi harap2 akan ada pertemuan lain lagi lepas ni lah..really miss those all moment with her...rindu zaman kecik2 dulu...if only masa dapat diputar semula...hehehehe
Ma..miss u so much..insyallah nanti kita jumpa lagi ok...
MASAK NASI AYAM DI HARI JUMAAT
21 hours ago
0 Beu-T Is Talking:
Post a Comment