JaJa'Z Latest Stories

Saturday, April 7, 2012

Resipi : Daging Panggang Black Pepper...

Dah lama jugak tak tepek2 resipi kat blog ni...
maklumla..mood nak memasak skang ni agak merudum2 jatuhnya...
tapi, once i a while..tetap kena masak jugak...
sebabnya..mau boring mengadap lauk kedai je kan...

So, hari ni jaja nak kongsikan satu resipi masakkan daging yang ringkas
but sangat2 sedap...

Daging Panggang Black Pepper..


Nak menyediakan cukup mudah...
korang just potong daging dalam potongan sebesar tapak tangan...
perapkan bersama garam,kunyit,serbuk lada hitam, sos lada hitam life
dan sedikit sos tiram...
Perap lebih kurang 30 minit..lepas tu boleh la dipanggang

Sapa yang nak panggang atas dapur arang pun bleh..bakar dalam oven pun bleh...
but style jaja yang dapur arang takde, oven pun lagi lah illekkkkkk...
jadi cara paling mudah...
jaja just masakkan atas non stick pan...

Tak perlu nak letak minyak...
korang susun daging tu di atas kuali non stick...and masak dgn api perlahan..
tutup kuali jika perlu, utk mempercepatkan lagi daging kita empuk...

Bila air daging dah kering..dan daging kita kehitaman...mmg dah masak la tu..
bleh la diangkat dan dihiris nipis sebelum dihidangkan....

Senang kan?
if suka, bleh buat pencicah air asam jawa..
tapi pada jaja, makan macam tu pun dah sedap dah...
sebab kita dah marinate dengan bahan2 yang lengkap...

so, Selamat mencuba!!!!

4 Beu-T Is Talking:

Sari Yusa Ibrahim said...

yang ringkas-ringkas tulah yang sedap, kan Jaja.. tapi kalau akak pun lagi suka masak atas pan, lagi cepat dari guna oven, jimat elketrik lagi, hihi

JaJa'Z said...

akak..jaja ni sebab takde oven kak...atas pan pun atas pan lah..janji masak..heheh

ieda said...

wah2 .. x hinggat nie ... sodap nyeee dekkk wehhhhhhhhhh ;)

JaJa'Z said...

boleh la try kak ieda..tak susah pun nak buatnya...

Related Posts with Thumbnails