JaJa'Z Latest Stories

Thursday, April 5, 2012

Camping Perdana Badan Beruniform 2012 ~ Day 1

Last week bermula jumaat sampai ahad bebudak sekolah jaja berkampung
di Pusat KO,Padang Garuda
untuk aktiviti perkhemahan perdana...

tahun2 sebelum ni selalunya sekolah buat kat Taman Pertanian or kat pantai Balok..
tapi tahun ni ubah selera plak..buat kat Pusat KO..
dan yang seronoknya..xtvt2 kali ni berbeza sangat2 dengan xtvt2 sebelum ni...
so, memang banyak la pengalaman baru untuk jaja..

Petang jumaat tu seramai 230 orang student sek jaja yang terlibat...
diaorang bergerak ke Pusat KO lepas sembahyang jumaat
dan sampai lebih kurang 40 min selepas tu...

Alhamdulillah...
tempatnya memang selesa...

Kawasan2 khemah didirikan pun bagus...
siap ada tapak..
if hujan lebat, at least tak la teruk sangat compare to direct terus atas tanah..

khemah2 pun baru lagi..
maklumla..Pusat KO ni pun baru lagi dibuka untuk kegunaan sekolah2...
ni kawasan khemah2 pelajar perempuan..

Ni plak..kawasan perkhemahan utk pelajar lelaki...
untuk xtvt keagamaan...ada didirikan musolla...senang nak solat
takde la tertunduk2 dok solat dalam khemah tu...
and tempat mandi untuk student2 pun ok..semua bersih..

Lepas semua student siap dirikan khemah masing2...
diaorang bertaklimat bersama ketua kem komandan...
so, jaja ngan zurin pun jenjalan la ke kawasan keliling..nak gak tgk apa yang ada...

Wah!
untuk buat absailing ada...flying fox pun ada...nice
kalau diberi kesempatan..nak je jaja cuba...

Nak wall climbing pun boleh...
kawasan ke belakang lagi ada disediakan tempat untuk amin paintball...

pelajar2 berkumpul di tapak perhimpunan...





Ni plak tempat makan untuk para pelajar dan guru2...
ok la..nice dan selesa...

tea time...


masing2 semuanya dah kelaparan...



Semua xtvt untuk petang hari pertama tu..berjalan dengan lancar...
tapi yang jaja tak tahan sangat2...
cuaca terlalu panas...sampai angin pun tak terasa...
selalunya..kalau siang tu panas bukan main..malam nya mesti nak hujan..
nak2 plak, masa tu kat Kuantan ni memang musim hujan lebat blah petang
sampai membawak ke blah malamnya...

Rupa2nya memang tepat tekaan kitaorang...
lepas solat maghrib tu jaja dan cikgu2 lain lepak la borak2 depan khemah..
lepas2 tu angin kuat dah start bertiup...kilat pun dah keluar2 cahaya...
tak dan 10 min..mencurah2 hujan turun dengan angin yang maha kuat..
time lah 30 min yang jaja rasa amat2 menakutkan...
time tu jaja dan 5 orang lagi cikgu just berteduh bawah kanopi...
air hujan plak makin lama makin bertakung kat kaki...
jaja ni punya lah dok peluk akak sorang ni...
nak2 plak time kilat kemain kuat dekali dengan guruh2 berdentum dentam...
uish..seram amat2 rasanya....
dah la hujan, ribut..angin kuat..pastu bleh plak black out..!
bebudak dalam musolla apa lagi..semua tak senang duduk dah....
nak bergerak ke mana2 pun dah tak boleh...
and 40 min lepas tu...baru lah hujan reda and lega lah sket jaja rasa...
makanya..xtvt bebudak untuk night trail malam tu pun dibatalkan....

sambung next entry yek...

1 Beu-T Is Talking:

LYAfrina said...

seronoknya bcamping gini..rindu zaman skolah n study dulu

Related Posts with Thumbnails