Hampir nak basi cerita pasal kem 1M1S jaja ni...
dah seminggu tapi tak publish2 lagi ceritanya..
jadi apa2 hal sebelum basi bertukar jd berkulat plak...
meh la jaja cerita dulu sekitar apa yang berlaku kat Kem 1M1S tu yek..
Masa memula jaja dapat surat panggilan ke kem 1M1S ni...heran jugak rasa
apsal lak jaja yang kena..bukannya jaja cikgu ajar PJK...
tapi disebabkan surat tu memang atas nama jaja..
so, tak bleh la nak komplen banyak2..
just terima je lah kan...
nama pun yang menurut perintah....
Jaja dan sorang lagi cikgu kena bawa 8 orang student utk wakil sek kami
kena bawa student dah sepasal..pastu kena plak naik bas di PPD..
adoila..awat la nak kena naik bas segala...
dr segi kos memang la save sket duit minyak...
tapi dengan cikgu2 sekali nak kena tinggal kereta kat PPD..
memang amat2 la tak syoknya...
kalau ikut kan hati..nak je jaja angkut bebudak ni semua naik kereta terus..
tapi sebab surat arahan dah kata gitu, takkan kita nak memandai plak kan...
ikut kan je lah...
Hari rabu last week dlm kul 1.30ptg..lepas habis karnival KOKURIA kat sek
kitorang pun bertolak la ke PPD..
pasal Karnival tu, nanti2 jaja update yek...
Sampai kat PPD dlm kul 2.15ptg..masih awal lagi jadinya...
sempat la bebudak ni solat dulu...
tgk dr suasana kat situ macam tak ramai mana cikgu2 yang ada..
bebudak dr sekolah lain ramai jugak la...
mujur juga member jaja dr sek MGS ada sekali...
at least ada lah juga geng utk jaja nak mengarut2 nanti...
cikgu2 sek lain tak nampak kelibat la plak...
Kul 3 petang bas sampai kat PPD, kitorang pun bertolak la...
disebabkan kepenatan dan kelaparan dok berkarnival dr pagi lagi..
naik je atas bas...terus jaja tertidur..
padahal dr Kuantan nak ke Cherating tu tak la jauh mana pun..
dalam 30 min jek...
sedar2 bas dah masuk ke simpang Sanctuary Resort dah...
Sebenarnya jaja,cikgu Fairus dan member jaja Cikgu Mazni agak frust...
terutamanya dengan cikgu2 dr sekolah lain yang lepas tangan...
diaorang semua bleh je biarkan anak2 murid naik bas sendirian dr PPD..
cikgu2nya enjoy naik kereta ke Cherating..
bayangkan dr 14 buah sekolah,2 bas sekolah bebudak ni naik..
cikgu2 yang naik bas hanya 3 orang jek..
jaja, Fairus dan Mazni...
cikgu2 yang lain just hantar student kat PPD then diaorang berkereta ke Cherating..
kalau tau macam tu..baik kitorang semua angkut je terus bebudak masing2
naik kereta je ke sana...takyah susah2 nak naik bas kat PPD...
at least be responsible..dah la bawa anak2 orang kan..
kalau jadi apa2 kat tengah2 jalan..sapa nak bertanggungjawab...??
haaa...kan cikgu jaja dah bebel seposen :-)
Hehhehe...dah lari jauh plak dah..
padahal nak cerita pasal kem..:p
Bila dah sampai tu..biasa lah..kena check in segala...
bila dah pastikan bebudak jaja dah dapat bilik, amik no bilik diaorang
dan amik no hp diaorang...
baru lah jaja ngan Mazni gerak ke bilik kitorang plak...
Nak cerita pasal resort ni...maybe tak la se gah resort2 lain..
resort biasa2 jek..
stail bilik macam apartment..betul2 tepi laut dan sebelah resort ni
ialah tempat punggahan ikan2 segar dr nelayan2 yg balik dr laut..
tapi idok la kitorang nak menjengah ke situ...
Kalau nak bagi bintang..jaja bagi 3/5 bintang je lah...
Bilik penginapan guru2 diasingkan dr para pelajar
ada 3 blok apartment dan kami guru2 ditempatkan di blok utama...
apartmentnya ok la..ada 2 bilik..1 master badroom..
ada ruang dapur, ruang makan dan ruang tamu...tv,sofa semua ada la...
selesa la kalau setakat nak berkursus ni...
Mostly kem 1M1S ni adalah kem utk student...
diaorang yang ber kem sebenarnya...
kitorang cikgu2 ni just pengiring dan kami semua hanya ada slot taklimat permainan
pada hari khamis sahaja...
Lepas dah rehat2..kul 6.30 ptg turun makan malam...
dan sebelah malamnya plak ada majlis perasmian dr orang PPD Kuantan
Memula cikgu2 ni gi lah juga ke majlis perasmian tu..
last2 JU(jurulatih utama) cakap,cikgu2 tak terlibat pun tak apa...
dah dikata macam tu..lepas je habis ucapan semua..kami pun balik je ke bilik..
mujur juga guru2 pengiring tak dilibatkan dlm semua xtvt
jadinya kem kali ni memang betul2 santai je lah...
santai2 pastu makan, makan dan makan lagi...
Untuk xtvt seterusnya..jaja sambung next entry la yek....
^___~
1 Beu-T Is Talking:
amboi kemain cikgu2 lain yer..sakan berkereta aje. bagus cikgu mcm jaja,ada rasa tanggungjawab.
kalau izan dpt cikgu mcm tu,mmg x lepas la anak2 pegi,sbb kita mmg harapkan cikgu yg jaga huhu.
Post a Comment