JaJa'Z Latest Stories

Monday, August 22, 2011

Zakat Fitrah Mengikut Sunah Nabi...

Ha..sebut pasal zakat fitrah ni..korang dah bayar zakat lom?
jangan sibuk berbelanja itu ini tapi zakat dilupakan plak..
tak boleh yek adik2 semua...
zakat tu WAJIB bagi kita orang Islam ni...
hehhehe
dah ala2 rancangan Sirah Ameerah plak..

Kepada sesiapa yang masih belum menunaikan kewajipan yang satu tu..
segera2 kan lah..jangan tunggu sampai saat2 akhir ,
baru lah kita tergesa2 nak melakukannya...

Sebenarnya skang ni banyak cara untuk kita membuat pembayaran zakat fitrah ni..
selalu2nya bayaran zakat fitrah melalui Amil2 zakat yang dilantik...
dan skang ni ada juga cara pembayaran zakat melalui SMS
dan boleh juga melalui online seperti yang Dieya ada ceritakan dlm entry blog dia..
so, memang takde masalah dah..
menda2 yang memang dah senang, lagi dipermudahkan..
so, terpulang pada kita semua macam mana untuk melaksanakannya..

Untuk tahun ni...En Zack dr awal2 lagi dah cakap tak nak bayar zakat fitrah seperti biasa
iaitu melului pembayaran zakat melalui Amil zakat...
tapi sebelum tu jaja nak bagitau awal2..
bukan niat jaja cerita ni sebab nak berlagak atau pun menunjuk2...
tidak sama sekali yek...jaja hanya nak berkongsi bagaimana cara zakat fitrah
mengikut sunah Nabi kita...

Kita tahu yang segala bayaran zakat ni akan dibagikan kepada
fakir2 miskin atau kepada orang2 yang tidak berupaya...
dan pada zaman Rasulullah dulu...para Nabi membayar zakat fitrah dengan cara
memberi barang2 berupa bijirin2 kepada golongan2 miskin..
tak kira lah dalam bentuk beras atau pun gandum...

Jadinya kali ni En Zack kata dia nak membayar zakat dengan cara memberi
beras kepada salah sebuah keluarga miskin kat kampung dia tu..
selepas bertanya kepada seorang ustaz dan kemudian En Zack pun berjaya
mendapatkan jumlah yang sepatutnya  beras yang patut diberikan..
Jadi nya utk seorang dewasa perlu membayar lebih kurang 2.7kg beras seorang.
Bila dah  kami suami isteri kenalah dalam 5.4kg beras...
Dah alang2 tu berilah lebih..takkan nak bagi cukup2 5.4kg beras plak kan..
yang selebihnya kita anggaplah sebagai sedekah...

Selain daripada beras ,kitorang belikan juga beberapa 
barang keperluan dapur yang lain..untuk mereka anak beranak...
Dengan nak sambut hari raya lagi ni, sekurang2nya harap2 serba sedikit
dapat la membantu diaorang semua..

Barang2 tu semua dah selamat En Zack hantar ke rumah keluarga tu semalam..
Balik dr menghantar barang2 tu, En Zack cakap kat jaja...

Berlari2 anak2 dia datang amik barang2 tu Ja...sedih abang tgk...
T___T


Dalam kereta masa balik dr umah MIL semalam, En Zack sambung lagi...

Kita kena banyakkan bersedekah..besar pahalanya bila kita bersedekah ni Ja..
Kita takde anak, jika tiba2 ditakdirkan kita mati...
takde anak kita untuk doakan kita disana...sekurang2nya amalan2 ni yang dapat
membantu kita lepas2 tu...
Dermalah dengan ikhlas...biar sedikit tapi ikhlas..drpada menderma dengan banyak
tapi dlm hati terdetik perasaan riak...itu yang kita tak nak...

******

Jadi kepada sesiapa yang nak membayar zakat fitrah dengan cara 
memberi terus barang2 keperluan kepada golongan2 fakir miskin..
memang lah dialu2kan..
bayar zakat dapat pahala, ikut Sunah Nabi..digandakan lagi pahala kita tu...

yang penting, semuanya kena ikhlas....

10 Beu-T Is Talking:

Kasih Suci - Mama Damia said...

Alhamdulillah...mulianya hati En Z...untung akak dpt suami yang soleh camtu...

suami kasih dah bayar zakat fitrah dua minggu lepas...kebetulan tengah shopping barang sikit, kebetulan ada amil zakat bukak kaunter kat situ, terus je bayar...bayar awal ni senang sikit..lambat2 takut terlupa...(",)

JaJa'Z said...

kasih: alhamdulillah..abg zack mungkin tak sempurna, tapi dia berusaha untuk jd sempurna...apa2 hal pun kita ikhlas kan hati...

tak kisah bayar mcm mana pun..yg penting wajib dibayar...

Kalamhati said...

Sedih dan terharu kak wan baca..nak2 ayat2 last tu..hmm alhamdulillah jaja dikurniakan suami yg baik..=)

Nur Hawa Mohd Zin said...

alhamdulillah abah dah bayar zakat fitrah utk kami sekeluarga :)

semoga segala usaha suami akak dibalas dengan balasan yang setimpal..amin

dieya said...

k jaja.. sedihnya.. mesti family yg dpt tu sgt2 bersyukur.dpt bantuan beras n brg2 dapur skali. moga2 murah rezeki k jaja n b zack & dimakbulkan Allah segala doa :-)

JaJa'Z said...

kak wan: alhamdulillah..semoga semua itu berkekalan dan makin bertambah baik hingga keakhirnya...amin...

JaJa'Z said...

hawa: alhamdulillah..maybe tahun depan bleh cadangkan kat abah untuk bayar fitrah secara bagi beras plak ke...

JaJa'Z said...

dieya: memang sedih pun..anak ramai..tanggung mak bapak lagi..sian...anak2 dia memang suka kalau dapat apa2....alhamdulillah, amin...

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

oh, terima kasih atas peringatan ni kak ja. =)

cikgu_aare said...

betul cakap abg zack..kte yang belom ada anak lagi ni, kena banyakkan bersedekah..

alhamdulillah, hubby dah byr zakat fitrah awal pose hari tu..

Related Posts with Thumbnails