JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, August 9, 2011

Mampos Ko La!


Rilek..rilek...
jaja buka cakap kat korang tau....
takde faedahnya jaja nak cakap bahasa2 kasar macam ni...
nak2 plak tengah dlm bulan mulia ni kan...

tapi hakikatnya itu lah ayat yang keluar dr salah seorang
pelajar sekolah jaja kepada seorang guru kaunselor yang umurnya sebaya dengan
mak dia sendiri agaknya....

Alkisahnya last week,pelajar2 ting 5 dikehendaki ke dewan sekolah
untuk seminar teknik menjawab soalan Sains..
jadinya, tepat kul 8 bebudak ni pun masuk lah ke dalam dewan..
kerusi meja semuanya dah siap tersedia kat blah hadapan dewan...

Dengan perangai pelajar2 skang ni yang memang sudah dijangka...
terlalu susah sebenarnya nak menyuruh diaorag untuk penuhkan kerusi2
di barisan bahagian depan..
puas nak bersuruh, baru lah nak bergerak...
Mana2 cikgu yang ada kelas tingkatan 5 pagi tu, masing2 pun ada juga
didewan untuk memastikan kehadiran pelajar2 ke seminar tu...

Jaja ni yang mengarahkan pelajar2 pompuan berganjak ke depan,
maybe takde masalah sangat...bagi sekali arahan...
nak tak nak diaorang kena la ikut...sebelum intonasi percakapan jaja ni bertukar..
kang kalau dah bertukar, tak daya nak dengar dah...
dengan tangan2 sekali jaja jalankan mencubit...sapa yg kena, nasib la kan..

Tapi kalau menyuruh pelajar2 lelaki, alamatnya memang kena beristighfar
banyak2 kali..
kita ni dah macam bercakap dengan tunggul...
boleh buat tak tau jek...
tu tak kira lagi yang tak duduk kat meja kerusi masing2 lagi...
yang dok keluar masuk dewan lagi....

Sampai la sorang student ni dok ralit berdiri padahal cikgu kaunseling
dan bagi arahan banyak2 kali..

Tolong duduk ditempat masing2!

Berulang2 kali cikgu tu cakap...tapi student sorang ni
memang buat 'hati kering' jek...

Last2 cikgu kaunseling pun mula la nak tinggi kan suara..
bila arahan semudah meminta duduk pun susah untuk diterima..

Awak tak paham2 lagi ke arahan yang saya cakap..
nak suruh saya ulang cakap berapa kali?!!

Cikgu kaunseling makin hilang sabar....
dan sejurus habis ayat2 cikgu tu...student tu terus berpaling dan membentak ..

Mampos ko la!!!!

Jaja???
seriusly jaja terus tergamam!
terkedu!
speechless!

Seriusly jaja terkejut sangat2 dengan situasi yang tengah berlaku tu...

Lepas2 tu cikgu kaunseling dan pelajar tersebut terus bertikam bicara..
hinggalah  akhirnya pelajar itu senyap dan duduk kat meja dia..

Sungguh tak terima dek akal bila jaja dengar apa yang pelajar itu ucapkan..
guru kaunseling tu perempuan, sudah berusia...
dan mungkin sebaya dengan mak dia sendiri...
mana lah letaknya rasa hormat pelajar tersebut pada guru2 dia sendiri...

ini lah kesannya bila buluh tak dilentur dengan betul..
kalau buluh dah keras...susah dah nak dibawa berbicara...
Apa2 yang berlaku, kembalilah kita kepada asas sebenarnya...
kepada agama kita, pegangan kita
disamping peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak2 mereka sendiri..


Esok dalam entry wordless wednesday jaja akan sisipkan petikan dari 
keratan akhbar tentang sikap segelintir ibu bapa masa kini...
tapi bukan jaja menuding jari menyalahkan kepada sesiapa..
tapi ia juga peringatan kepada diri jaja sendiri nanti..

10 Beu-T Is Talking:

chentaMAYA said...

sekarang murid dah xmcm dulu lagi. mase CM skolah dulu baru sikit la aura2 kurang ajar tu. tapi skg dah berleluasa la. haish! kesian pendidik!

marina anakcikbob said...

hidup kat sekolah mcm hidup bercinta jugak kan?
kalau bercinta: yg setia dapat pasangan yg xsetia, yg lemah lembut dpt pasangan naik kaki tangan.
kalau sekolah: cikgu lembut dpt anak murid biadap, tp murid lembut dapat cikgu ganas.
this is reality..

Danial Ikhwan Jaafar said...

cabaran zaman sekarang makin sukar. be strong kak ja. rasanya kalau cikgu tu salah sekali pon, bukan saja sebagai pelajar, tetapi sebagai seorang manusia menggunakan bahasa sebegitu rupa yang mana takde adab langsung memang amat dikesali... =/

ibh said...

Emm..jaja..sekarang ni budak2 kebanyakannya mcm tu la..Bahasa diorg teruk2..Sekarang ni cikgu pulak takut dgn murid..beza betul dgn zaman kita dulu..Dulu kita takut betul dgn cikgu..

Zue AnnaLeeya said...

bdk2 skrg tak mcm dulu...
kita dulu cikgu bg isyarat gitu pon dah takut...
tp skrg siap lawan lagik...
haishhhh.... mmg kene byk sabo kan???

Aku Ibu Muda said...

adoyaiii...bebudak skang ni makin kurang ajar ek?

Kalamhati said...

Sedih dgn perangai dan sikap segelintir anak2 remaja ni..makin lama makin takde adab dan sopan dah..

cabaran ngaja sekolah menengah ek jaja..kak wan yg ngaja sekolah rendah ni pun tak kurang nak menangani masalah bergaduh dan kenakalan serta 'kemalasan' bebudak ni..huhu

diana said...

budak2 sekarang tak de hormat langsung pada orang yang lebih tua..
apatah lagi sesama rakan sebaya..
puncanya kat rumah la...
mak ayah ni bila anak memberontak depa diam je.takut anak merajuk..lama2 anak naik atas kepala la..
rasanya kat rumah pun dia melawan cakap mak ayah dia tu...

dieya said...

ohhh.. camtu rupanya ckp ngan cikgu yek.. ish2

tapi kan k jaja, dieya bukan laa nak sokong budak2 notty tu.. but the way cikgu cakap pun sometimes menyakitkan hati, menyebabkan jiwa remaja yg mmg memberontak tu lagi laa nak melawan. pernah je tengok cikgu2 yg tak pandai handle remaja, kalau main arah2 mcm budak kecik, teenagers don't like that. tu yg jadinya balik sekolah tayar motor cikgu kena pancit.. keta kena calar.. rumah kena bom dgn mercun roket..

hopefully k jaja tak kena benda2 tu semua. i know that ur students really love u!

Mamamya said...

semalam akak sempat baca je n3 ni tp x sempat nak komen..klu baca n3 jaja berkaitan dgn sikap student zaman skrg ni..huihhh...mmg kene urut dada lah...

besar sungguh cabaran cikgu2 sekarang yer...sedangkan akak ni dgn anak2 sendiri klu kita ckp elok2 tp x mo dgr mmg jd 'tarzan' la akak...lg kan dgn anak2 murid yg mcm ni...siap kata 'mampos' lagik...aduiii..sakitnya menikam jantung.....

tp kdg2 berantung kpd situasi jg kan...mcm dieya kata tu lah... ada yg cikgu elok anak murid pulak buat hal n ada yg anak murid elok cikgu pulak ada mcm masalah....namaya pun manusia biasa kan.....

semoga jaja kuatkan semangat,cekalkan hati n bykkan bersabar menghadapi kerenah anak2 murid.....

Related Posts with Thumbnails