JaJa'Z Latest Stories

Sunday, July 3, 2011

Stanza Cinta...


Jaja rasa kompem time ni semua peminat2 setia Aaron Aziz
dah get ready depan tv..
semuanya tak sabar2 nak menonton episod kedua 
Stanza Cinta ni...
termasuk la dengan jaja ni ha....
Dari petang td lagi dah dok remind dalam kepala...

Kul 9 Stanza Cinta!

Stanza Cinta ni pun hasil adaptasi longgar dr novel juga...
jaja memang tak pernah lagi baca novel ni..
adakah cerita nya jga akan sehebat darama bersiri Nora Elena?
Adakah Irfan Ikmal setanding dengan Seth Tan?
sama2 lah kita nanti kan okeh....

Sinopsis Stanza Cinta:

Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?


Selamat menonton semua....

4 Beu-T Is Talking:

dieya said...

tuh dia.. peminat setia aaron aziz dah buat promo!
nur fathia ni pelakon baru yek? tak pernah dengar nama dia.

JaJa'Z said...

harus la dieya...peminat no 1 ni..hahha..tapi setakat episod dua semalam..tak dtg lagi excitement kat aaron aziz...

fathia ni...first time akak tgk dia dlm citer nur kasih..pastu muka dia ada dlm iklan syampo apa ntah..yang main futsal pakai tudung ganti bf dia yg injured..hehhehe

kurus said...

aduhhh dikkk x pernah sempat nak tgk hhuhuhuhuh

JaJa'Z said...

tgk la kak...still awal lagi ni....

Related Posts with Thumbnails