JaJa'Z Latest Stories

Friday, July 15, 2011

Sambungan Entry Perkemahan Perdana....


Lepas dah selesai segala xtvt riadah dengan bebudak ni..
jaja ngan Zurin decide untuk lepak2 kejap before balik semula ke chalet..

Tengah syok borak2..alih2 ada sorang student ni sakit..
actually budak ni budak kelas jaja....
memula masa solat asar jaja tgk dia ok je lagi...
tapi time tu dengan muka berkerut2 menahan sakit...
sampai menangis2...
sakit sangat2 la tu gamaknya...kalau tak, jarang budak laki nak menangis...

Memandangkan Zurin bertugas bawah ajk keselamatan...
so, dah jd tanggungjawab dia la menghantar bebudak ni ke klinik...
dan jaja sebagai sahabat yang setia..gi la jugak escot :p

Kitorang bawak ke klinik di Balok..
disebabkan Pusat kesihatan Balok dah tutup time tu...

Sakit sangat gayanya....
sian student jaja tu...dekat 20 min jugak menunggu nak masuk bilik doktor..
mengalir2 jugak la air mata dia...

Lepas dah jumpa doktor,amik2 ubat..bagi dia makan ubat
dan kitorang pun balik semula ke tapak camping...
then jaja ngan zurin pun balik lah ke bilik untuk solat dan rehat
before ke tapak camping semula untuk aktiviti malam kebudayaan....

Tengah kitorang dok lepak2 kat dalam bilik...
tengah kitorang khusyuk2 tgk berita pasal perhimpunan BERSIH tu...
tetiba hp zurin berbunyi...
student yang ke klinik tadi tu pengsan pulak dah..siap kejang2 lagi badan dia..

Masyaallah...!
terkejut kitorang dengar..apa lagi..menciput la kitorang berdua bersiap...

Sampai kat tapak camping,kitorang disuruh ke pusat kesihatan tu dulu
untuk call MA on call...pastu student tadi tu akan dibawa kemudian 
oleh cikgu2 lelaki....

Kelam kelibut jaja bawa keta time tu...
sampai kat pusat kesihatan, zurin call MA yang bertugas...
dekat 10 min jugak menunggu MA tu..
student jaja tu dah kejang2 badan dia ala2 orang kena sawan..
dada dia berombak2 bernafas..
air mata meleleh2 keluar sampai basah baju member dia yang dok memangku...

MA sampai jek, terus angkut student jaja tu masuk ke dalam..
bagi bantuan pernafasan dulu...
dada dia turun naik turun naik kemain laju....
kata MA, student terlebih oksigen dalam badan...jdnya sebagai langkah awal,
mulut student jaja ditekup dengan plastik dan dia bernafas dalam plastik tu..

Dekat 15 min jugak dia terbaring..bagi dia rehatkan badan kejap...
pastu MA tu decide untuk bagi satu suntikan...
student jaja tu apa lagi...terus cakap tak nak...
time ni memang kelakar..
Zurin terus cerita..patut la masa kat klinik petang tu doktor cakap nak suntik..
dia terus kata tak nak...nak makan ubat jek..
rupa2nya penakut jarum.. :p
tak pernah jaja jumpa sebelum ni budak laki yang betul2 takut nak kena suntik...
kelakar la kau ni mat..hahhaha

Time nak suntik tu,2 orang lagi student jaja ngan 2 orang cikgu laki
tlg pegang dia..tolong tekup muka dia...
sebab punya lah penakut ya amat...
hehehhehe

Lepas dah suntik tu..bagi rest kejap tapi MA tu cakap kena masukkan air jugak
dalam sebotol...
bila dah kata kena masuk air..lagi la mamat tu menggelepar!
kena suntik lagi!
kali ni jarum yang lagi besar..
^___~

Dia punya gabra toksah cerita la...
pucat2 muka menahan takut..ingatkan dah habis azab..rupanya kena lagi..
terus zurin sound dia...

u elak satu jek jarum petang tadi, now u dapat 2 jarum sekali gus...

Tu lah..penakut sangat..
dekat sejam jugak kitorang menunggu dia untuk habis kan air sebotol tu...


sampai dah rasa macam doktor plak dok lama2 dalam pusat kesihatan tu...

Lepas dah habis sebotol air...
then MA tu benarkan dia balik...terjengket2 dia jalan ke kereta jaja
disebabkan kesan suntikan dipunggong dia tu masih terasa sakit...

lawak sungguh la kau ni Firdaus...

Alhamdulillah lepas tu dia semakin okeh....
tapi sebelum jaja balik malam tu..sempat lagi jaja mengugut Firdaus..

Lepas2 ni kalau ko malas buat kerja cikgu, cikgu pecahkan rahsia
ko takut kena cucuk...!

hehehhehe

3 Beu-T Is Talking:

Kalamhati said...

hehe fobia ngan jarum rupanya dia..

Unknown said...

jaja..

kesian ada kat student jaja tu..
kelakar pun ada...

apapun.. mujur jaja guru perhatin,.

A.I said...

isk...mcmana lak boleh terlebih oksigen tu? sib bek selamat. ada gak budak lelaki yg takut ngan jarum ye. hehehe

Related Posts with Thumbnails