JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, July 12, 2011

Resipi : Ikan Bawal Bakar Tomyam...


Hello Hello..
aduh2..alama sungguh rasa tak update blog jaja ni...
mentang2 la birthday sendiri..kemain lama entry birthday tu tertepek kat situ
hehehe
anyway, thanks sangat untuk semua2 yang wish birthday untuk jaja yek..
semoga doa2 kalian dimakbulkan Allah....

Sebut pasal birthday jaja bebaru ni..
actually takde la keluar ke mana2 untuk celebrate pun...
dan memandangkan jaja pun dah lama tak masak..
so, as that day is my birthday..best gak kalau mencuba menu yang baru kan..heheh
En Zack pun dah lama tak merasa hasil ketung ketang jaja ni..

Hasil resipi jaja amik dr Kak Zura...Tq kak :-)
Kak Zura guna ikan siakap..tapi kat pasar takde plak dah siakapnya..
last2 jaja tukar dengan ikan bawal jek...
meh kita semak resipi yek...

Ikan Bawal Bakar Tomyam

Bahan2:
1 ekor ikan bawal sederhana besar
1 peket perencah tomyam Adabi
3 biji cili kering
3 biji cili api
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
air limau nipis
daun limau purut
sedikit garam

Cara2 menyediakan:
1. Bersihkan ikan dan tos kan airnya.
2. Kisar cili kering, cili api,bawang merah dan bawang putih sehingga lumat
3. Gaulkan ikan bersama bahan kisar dan perencah tomyam serta sedikit garam
sehingga rata..
4. Letakkan ikan diatas aluminium foil
5.perahkan sedikit air limau nipis
6. taburkan daun limau purut serta selitkan serai dibahagian tepi ikan..

Dah siap segala bahan2, bungkuskan ikan tadi dengan kemas

dan bakar diatas kuali sehingga ikan betul2 masak..

Dah siap!
ready untuk dimakan..

Korang nak tau, masa ikan ni dok tengah masak atas kuali..
memang harum semerbak bau serata rumah...
bau perencah tomyam tu...
Alhamdulillah, rasa nya memang sedap...
dan En Zack pun suka jugak...

Yang ni plak lauk tambahan khas untuk En Zack..
Sambal tumis ikan bilis dan petai...
memang syok lah..sampai bertambah2 makan..
hehehhe

tu je lah menu hidangan untuk hari tu...

Selamat Mencuba yek... :-)

3 Beu-T Is Talking:

Danial Ikhwan Jaafar said...

perghh...sedap gile sambal tumis petai tu!!! XD

JaJa'Z said...

Dan..yang tu memang mantop...sampai ke hujung pinggan makan...

Nur Hawa Mohd Zin said...

sakit-sakit tekak macam ni...pandang aje la kak

Related Posts with Thumbnails