JaJa'Z Latest Stories

Friday, June 17, 2011

Seminggu Menghilangkan Diri?


Selalunya cerita2 macam ni, jaja dapat tengok jalan ceritanya kat TV jek..
sebijik dah macam sinopsis cerekarama..
tapi sebenarnya ini ada lah realiti...berlaku dikalangan teman2 rapat jugak..

Hari ni genap seminggu kawan En Zack missing in action...
tak tau ke mana..tak dapat dihubungi...
dan yang paling tak tahan bila mengenangkan isteri beliau yang tengah 
sarat mengandung..

Alkisahnya hari isnin lepas..lepas En Zack balik dr menapau nasi goreng
dari gerai depan umah..
punya la lama En Zack gi membeli makanan..rupa2nya kat situ
dah kecoh dengan kisah kehilangan kawan dia tu..biarlah jaja gelarkan dia dengan si A

Si A ni dok kat taman perumahan sebelah..tapi dia selalu datang kat 
taman kitorang ni joint dengan geng2 takraw..
kiranya kalau dengan En Zack tu, Si A memang rapat lah...
Malam isnin tu isteri A datang kat area taman kitorang dan bertanya kalau2
ada dikalangan geng2 sini nampak si A sebab time tu dah 3 hari A tak balik ke rumah..
call hp pun tak dapat..dan si A pun takde plak call isteri dia..
untuk bagi perkhabaran apa2 kat isteri dia tu..
Yang isteri A cakap, masa A nak kuar umah petang tu dia kata nak datang ke 
taman perumahan jaja untuk berjumpa kawan...
masalahnya takde sapa pun dikalangan kawan2 ni yang berjumpa dengan si A tu..

Sampai lah ke hari ni..still takde apa2 lagi berita pasal A..
kalau tak silap jaja,isteri A dah pun buat laporan polis...harap2 ada lah berita
 lepas2 ni..
dan yang paling terkini, petang td salah seorang kawan En Zack yang bekerja diCelcom
telah dapat mengesan panggilan2 terakhir yang si A buat ada 13hb (isnin)..
no hp orang yang si A call tu pun dapat, tapi malangnya
bila kawan2 En Zack call,hp tu tak berangkat...
itu lagi lah menimbulkan tanda tanya...
seriusly dah macam cerita cerekarama dah ni..

Jaja harap2 isteri A dapat tabahkan hati..
kesian juga jaja dengar..dengan anak2 kecik lagi..tengah mengandung lagi plak tu..
mudah-mudahan ada lah khabar berita si A tak lama lagi..
korang semua tolong doakan jugak yek...
amin....

6 Beu-T Is Talking:

anakcikbob said...

mintak dijauhkan dari segala yang xelok..

dieya said...

betul laa k jaja, baca n3 ni mcm tengok drama tv pulak.
moga2 en. A selamat dan cepat2 pulang ke pangkuan family tersayang, amin!

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

ish, saya harap Encik A selamat!

JaJa'Z said...

marina: harap2 macam tu lah....aminnn

JaJa'Z said...

dieya: dah seminggu lebih ni...still takde khabar berita..sian kat wife dia...

JaJa'Z said...

danial: amin..mudah2an...

Related Posts with Thumbnails