JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, June 21, 2011

Frust Seposen!


Boleh tak nak mengadu sket kat korang semua...
seriusly jaja tengah frust sangat2...bukan frust dengan En Zack..
tapi frust dengan student2 jaja esp frust dengan diri sendiri...

Tinggal beberapa bulan jek lagi dah nak SPM..
lepas raya dah nak trial plak..tapi sampai ke saat nih...
jaja still tak nampak kesungguhan atau pun perubahan positif bebudak ni
untuk persediaan ke SPM nanti...
sampai dah nak masuk bulan 7 ni...ada lagi yang perlu dikerah untuk
menjawab soalan2 latihan...even jaja bagi satu soalan jek untuk kerja rumah
still juga tak berjawab satu soalan tu...
bila jaja bagi soalan2 untuk dibuat sebagai ulangkaji..harapan jaja tu
bila jaja masuk jek dlm kelas, semua dah ready berjawab...
jaja lagi rela tengok diaorang jawab soalan tu tapi salah...
dari pada diaorang meniru atau yang paling teruk..tak menjawab langsung...
sangat2 frust!

Jaja rasa dah penat sangat2 nak kerah tiap2 kali kelas untuk suruh diaorang
buka buku! keluarkan kalkulator! cuba jawab soalan...!
refer soalan2 lepas! cuba kesan kesalahan!

NO!

diaorang memang tak bleh buat sendiri...
semuanya bagaikan pahat dengan penukul!.kalau tak disuruh,dikerah
MEMANG
takkan buat...!

Itu blom jaja kisah kan lagi yang tak masuk kelas or lewat masuk kelas...
blom jaja kisah kan lagi yang tak bawa buku,tak bawa kalkulator..
blom jaja kisahkan yang tido dalam kelas..bercakap2 dalam kelas...

L.E.T.I.H
sangat2 letih!

Berulang2 kali jaja cakap

Soalan ni penting! memang masuk exam!
formula ni kena ingat! buat graf lukis kena betul! data kena betul!
lukis plan dengan pembaris! jangka lukis kena ada!

TAPI
tetap juga kesalahan2 yang sama diulang2...

jawab soalan quadratic equation,matrices,straight line berpuluh2 kali...
tapi tetap jugak tak bleh nak score soalan tu...
even nak kira gradient yang senang giler tu pun tak juga hafal2 formula!...

Sekali pk memang fade up dengan perangai bebudak ni..
sebab kita beria,semangat,sakan mengajar didepan..
kita ni mengajar dah 'berapi2', terangkan sehabis mungkin
tapi bleh plak dia terlepek tido kat meja...

kalau ikutkan hati nak je cakap

LANTAK KAU LAH!

tapi TAK BOLEH!
sebab apa???

Sebab jaja nak SEMUA anak murid jaja BERJAYA
tapi sekurang2nya tolong la tunjukkan sket usaha tu nak berubah..
ni sampai tak nak berubah langsung...
tu yang jaja frust sangat!

Hish! Kadang2 rasa macam nak kerja kat post office jek..
main cop2 stem!
T______T

7 Beu-T Is Talking:

marina anakcikbob said...

sebab inilah sy xpilih utk jadi cikgu kak. siyes. sy ni senang naik angin. memang xsesuai jd cikgu. apa tah jadi kat student sy kalau sy jd cikgu..

mzhany said...

susah jugak kan jaja. ishhh....tapi jaja, jaja kena kuatlah. itulah cabaran seorang guru kan. nak kata LANTAKLAH...tapi dalam hati seorang guru mesti akan terfikir dan tak sanggup nak biarkan macam tu jer kan...

sabar ye jaja....

Mamamya said...

haihhhh....akak yg membaca ni pun rasa mcm stress pulak....knp yer bdk2 zaman skrg b'beza sungguh dgn zaman akak jd student dulu....bukan nak kata zaman kami semua budak2 sekolah baik2 belaka...tp x lah seteruk sikap pelajar sekolah skrg.....sian kat cikgu2 ni.....

sabar ye jaja......

kasih suci said...

besar betul pengorbanan seorang guru kan...sape kata kerja guru ni mudah? tapi saya tabik la dengan guru2 zaman sekarang, sebab cabarannya sangat tinggi...mana nak mengajar nak habiskan silibus, mana nak handle dengan perangai2 pelajar yang sorang2 cam hape2...mana nak memahamkan bebudak untuk success dalam exam...dpt student yg minat belajar mmg senang la kerja cikgu..dpt student yg mmg tak minat belajar...huhuhu...w/apepun, tahniah diucapkan kepada cikgu Jaja sebab mempunyai semangat yg kuat demi masa depan anak2 didik yg diajar...bukan semua guru tabah menghadapinya...(",)

Lina said...

huhu sabo jaja yer...tu lar x taulah budak2 skrg ni...x takut langsung...x pk masa depan

ZalinZalina said...

Hai Jaja...stress gak jadi cikgu ni ye...kak ina ada anak sorang form 5 dan sorang form 3..tapi alhamdulillah rasanya anak2 kak ina suka belajar dan sangat mendengar kata...dan exam baru ni pun alhamdulillah diorang berdua boleh score subject Maths tu...semoga Jaja akan jadi cikgu yg cemerlang :D

Danial Ikhwan Jaafar said...

saya dapat inspirasi nak buat entry dari entry kak ja ni. =)

Related Posts with Thumbnails