JaJa'Z Latest Stories

Saturday, April 16, 2011

Orientering @Taman Pertanian

Setelah sekian lama nya jaja 'pekasamkan' entry ni...
hari ni baru la terkial2 nak publish kan..
ceritanya pun dah nak hampir basi dah...jadinya sebelum basi lagi teruk
moh la jaja citer tentang xtvt orientering bebudak sekolah jaja 
2 minggu yang lepas....kat Taman Pertanian..

Orientering ni benornya start kul 2.30 petang lepas bebudak ni
makan and solat zuhur...
blah pagi just dengar2 taklimat jek..
memandangkan jaja bertugas untuk bahagian masa penamat,
takde kuasa la jaja nak datang awal2 pagi tu...

Ni la dia rupa entrance ke Taman Pertanian tu...
dah nama pun Taman pertanian kan..sah2 la penuh dengan segala 
mak nenek pokok2....

Jaja yang pastinya tak keseorangan...
harus la ku hangkut minah berdua ni jugak..
kalau jaja tak ajak pun..mau tergedik2 gak diaorang nak mengikut..
tak kira la panas ke..penat ke...
nakkkkk jugak membontot dengan jaja....

Sesampai jek jaja kat Taman Pertanian..
bebudak semua dah ready berkumpul untuk dengar taklimat akhir 
sebelum program orientering bermula...

Apa dia program orientering tu??
pada sesapa yang tak tau,meh jaja cerita sket yek..
program orientering ni lebih kurang mcm treasure hunt jugak la..
cumanya kali ni bebudak ni selesaikan task tu secara individu..
setiap pelajar akan dibekalkan dengan kompas,kad kawalan dan juga peta...
nak sampai ke satu2 lokasi mestilah melalui panduan peta dan bacaan bearing dr kompas masing2..
bila sampai jek kat lokasi yang betul, setiap pelajar akan 'punch' kad kawalan mereka
dengan menggunakan puncher khas..
setiap stop point akan mempunyai puncher yang berbeza...
dan pada pelajar yang dapat complete kan punch kad kawalan terpantas..
akan dikira sebagai pemenang...
Para pelajar tengah mendengar taklimat dr ketua program..
ada 8 unit beruniform dan setiap satunya diwakili seramai 10 orang pelajar..

Guru2 masa pelepas tengah diberi taklimat ringkas sebelum melepas kan para pelajar

Ni la dia rupa kad kawalan tu..
sebelum pelajar bermula, mereka akan diberi masa pelepasan..
dan sampai sahaja dimeja penamat, jaja akan bagi plak masa tamat..
dari situ dapat la tau brapa lama pelajar2 ni orientering...
kat kad kawalan tu menunjukkan ada 10 checkpoint dengan 10 jenis punch
yang berbeza..
Pelajar2 dikira berjaya kalau semua checkpoint di punch dengan betul..
in case kalau tetiba bebudak tak dpt habiskan..
maka DNF(Did not finish) atau DS(Disqualify) akan diberikan..

Para pelajar dilepaskan mengikut lane..
4 pserta sahaja akan dilepaskan dalam satu2 masa...
time ni la pelajar akan diberikan masa mula oleh guru2 pelepas..

Bila guru pelepas kata GO!
mereka diberikan masa 2 minit untuk menyalin panduan peta..
kalau dalam masa 2 minit dok terkial2 lagi menyalin..peserta seterusnya akan
menempel terus kat tepi2 diaorang...
dan bila semua panduan dah disalin dengan lengkap..
makan start la program orientering tu...

Ha! berlari la yek anak2 semua...
Gambar student jaja blah kanan(atas) tu antara orang terawal dapat DNF
sebab kad kawalan hancur bila dia jatuh kat dalam lumpur tepi anak sungai..
nasib la yek...
Yang blah kanan bawah tu plak...memang kompem2 sesat!
sebabnya dlm hutan tu mana ada checkpoint..
satu kelemahan orintering ni..
kalau student baca bacaan salah pun akan ada jugak checkpoint2 yang palsu..hehhe
ada checkpoint tapi takde puncher..
ha! meraban la korang dalam semak samun tu...

Kehulu kehilir la bebudak ni lari..tah ke mana2 diaorang gi..
kalau nak compare dengan xtvt yg sama ni jugak tahun lepas..
rasa2nya batch tahun lepas lagi agresif dan pandai...
dalam masa tak sampai setengah jam jek , student dah sampai kat 
bahagian penamat...
tapi tahun ni, dengan ramai yang sesat barat..dan pemenang pertama
yang sampai pun, selepas sejam dilepas kan...

Kitorang cikgu2 ni bleh agak bebudak ni sebenarnya tak paham nak gunakan kompas..
tapi masing2 berlagak tak nak tanya..
kesudahan nya..bebudak ni dok melilau2 cari check point...
sampai ada yang nak tarik diri sebab tak jumpa2 pun dengan checkpoint nya...

Bila dah selesai semua checkpoint telah di punch...
para pelajar kena kembali ke tempat diaorang mula..untuk dapatkan
masa penamat dari jaja...
bila sampai kat meja jaja diaorang kena jerit MASA!!
baru jaja bagi..
kalau diaorang senyap jek tak mintak..memang jaja pun akan senyap jugak..
hehhee
tu la taktik nya....

Dibahagian penamat, pelajar2 akan serahkan kad kawalan untuk dicheck..
dan kemudian pulangkan segala kompas,peta dan tag nama...
dan lepas tu bleh la dok berehat kejap...

Ni para2 hakim bahagian penamat...
semua dok bz check masa dan keSAHan punch pada kad kawalan
para pelajar...

dan kad kawalan yang telah selamat sampai akan digantung di tali untuk
pamerkan masa terpantas yang diambil oleh para pelajar
ke bahagian penamat...
air dan roti untuk semua peserta...
ni la dia roti kaya habuan ikan2 dalam tasik kat Taman Bandar..dlm entry ni
Para2 guru yang sanggup korbankan masa rehat hujung minggu
semata2 untuk melancarkan program2 sekolah..

Sementara menunggu semua budak2 selesai..
we all pun melepak2 je la...

Which one is mine ? :p
Nampok sangat keta dah lama tak basuh.... :p

Dalam kul 5.30 jugak baru semua pelajar selesai...
Semua muka kepenatan dah masing2....

Alhamdulillah,program hari tu berjalan dengan lancar sampai ke petangnya..
program orintering ni memang kitorang pun enjoy tiap2 tahun...
for sure tahun depan pun mesti ada lagi xtvt ni...
just wait and see jek...
tepat kul 5.45ptg bebudak ni pun balik la...
majlis penyampaian hadiahnya dah diadakan pada minggu depan tu jugak
di sekolah...
dan alhamdulillah jugak...Kadet Polis masih mengungguli program orientering
untuk tahun ni....

6 Beu-T Is Talking:

dieya said...

looks like really fun!
as usual, thumbenina adalah sgt comelll!
yg baju pink tu pun comel gak.. chup, bukan baju pink pakai cermin mata ye, tapi yg baju pink bunga2 tulis nama atas kereta *mcm lagu sudirman laa pulak* hehehe
the white shoe is yours!

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam kak...

bz betul cikgu ni ye...byk nye program skunk...nanti bz ngan exam plak..heheh...enjoy betul zaman sekolah

JaJa'Z said...

dieya: ooooo..'sampainya hati muuuuuu'..eh, macam lagu spring plak..hehheh..oooo yg baju pink tak cute ek..huk huk...

seronok memang seronok...just enjoy the program..kalau pk penat, malas..menda tu jd tak fun la kan...

white shoe?? i know u can spot me...hehhehe

JaJa'Z said...

hawa: skang ni lagi macam2 xtvt ada hawa..penat sangat rasa..tapi bagus jugak..lepas bulan 6 takde dah xtvt..just for p&p je lah..

Unknown said...

alahai jaja...akak tgk x pakai cermin mata pun tau kasut putih tu mmg milik cikgu sariza...kikikiki....

nampak meriah program ni tp cikgu cikginya mesti kepenatan mengawal anak2 murid kan....

JaJa'Z said...

kak lieya: jaja tau akak kenal jaja dr kaki ke kepala..hehheheh..actually tak kena kawal bebudak pun time ni..diaorang semua yg terpilih jek dah aktiviti ni diaorang buat sendiri..kita just pantau jek...

Related Posts with Thumbnails