JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, March 30, 2011

Sekitar Hari Anugerah Cemerlang & Mesyuarat PIBG 2011

Akhirnya...dapat gak jaja pos entry pasal Hari Anugerah Cemerlang
hari ahad lepas...
puas nak meng edit satu2 gambar...
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..
cuaca pun cerah..ibu bapa pun ramai yang hadir..
pelajar2 yang terlibat untuk menerima hadiah pun ramai yang datang..

Untuk tahun ni...majlis anugerah 
telah dirasmikan oleh YB ADUN Lepar
YB En Shuhaimi...kena la panggil orang2 besar datang...
mana la tau kot2 sekolah bleh dapat 'buah tangan' dr YB ke.. :p

Pagi tu dalam kul 7.30 para ibu bapa dah mula datang.. 
dan orang yang bz pagi2 tu for sure la cikgu2 bahagian sambutan dan pendaftaran
setiap ibu bapa,pelajar,ajak2 PIBG,guru2 kena la daftar dulu
untuk mengesahkan kehadiran...
dan yang paling penting, untuk dapatkan no cabutan bertuah...


 Ikut pada program hari tu...YB sepatutnya datang dlm kul 8.30 pagi
puas la kitorang dok menunggu kat tepi jalan masuk ke sekolah 
sebabnya kena iring YB ke Dewan ...
tunggu punya tunggu..kul 9 pagi juga baru YB sampai kat sekolah jaja..

YB diiring dengan bunga manggar,pasukan kompang dan unit2 beruniform...
masuk ke kawasan sekolah...

Sebelum masuk ke dewan....

Pemeriksaan kehormat dari pasukan KRS sekolah...

dan juga persembahan kawad kaki... 
tahun lepas pasukan KRS sekolah jaja dapat naib johan untuk
pertandingan kawad kaki peringkat negeri...
hari2 bebudak ni berlatih..
sampai hitam2 kediri muka masing2...kesian...
berlatih punya berlatih..sampai kelas pun tak masuk berhari2...
nak kata apa..nasib badan...

Dah habis persembahan kawan kaki...
YB diiring plak masuk ke dewan..untuk perasmian Majlis Anugerah Cemerlang...


Ibu bapa yang hadir...

Lepas perasmian..pastu ada la penyampaian hadiah untuk pelajar2 
cemerlang PMR dan SPM...
pelajar terbaik tingkatan dengan pelajar terbaik mata pelajaran..

Seterusnya...
persembahan pembukaan,tarian apa ntah...
dan yang bawak tu persembahan nasyid kotemporari..
dulu2 kalau persembahan nasyid..semua lagu2 slow...leweh2 je suara...
takde dah lagu 'sepohon kayu'....
skang ni era2 lagu Maher Zain.... :p
patut la dok dengar lagi 'insyallah' jek kat dewan tu masa latihan...

dan yang ni plak....persembahan gabungan sketsa dan nyanyian 
nyanyi lagu Adira AF8...
Bergema2 dewan time bebudak ni nyanyi..punya la kuat..
jangan tak tau, yang pakai baju ala2 doktor ngan polis dok melutut 
tu la bebudak kelas jaja..
kalau dalam kelas, kemain liat buat kerja...tapi bab bagi microphone suruh menyanyi..
suara dia la paling lantang...
kalau lepas2 ni dok malas lagi buat kerja...memang jaja nak bagi jek

Eh, kalau malas buat kerja..mcm mana nak jd doktor...

Biar dia rasa sket!

Selesai Majlis Anugerah Cemerlang...
maka sampai la masa jaja plak on duty... 
pencatat minit menyuarat PIBG kali ni..
tak pernah2 jaja jadi pencatat...dah la kuat berkhayal jek..
risau jek time tu kot2 terlupa nak mencatat minit.. :p 
Ni barisan mantan AJK PIBG sebelum pembubaran...

Lepas dah bubar..ada plak sesi lantkkan AJK2 baru untuk sessi 2011/2012
hangat jugak time cadang2 ni...
ada yg dicadang tapi tarik diri...ada yang dicadang 
tapi dibangkang plak...
biasa la tu..kat mana pun ada pihak yang suka kita
tapi kat pihak lain tak suka plak...

Mantan YDP (kiri) dan YDP terkini(kanan) memberikan ucapan...

dan akhirnya selesai segala lantikkan AJK2 untuk sessi akan datang...

ibu bapa tengah membahaskan usul...
mujur la tak banyak usul yang nak dibahaskan kali ni..
kalau tak, mau kitorang balik kul 3 petang hari tu...

dah habis acara bahas2 usul..sampai la kat bahagian yang paling dinanti2.. 
masa membahas usul..diselang selikan juga dengan cabutan nombor bertuah..
dan for sure la semua nak rebut hadiah utama ni.. 
sebiji basikal tu...
dah terasa2 dah kaki jaja ni nak mengayuh..hehhehe
tapi apa kan daya...
memang takde luck jaja masa tu...satu hadiah pun tak mengena..
kurang2 pun bawa balik hamper :( 
ni la nombor yang tak berapa nak manawan tu..huh!

dan last2 basikal tu dapat kat salah sorang cikgu sek jaja jugak...
tahniah la Azma..kalau rasa tak nak basikal tu..
sedekah kat akak je lah..hehehhehe

4 Beu-T Is Talking:

dieya said...

ooo itu ghupernyer beskal idaman k jaja.. takpe2 this year tak dpt beskal.. untung2 nx year dapat motor RXZ terus!

JaJa'Z said...

iyooolah tu dik oiii..paling gah pernah ada hadiah basikal je lah..kan syok kalau hadiah rumah ke..kereta ke..melancong ke hawaii ke..hehehhe

sarah-najwan said...

skol akak ari sabtu ni..
akak da blik kuantan ni..

bestnya dpt jumpa cikgu faziah tau..kami da kamceng..hahhaha
nati kim salam byk2 kat dia deh...

JaJa'Z said...

amboi2..kamcing dengan kak faziah plak dia. yek..baru2 ni kak an sek jaja plak sampaikan salam dr akak untuk jaja...

Related Posts with Thumbnails