JaJa'Z Latest Stories

Thursday, September 9, 2010

Aktiviti2 30 Ramadhan......

Memandangkan esok dah nak raya, jaja pasti semua orang akan bz
dok buat persiapan untuk sambut kedatangan Syawal esok kan?

Sama lah dengan jaja

pagi ni jaja nak tlg En Zack sembelih and settlekan 11 ekor ayam
nak tolong ipar duai masukkan beras dalam sarung ketupat nasi ni
setakat masuk beras bleh la ek..
Jaja ni tangan pengkar sket..
anyam2 ketupat ni memang fail..hehhehhe

Nak tlg MIL buat ketupat palas
tolong gunting2 ujung daun palas je ek..
sebab tetappppppp jugak tak reti anyam ketupat palas..
jaja pernah cuba nak buat ketupat palas ni sekali, tapi buat jahanam daun palas jek
sebab tak jadi..
hehhehhe

dan last sekali
tolong SIL masak rendang untuk hidangan pagi raya esok...
Rasanya mahu sampai ke malam segala altiviti jaja ni baru habis

Untuk iftar last day ni, kitorang akan berbuka beramai2
memandangkan semua adik beradik En Zack dah selamat sampai ke Kuantan semalam
awal2 lagi SIL dah pesan utnuk setiap family sediakan
satu menu untuk berbuka petang nanti..
and untuk jaja is sayur campur jek
sonang kojo makcik hehehhehe

Menu petang nanti:
Ikan bakar
sup tulang
kerabu mangga
sayur campur

Selamat beraktiviti 30 ramadhan semua...
^___~

(All Pin Gugel)

Jaja'Z: Semangat! Semangat!

1 Beu-T Is Talking:

dieya said...

part ni dieya menang ngan k jaja, pasal kita pandai anyam ketupat tau! wah bangga ni.. hihihi!
i can do ketupat pasar, ketupat bawang and ketupat sate. ketupat palas tak reti, org melaka tak makan ketupat palas. bila kawan2 ngan org utara baru kenal ketupat palas tu camne. itu pun tak reti beza jantan betina.

Related Posts with Thumbnails