JaJa'Z Latest Stories

Thursday, July 8, 2010

Kenapa Nak Jugak Naik Kan Darah Cikgu!!

Assalamualaikum
Entri ni bukan lah tujuan jaja nak menyalahkan pelajar semata2
atau pun nak menunjuk2 yang kerja sebagai cikgu ni penuh dengan bebanan
dan juga bukan lah entri jaja untuk kondem student2 jaja
tapi jaja ni sebagai manusia biasa penuh dengan perasaan yang kerjanya
kena deal dengan
pelbagai perangai manusia yang berbeza tiap2 hari..

kalau dalam 1 kelas ada lebih kurang 30 orang pelajar
jadi maknanya jaja kena deal dengan 30 jenis perangai dan pe'el
itu baru satu kelas, blom lagi jaja kira kelas2 jaja yang lain
secara kesimpulannya jaja akan berhadapan dengan pelbagai perangai student2 ni
yang seramai hampir 1000 orang...

Jaja pun tak tau dengan perangai bebudak skang ni
adakah sebab diaorang ni terlalu banyak pendedahan sampai kadang2
perangai diaorang tu tak terjangka
Satu perangai yang jaja dapat kesan kat bebudak kelas jaja skang ni ialah
perangai
'suka tanya menda yang dah nyata jawapannya'
dan
'Suka memberikan respond yang sebaliknya dari arahan guru'

kadang2 jaja terpk yang bebudak ni selalu pretend macam diaorang ni bebudak lagi
padahal dah tingkatan 4 dan 5

Kes dalam kelas pagi tadi...
jaja tak berniat nak memalukan sorang pelajar ni..but sometime kita kena
'bagi sebijik atas muka dia'..biar dia ingat
Student (A) ni...dia suka menyampuk menda yang bukan2 time jaja mengajar
dan cara dia menjawab macam bebudak tadika
yang dok blajar dalam pra sekolah...
bila sekali dua berlaku kita bleh tahan lagi...tapi kalau dah selalu2 sangat
menda yang kecik pun kita bleh sakit hati..

KES 1

Dulu jaja suruh bebudak ni beli kalkulator sebab senang nak mengira matematik
pastu dia(studentA) terus potong apa jaja cakap
" Cikgu2! saya mana bleh bawak kalkulator sebab mak saya nak kira macam mana kat kedai makan kalau saya amik kalkulator dia!"

KES 2

Jaja suruh bebudak kelas buat terus latihan sebelum kuar rehat,tapi student A buat
tak tau jek walaupun ditegur berkali2..
Alasan nya
' Takpe2 cikgu malam kang saya buat, saya tido lewat...saya budak rajin..
bla bla bla...'
dan akhirnya kerja tu tetap jugak tak siap keesokkan hari nya...
dengan alasan nya
' saya tak sempat..saya tengok bola...buku tinggal...bla bla bla..'

KES 3

Jaja minta semua pelajar buat latihan matematik dari buku teks
"Ok kelas latihan 7.2b muka surat 85 soalan no 1 dan 3..
buat latihan dalam buku latihan 2 ok...make sure esok siap.."
dan time itu lah stusent A terus menyampuk
" Kalau tak siap???"
!!!!!!

Sehinggalah pagi tadi para pelajar diedarkan dengan surat panggilan
ibu bapa untuk majlis bertemu ibu bapa esok...

Kes 4

Student A masih lagi dok belek2 surat panggilan tu padahal pelajar2 lain dok sibuk
salin nota kat white board depan
Sambil borak, student A dok gelak2...
Tetiba student A bersuara lantang tanya kat jaja
" Cikgu kalau mak saya tak datang bleh tak cikgu..malas arrr nak soh mak datang kang cikgu ngadu pasal saya ..nanti cikgu cakap saya malas..bla bla bla..."
Jaja ni memang dah berdesing telinga dengar soalan yang dia tanya tu
sebab time tu sesi pengajaran dah bermula
Dengan selamber jaja jawab...
"ADA AKU KISAH!!!"

Time tu terus air muka Student A berubah..dan terus dia jadi senyap!
bebudak kelas memang dah gelakkan dia...
dan salah sorang student lain cakap
" Ha! ko tanya lagi soalan bodoh gitu kat cikgu...padan muka"

Sampai habis waktu dia terus menyepi dan salin je kerja2 yang jaja bagi
tanpa bercakap sepatah pun...
muka dia memang takde sengeh2 dah..

************************************
Macam jaja cakap awal tadi, niat jaja bukan nak memalukan dia
tapi kadang2 bebudak ni selalu menyusah kan atau meremehkan
menda2 yang senang
dan suka bertanya menda2 yang dah ada jawapan dan jawapan tu
suatu yang diaorang bleh pk sendiri..
bukan baru setahun diaorang bersekolah...
pasal majlis bertemu ibu bapa esok, bukannya wajib..
mana2 parent yang ada kelapangan dan boleh datang kesekolah..dialu2kan datang
tapi kalau yang ada kesulitan..takpe lah..
bukannya jadi satu kesalahan pun kalau tak dapat datang...

Kekadang perangai budak2 ni memang 'annoying'
kita tanya lain..dia jawab lain
padahal soalannya jelas dan nyata...

" Bila kita melambung sebiji dadu, apakah kebarangkalian nilai
yang akan kita dapat?"
kalau pelajar yang ok diaorang akan jawab
" Dapat nilai 1,2,3,4,5 atau 6 cikgu!"
tapi dalam satu kelas tu, bleh plak ada yang jawab
" Bila baling dadu pastu nampak titik2 hitam cikgu!"
!!!!???

" Seorang pelajar perempuan dipilih secara rawak didalam kelas awak dimana pelajar perempuan itu adalah pengawas PSS..jadi apa outcome nya kelas??"
Kalau pelajar yang ok diaorang akan jawab
" Norita ngan Haslina cikgu!"
tapi ada jugak sorang pelajar dalam kelas tu yang jawab
" Norita, Haslina ngan Mustaqim cikgu!!! sebab mustaqim kan lembut mcm pompuan gak!"

So, everyday jaja kena deal dengan perangai2 yang tak dijangka dari bebudak ni..
dan perangai2 mcm ni lah yang melambatkan proses kita mengajar dalam kelas
ditambah plak dengan perangai sesetengah tu yang memang 'menjengkelkan!'

Ya Allah..kuatkan lah semangat ku nak mendidik
anak2 bangsa ni...Amin



12 Beu-T Is Talking:

azila said...

huhuh..sabar jaja..zla pon ader gak pengalaman cenggini, tp lg parah sbb deal ngan budak2 yg dah pangkat leh jd mak bapak budak ni..lg tension...

honey amour said...

aduhmakaihh jaja..sabo jelah..gelak honey sensorang baca entry pasal karenah2 student jaja... kakak honey pun cikgu gak,..mengajar pra-skola..lagi la tension..hihihi..

Kniedaz said...

Sabar je la Jaja'z..dah macam tu nak buat macamana lagi? Sebab tu agaknya akak takleh mengajar..baru ajar Danish n Danial je dah tension..belum 1000 org huhu

Hizami Rahim said...

haha.
tahu takpe.
susah seyh kalau nak layan budak2 mcm tu.
haiyak.
:D

marina anakcikbob said...

betullllllllll.......
sy stujuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!

dieya said...

brava k jaja! budak2 tak makan saman gitu mmg patut bagi sedebik, baru dia tau sapa lagi pandai. kalu diamkan, lagi seronok dia buat perangai.

mencabar sungguh jadi cikgu ni ya.. i respect u!

JaJa'Z said...

zila: kalau mak pak pun perangai mcm tu..memang tak bleh nak kata apa jugak la...

JaJa'Z said...

honey: kalau nama budak pra sekolah, kita tau dah itu memang perangai diaorang..tapi ni budak2 sek menengah tapi mcm budak2...tu yang geram sangat2..

JaJa'Z said...

kniedaz: jaja kalau mengajar anak orang takpe..tapi kalau mengajar adik sendiri..lagi sedap jaja naik suara..salah2 naik tangan terus..tu yg adik malas nak belajar ngan jaja...

JaJa'Z said...

hizami: kau lah yang memahami...u have to face the same thing like mine..

JaJa'Z said...

marina: apa yg kau setuju dik..hehehhe

JaJa'Z said...

dieya: akak memang dah lama simpan perasaan nak bagi 'sedebik' kat bebudak tu...bila bom dah meletop..memang kena la...tanpa prejudis..hehehheh

Related Posts with Thumbnails