Salam malam sabtu untuk semua...
Saje je jaja tayang gambo pagi tadi..muka 'kelat' masing2 kena gi sekolah
time weekend...
pagi tadi sekolah kitorang buat Majlis Anugerah Cemerlang
untuk bebudak SPM ngan PMR last year..
nak tak nak kena la jugak menapak ke sekolah
mujur kali ni majlis habis awal, kul 11 dah selesai..kira pecah rekod la tu
kalau tak, mau meleret2 sampai ke petang
Balik je dari sekolah, terus jaja ke rumah jiran
hajat hati nak menolong2 masak kebetulan ada kenduri
rupanya dah siap belaka2..
kul 2 sampai kul 4 plak jaja ngan kakak2 jiran ke
majlis bacaan yassin dan tahlil
memang penat sangat2 dah rasanya..
apa lagi..lepas asar jek terus jaja bantai tido sampai 6.30..
giler kentang punya tido...
jadinya malam ni En Zack just makan nasi kenduri tengah hari td jek
Esok plak jaja ada masak2 kat surau
ada buat majlis makan2 sket sempena nak menyambut Ramadhan
kebetulan orang2 laki dok gotong royong nak siapkan tempah sebahyang terawikh
nampak gayanya esok pun dapur jaja tak berasap lagi la...
Lama dah tak masak2 kat umah ni..
sian plak kat En Zack...hari tu dok makan nasi kedai jek..
ni dah weekend, dok makan lauk kenduri je plak..
'takpelah bang ek...rezeki'
Harap2 bulan puasa ni dapat la jaja masak2 untuk kitorang
berbuka puasa...
hari2 mengadap lauk kedai pun tak daya jugak kan...
Selamat berhujung minggu semua.....
0 Beu-T Is Talking:
Post a Comment